Loteri Zaman Moden..Antara Harus dan Haram

January 31, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Kita sedia maklum pandangan Islam berkaitan loteri. Tetapi sekarang terdapat pelbagai jenis loteri. Dalam dunia perniagaan sekarang, loteri dimasukkan untuk menarik pelanggan. Sebagai contohnya di pameran komputer, dan pameran perdagangan; tetapi para pelanggan tidak perlu membayar apa-apa.

Di internet pula, terdapat juga loteri-loteri percuma, kita cuma perlu memberikan alamat e-mel, bukan wang. Begitu juga, terdapat loteri-loteri yang bermotifkan kebajikan.

Akan tetapi, bila kita sebut sahaja loteri, ianya pasti akan dikaitkan dengan judi. Permainan sms meneka harga produk di internet atau di televisyen dan sebagainya menjadi satu topik hangat yang pernah dibincangkan. Apabila kita mengatakan soal judi, mereka yang beragama islam pasti arif dan jelas hukumnya haram.

Apakah itu judi? Judi adalah perbuatan mengambil wang daripada seseorang, dan memberikannya kepada orang lain atas dasar nasib. Syariah tidak membenarkan kita memperolehi keuntungan dan kerugian sebegini. Syariah juga tidak mengizinkan pengagihan semula pendapatan atau wang tersebut kepada orang lain kerana tidak terdapat asas yang sah melakukannya.

Asas-asas yang sah bagi mendapatkan sesuatu harta adalah melalui jual beli barangan dan perkhidmatan (termasuk jual beli epoint) dan perkembangan harta yang dimiliki, seperti pertambahan ternakan.

Memberi hadiah atas dasar nasib, loteri atau cabutan adalah diharuskan kerana tidak berlaku sebarang pertukaran dalam urusannya. Hanya satu pihak memberi hadiah kepada pihak lain yang bernasib baik.

Adalah juga harus bagi para peniaga memberi hadiah kepada pelanggan mereka tanpa sebarang syarat membeli sesuatu barang atau syarat membeli dengan harga biasa, tanpa meningkatkan peluang pelanggan memenangi hadiah.

Pakar-pakar psikologi berhujah menyatakan seseorang boleh ketagih judi. Pandangan ini boleh menyebabkan perjudian percuma di internet dan lain-lain termasuk dalam kategori haram, tetapi saya menganggap perbuatan ini termasuk dalam kategori perkara yang amat dibenci, kecuali seseorang yakin seratus peratus dia tidak akan menjadi ketagih dan terjebak secara tidak langsung dalam ‘ruang haram’ melalui perjudian percuma itu.

Mari kita lihat contoh sebenar perjudian yang diharamkan semasa turun wahyu mengenainya terhadap orang-orang arab zaman dahulu di Mekah dan sekitarnya.

Bentuknya seakan-akan pemurah; Mereka akan menyembelih seekor unta untuk dimakan dan dibahagi-bahagikan kepada orang miskin, dan mereka akan memutarkan roda judi untuk menentukan siapakah yang perlu membayar makanan itu. Ini diharamkan. Sebab itu, kebajikan sebagai objektif perjudian tidah diharuskan. Ia adalah haram kerana matlamat itu tidak menghalalkan cara.

 Jumpa lagi…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Cara mengurus kewangan yang salah!

January 29, 2007

Bertemu lagi hari ini..

Minggu lepas saya ada seorang rakan berjumpa dengan saya meminta pendapat mengenai masalah peribadinya. Beliau memaklumkan bahawa dia ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Setelah berbincang dengannya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan. Itu pun setelah saya menasihat beliau jika berhenti maka lagi teruklah keadaannya.

Sebenarnya, apa yang terjadi kepada rakan saya ini, ianya juga pernah berlaku kepada saya sendiri malah setiap orang melaluinya. Betul tak? Ini bukanlah disebabkan faktor gaji pokok atau gaji anda cukup-cukup makan. Kawan saya yang bergaji RM3000 sebulan pun masih lah berada dalam keadaan sesak nafas setiap bulan, inikan mereka yang gaji RM800 sebulan!

