Dapat Rangking dalam Enjin Pencari..
January 8, 2007
Selamat melayari kembali ke blog NoorizamShah.com
Kepada rakan-rakan saya yang mempunyai blog atau laman web peribadi, hari ini saya ingin berkongsi atau mengajak anda berbincang semula mengenai topik mendapat ranking dalam Search Engine.
Bagi anda yang mempunyai blog, potensi anda untuk berada dalam posisi terbaik di enjin pencari adalah positif jika anda rajin membuat post menggunakan keyword-keyword yang baik.
Akan tetapi, mempunyai website yang bagus dan baik, tidak akan menjamin anda untuk mendapat ranking yang tinggi di dalam enjin pencari. Walaupun anda menulis di blog anda panjang menjela setiap hari, membuat post lebih dari 3 post sehari, semua ini tidak akan dapat menarik mereka jika kedudukan anda di enjin pencari berada di muka ke 100.
Kebiasaannya, pengguna akan meng’klik’ maklumat-maklumat di enjin pencari sekitar muka 1 hingga 10 sahaja. Dan bagaimana anda boleh menempatkan blog atau laman web peribadi anda di posisi ini (yang lebih penting bagaimana hendak mendapatkan kedudukan di tempat 1-10 di muka pertama!)
Perkara pertama yang perlu anda beri tumpuan adalah keyword pada domain name. Jika anda memiliki blog atau website yang menerangkan mengenai keusahawanan atau mengenai perniagaan internet bermula dari sebuah komputer, anda boleh menggunakan domain name seperti berikut:
keusahawanan.com, internetmoney.com, moneymaker.com, cariduit.com dan sebagainya.
Yang kedua ialah, keyword pada nama file anda. Sebagai contoh mudah, blog anda menerangkan atau menceritakan tokoh-tokoh melayu yang berjaya di Malaysia terutama dalam bidang perniagaan. Dengan ini, anda boleh menggunakan tajuk seperti ini:
“10 golongan tokoh melayu boleh di Malaysia” - Anda boleh gunakan file anda dengan menyimpan menggunakan nama 10_golongon_tokoh_melayu_boleh_di_malaysia.html
Penggunaan tag juga penting bagi memastikan anda mendapat kedudukan yang baik dalam enjin pencari. Tag ini biasanya digunakan pada page title laman web atau blog anda. Pastikan setiap title yang digunakan mengandungi keyword yang sesuai dengan isi/content website/blog anda. Bagi anda yang telah atau sudah menguasai bahasa HTML, anda boleh menggunakan menggunakan tag dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, tag Headline ini sangat baik untuk digunakan pada tajuk di setiap perenggan di page laman web/ blog anda.. Headline ini akan diambil kira oleh enjin pencari. Jadi tetapkan headline yang sesuai.
Diingatkan, jangan sesekali anda menggunakan keyword yang sama atau berulangkali yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan isi/content website/blog anda. Jika anda melakukannya secara kerap, ia akan mengakibatkan laman/blog anda sukar mendapat tempat di enjin pencari kerana anda telah melakukan keyword spamming.
Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara menulis meta tag, anda boleh klik pada mana-mana website kemudian anda klik pada view >> source (bagi yang menggunakan internet explorer). Meta tag menggambarkan keseluruhan isi/content website/blog anda.
Lagi satu kaedah, anda boleh menggunakan pertukaran link dengan mana-mana laman web atau blog yang popular. Semakin banyak link popularity website anda, semakin tinggilah potensi untuk anda mendapat kedudukan dalam enjin pencari.
Kesimpulan: Teruskan mencuba dan belajar bagaimana untuk mendapatkan kedudukan rangking di enjin pencari. Apa yang penting sekali, kedudukan ranking anda mestilah bersesuaian dengan maklumat dalam website anda (khususnya bagi mereka yang ingin mendapatkan pelawat untuk tujuan perniagaan internet). Selamat mencuba!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Dapat Rangking dalam Enjin Pencari..”
Got something to say?





















































ooo… dapat ilmu baru dari cabaran seo ni
itu la pakdi… saya masuk cabaran melayu boleh nih pun bukan sebab hadiah tu.. hehehe cuma nak tgk kemampuan seo challange nih …
maklum la sebuk sket so tak leh la nak spam keyword melayu boleh selalu.. nanti bosan pula pembaca blog saya.. hehehe
well pakdi pun apa kurangnya.. leh tahan dalam ranking keyword melayu boleh ini.. nampaknya dicabar hebat oleh en aku dan amanz hehehehe..
memang korang melayu boleh la.. hehehe
salah satu blog saya pernah dapat ranking pada 1st page kat internet..huhu..pastu turun merudum tah kemana dah..PR pun baru 2 je..
banyak usaha kena buat kalau nak tingkatkan trafik..
text-link-ads dah beli topik ini! terima kasih! hehe