Jika anda mempunyai masalah kewangan yang kritikal, seharusnya anda mengkaji sebab musabab kenapa ianya berlaku kepada diri anda.

Saya mempunyai kisah seorang rakan dimana, beliau ini adalah seorang kerani bergaji RM1000 sebulan. Beliau mempunyai sebuah kereta, suka membeli belah, menonton wayang dan bersiar-siar hingga larut malam. Anda sendiri boleh bayangkan, seorang yang berpendapatan sebulan RM1000 memiliki gaya hidup seperti ini. Adakah dia seorang yang pandai menguruskan kewangan? Jika dia biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut trend, dia akan sedaya upaya akan mengekalkanya walaupun ketika menghadapi masalah kewangan. Jadi kenapa tidak dia terus berbelanja!

Inilah kesilapan yang berlaku. Bila tidak cukup duit atau kehabisan duit gaji, mula la dia merungut gaji tak cukup la, itu la ini la… Tapi bila kita menasihat dengan selamba dia menjawab menggunakan moto tahunan nya iaitu “hidup ini mudah sahaja. Kerja keras dan berbelanja besar“. Tidak ada siapa yang mengajar dia menguruskan kewangan dan dia pula langsung tidak mengambil berat untuk belajar atau meminta bantuan. Alangkah kasihan bagi mereka yang tidak suka menuntut ilmu.
Pembaca sekelian,

Jika anda juga berada dalam situasi kawan saya ini, maka nasihat saya yang terbaik, dapatkanlah nasihat dan bantuan dari rakan-rakan atau mereka yang berpengalaman. Jangan keraskan hati anda untuk tidak mendengar pandangan dan pendapat orang lain. Setiap saat yang berlalu, jika anda tidak ambil tindakan, pasti jawapannya adalah satu kerugian yang amat besar. Perjalanan hidup kita ini amat memerlukan wang.

Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya.

Untuk mereka yang “mabuk berbelanja”, mari kita sambut Tahun 2007 ini dengan membuat resolusi untuk merancang perbelanjaan dan menguruskan hutang dengan lebih baik. 
 
Berminat ketahui peluang menjana pendapatan hebat dan mengurus kewangan serta hutang? email saya di noorizam[at]zetro.com.my (gantikan [at] kepada @)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Dr. Fazley Yaakob - Pencetus Motivasi

January 26, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti topik terdahulu saya pernah berkongsi maklumat bersama anda tokoh-tokoh melayu boleh Malaysia. Hari ini sebagai menunaikan hasrat anda, ingin saya berkongsi dengan anda seorang lagi tokoh yang saya rasa baik untuk kita contohi sebagai pencetus semangat.

Dr. Fazley Yaakob atau nama penuhnya Dr. Ahmad Fadzli Yaakob dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan (Senegeri dengan saya.. hehehe) pada 18 April 1978 telah mencipta banyak kejayaan dalam pelbagai bidang. 

Beliau kini menyandang jawatan sebagai Vice President/Pengarah Eksekutif di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur ketika umurnya masih lagi belum mencecah 30 tahun. Ketokohan beliau telah melayakkan beliau menerima anugerah di istana seperti A.D.K dan A.M.K

Beliau pernah di nobatkan sebagai salah seorang Belia Cemerlang Negara dan dipilih sebagai calon akhir bagi kategori kerjaya untuk anugerah Duta Belia Negara 2004

Soal kerjayanya dalam industri seni tidak perlu lagi dipertikaikan kerana hampir semua rakyat Malaysia mengenali beliau.

Kepada anda, jika anda tidak minat pada muziknya, tetapi minatlah pada akedemik dan ketokohannya..

Jadi hari ini saya catatkan dalam blog dengan ini bahawa Dr. Fazley Yaakob adalah Melayu Boleh seterusnya. Jumpa lagi…

p.s: maklumat lebih lanjut mengenai Dr Fazley Yaakob boleh la klik di sini

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Buku “Pink” membantu bakal pengantin!

January 25, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi saya ingin mengajak kawan-kawan yang dok pikir macam mana nak cari duit kahwin. Mungkin anda pernah perasan buku ini di internet tetapi masih tidak sempat menjenguknya.

Yelah, memandangkan anda sebuk sehinggakan anda terlupa laman web mengenai buku ini. Kali ini saya ingin mengajak anda menjenguk semula ke laman web ini. Maskahwin.com. Nama yang amat ringkas dan mudah diingat.

Apa yang terkandung dalam buku ini?

Untuk pengetahuan anda, di dalam buku panduan ini, anda akan diberikan panduan asas mengenai teknik-teknik pengurusan kewangan yang betul yang sememangnya direka khas untuk orang-orang bujang yang sedang berusaha mengumpul duit bagi melangsungkan perkahwinan mereka.

Buku ini, menggunakan gaya bahasa yang mudah serta bersahaja, amat sesuai untuk bacaan anak-anak muda seperti anda. Anda akan berasa seronok dan teruja apabila membacanya.

Saya pasti, semangat anda untuk mendirikan rumahtangga akan membara dan berkobar-kobar apabila selesai membaca buku ini.

Didalam buku ini, anda akan di dedahkan dengan:-
 
 1. Teknik Menguruskan kewangan dengan betul dan berkesan.
 2. 18 tips yang praktikal bagaimana anda dapat berjimat dan mengumpulkan wang anda sehingga RM10,000 dengan mudah. 
 3. 6 cara bagaimana anda dapat mengurangkan serta mengawal hutang anda. 
 4. Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila cuba mengatasi masalah kewangan mereka. 
 5. 7 cara bagaimana anda dapat meningkatkan pendapatan anda 
 6. CONTOH bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah) 
 7. Ketahui rahsia bagaimana memperolehi rezeki yang melimpah ruah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah khusus untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga. 
 8. Serta berbagai lagi rahsia serta tips yang menarik yang boleh dijadikan panduan bagi diri anda sepanjang umur sama ada untuk kehidupan sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin. 
 

Semoga anda yang ingin berkahwin dapat melansungkan perkahwinan anda dengan duit yang mencukupi!!

p.s: boleh tgk gambar saya bersama tunang di laman web ini (bahagian testimonial)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Ebook 101 Cara Promosi

January 23, 2007

Salam sejahtera semua,

Ramai org inginkan perniagaan mereka berjaya, apa sahaja yang ingin kita lakukan untuk mendapatkan pulangan, kita mestilah tahu strategi. Walau segah mana pun perniagaan anda, jika anda tidak ketahui bagaimana cara untuk mempromosi perniagaan anda, silap hari bulan anda boleh bungkus.

Jika anda hilang hari ini, banyak website-website berasaskan perniagaan internet tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Untuk memiliki perniagaan internet yang berjaya, anda perlulah mengetahui bagaimana cara mempromosi perniagaan anda. Mungkin anda sebagai usahawan internet sering didedahkan kepada hanya beberapa cara promosi sahaja seperti Enjin pencari, Direktori, Iklan banner, Email, Blog, Forum, Affiliate dan Pay-Per-Click. Sebenarnya banyak lagi cara promosi yang berkesan yang tidak didedahkan oleh jutawan-jutawan Internet dunia.
Dr. Irfan Khairi sebelum ini pernah menulis sebuah buku bertajuk “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” hari ini menerbitkan sebuah lagi produk iaitu ebook bertajuk “101 cara promosi” kali ini hadir dengan berkongsi teknik-teknik promosi yang di amalkan oleh kebanyakan jutawan internet dunia.

Pembaca sekelian,

Lebih banyak anda mencuba promosi dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Jangan risaukan jika anda gagal dalam mempromosi. Gunakan pelbagai medium untuk melihat potensi promosi anda. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya adalah mengikut kebarangkalian (probability).

Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

Bayangkan sekiranya anda mengetahui 101 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi.

Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.

94% perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama (begitu juga dengan perniagaan bukan Internet!). Sebab utamanya adalah kurangnya promosi. JANGAN jadikan perniagaan Internet anda sebahagian dari statistik ini.

Dapatkan ebook ini hari ini, agar anda tidak ketinggalan untuk mempelajari teknik mempromosi dengan berkesan.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Persoalan ASB - Wajib Zakat atau Tidak?

January 22, 2007

Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »