5 Perkara “JANGAN” Dibuat Dalam Perniagaan - Bhgn 1
December 19, 2006
Ingat lagi dengan topik saya yang lalu mengenai Nak jadi Jutawan kena tanya Jutawan!
Hari ini saya ingin berkongsi pula antara panduan atau lebih senang jika saya katakan “JANGAN” anda lakukan jika anda menjalankan perniagaan.
Sebelum saya menulis topik ini, ingin saya beritahu kepada anda, apa yang ingin disampaikan bukanlah satu perkara yang “MUKTAMAD” yang semestinya anda harus patuh akan tetapi cukuplah dengan maklumat yang ingin saya kongsikan bersama anda hari ini dijadikan panduan dan rujukan anda mentadbir perniagaan.
Baiklah, perkara pertama yang “jangan” anda lakukan ialah;
Jangan berniaga dengan adik-beradik jika tiada surat perjanjian. (Bagi yang muslim) Dalam surah al-Ma’aidah ayat 27-32; Allah menceritakan tentang permusuhan di antara dua orang Putera Nabi Adam yang bernama Qabil dan Habil. Qabil memusuhi Habil hanya kerana korban Habil diterima Allah sedangkan korbannya adalah sebaliknya. Lantaran korbannya yang tidak diterima Allah, dia (Qabil) sanggup membunuh saudaranya sendiri (Habil) hanya kerana sifat hasad dengki.
2. Jangan berniaga dengan suami isteri jika tidak ada surat perjanjian. Kisah benar ialah si isteri sanggup berkorban demi suami tercinta tetapi si suami bercinta dengan perempuan lain. Perniagaan terjejas ketika itu keluarga suami akan masuk campur dan mewujudkan pertentangan dengan keluarga isteri. Akhirnya keluarga suami memberi kata dua kepada isteri, mahu berniaga atau mahu jadi isteri. Si isteri menjawab “mahu berniaga”. Si suami dengan nasihat keluarga telah menceraikan isterinya.
3. Jangan lewat bangun tidur. Menurut sepotong hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang tidur selepas Subuh akan mewarisi kepapaan dan sesiapa yang tidur selepas Asar akan mewarisi kegilaan.”
4. Jangan melantik sesebuah syarikat sebagai pengedar tunggal tanpa surat perjanjian yang jelas menyebelahi anda. Kisah benar, sesebuah syarikat pengeluar produk berjenama terkenal telah melantik sebuah syarikat pengedaran terkenal. Dalam proses pengedaran telah timbul perselisihan antara syarikat pengeluar dengan syarikat pengedar. Pihak syarikat pengedar telah bertindak membekukan pengedaran produk berkenaan dan setelah genap dua tahun, syarikat pengedar bertindak memulangkan produk tersebut serta meminta semula wang deposit. Syarikat pengeluar mengalami kerugian, produk terkenal tetapi produk tiada di pasaran.
5. Jangan mengambil kawan baik sebagai pekerja tanpa sebarang surat perjanjian. Kisah benar, kawan baik sanggup bekerja tanpa gaji dan akan menjadi teman yang paling setia. Tetapi apabila berlaku perselisihan faham, kawan baik tadi akan mudah berkecil hati dan bertindak memburuk-burukkan rakannya sehingga satu tahap akan membuka perniagaan yang sama dengan rakannya dan akan menjadi pesaing. Ingatlah musuh paling bahaya adalah kawan yang paling baik.
Kesimpulan: Jika anda menjalankan perniagaan, sentiasalah berwaspada dengan apa juga risiko yang akan berlaku di masa hadapan. Memang baik jika kita sentiasa saling percaya antara satu sama lain, amanah, jujur dan sebagainya akan tetapi adakala kita tidak dapat mengelakkan apa yang berlaku seperti apa yang saya tulis sebentar tadi.
Nota: Jika anda punya pengalaman samada baik atau buruk, bolehlah kiranya kita sama-sama berkongsi di ruangan komen akan menjadi rujukan dan panduan kepada yang lain. Apa kata anda?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentPerniagaan Perlukan Fokus Walaupun Hanya Sambilan
December 19, 2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mengenai topik hari ini,
Saudara sekelian,
Segala bidang yang anda lakukan memerlukan penumpuan sepenuh perhatian untuk berjaya. Mengimbas kebali ketika di bangku sekolah, tidak ada satu cikgu pun yang tidak menyarankan anak-anak murid supaya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan biasanya, salah satu daripada jawapan yang diberi apabila ditanya pemberita ialah menumpukan perhatian terhadap segala yang dipelajari di dalam kelas. Dalam keadaan yang lain, pelajar yang kerap ponteng kelas, tidak serius belajar atau tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, pasti tidak akan berjaya dalam peperiksaan.
Begitu juga halnya dengan bidang perniagaan. Anda tidak mungkin boleh berjaya sebagai usahawan kalau anda tidak memberi fokus terhadap bidang perniagaan yang anda lakukan. Perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing atau MLM) pun sama.
Tidak ada sejarah orang yang berjaya dalam bidang MLM melakukan perniagaan ini dalam satu masa dengan memasarkan barangan dari dua tiga buah syarikat. Ianya mustahil dilakukan kecuali orang yang berjaya itu pernah buat beberapa buah syarikat tetapi menumpukan hanya satu syarikat untuk berjaya.
Ramai juga individu yang saya temui melakukan perniagaan MLM ini dengan beberapa syarikat. Ada yang menjadi ahli kepada tiga syarikat gergasi MLM. Alasannya kerana nak check mana satu syarikat yang bagus. Seorang guru dari Negeri Sembilan pernah buat lapan syarikat MLM mendakwa semua syarikat adalah sama bahkan dia tidak mendapat manfaat pun hasil penglibatannya dalam MLM padahal tidak daripada syarikat yang disertainya banyak melahirkan usahawan bertaraf jutawan!
Sebenarnya, tidak ada satu pun syarikat MLM yang tulen (bukan skim cepat kaya, skim piramid atau binari) yang dibuat untuk menggagalkan pengedar mereka. Semua plan perniagaan syarikat MLM tulen ini menjurus ke arah kejayaan. Justeru, mereka yang gagal dalam MLM bukan kerana syarikat tetapi diri pengedar itu sendiri.
Kesimpulan: Pastikan anda memberi Fokus kepada sebuah Syarikat jika anda ingin berjaya, jika tidak anda akan lebih banyak membuang masa dari mengecapi kejayaan yang diinginkan!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content512MB USB 2.0 DataTraveler I (KingSton) Untuk DiJual!
December 18, 2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Semalam saya telah pergi ke PC Fair di Terminal One Seremban. Memang ramai orang. Tujuan saya ke sana adalah ingin melihat beberapa produk yang dijual di PC Fair.
Yang menariknya, banyak juga produk atau aksesori komputer dan perkakasan seperti pemain MP3, MP4 yang menarik. Harga pun menarik juga. Sejam saya berjalan kat gerai-gerai n, akhirnya saya tertarik dengan satu produk Kingston.
Dalam dok rambang-rambang mata, akhirnya saya beli satu USB DataTraveler 1G..
Untuk pengetahuan anda, memang saya amat memerlukan DataTraveler ini. Al-maklumlah saya nih suka ‘berpindah randah’. Dengan adanya DataTraveler ini, boleh la saya bawa file-file penting saya kemana-mana. Dengan memiliki DataTraveler 1.G saya dapat menyimpan data dan file penting saya lebih banyak (sebelum ini saya menggunakan Datatraveler 512MB sahaja).
Sekarang saya dah ada dua DataTraveler. So, saya ingat nak jual jer DataTraveler 512MB ini.
 Jadi, kalau ada sesapa yang minat, saya nak jual dengan harga menarik. Hanya RM30 sahaja.
Untuk pengetahuan anda, USB 512MB saya nih masih dalam keadaan baik lagi, kira ‘tip-top’ la. Ada 4 tahun waranty lagi.
Kepada yang masih tak tahu lagi DataTraveler ini apa dia, ia digunakan untuk membaca dan menyimpan data. Ia lebih mudah dari kita memiliki disket atau sebagainya (lebih selamat). Flash Drive dia boleh menulis sehingga 3MBps dan membaca sehingga 6MBps.
Kepada yang tidak mempunyai thumbdrive atau pendrive boleh la dapatkan dari saya dengan harga yang murah giler nih. Ni bukan harga baru tahu, tapi harga USED. RM30 sahaja termasuk pos laju.
Kalau berminat leh la hubungi saya dengan segera. Sapa cepat dia dapat! Yoshhhh…
p.s:* bolleh check harga kat www.kingston.com harga baru!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentVentedoy.com - Satu lagi produk dari SZAB.net
December 18, 2006
Hari ini saya ingin membuat review mengenai semua laman web yang berbentuk direktori bergambar.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah satu lagi produk terbaru dihasilkan oleh saudara Alang (internet Marketer Malaysia) dibawah label SZAB.net. Melihat kepada konsep web ini, ianya menampilkan interface yang smooth dan simple akan tetapi menarik. Laman ini lebih berkonsepkan laman sewaan direktori pada kadar yang munasabah serendah USD1.00 sahaja.
Jika anda inginkan laman web anda dipaparkan di laman utama direktori ini, anda dikehendaki membida dengan harga tertinggi. Akan tetapi, jika anda tidak kisah dimanakah laman web anda akan dipaparkan, cukuplah sekadar membida pada kadar USD1.00 sahaja. Mudah bukan?
Kelebihan yang anda dapat adalah, ia akan membantu meningkatkan bilangan pengunjung ke web dan PR (pageRank) anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsepnya, anda boleh membaca disini dan jika ingin mengetahui bagaimana untuk menyenaraikan laman web anda, baca disini.
Semoga info ini dapat membantu anda mendapatkan jumlah pelawat ke laman web anda! Jumpa lagi. ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentProduk Anda - Risau dengan tanggapan buruk Minoriti?
December 18, 2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semakin dekat rasanya, tarikh keramat saya berkecimpungan dalam perniagaan internet. 26hb Disember genaplah setahun saya.
Hari ini saya ingin bercerita mengenai produk yang dijual di internet. Sebagai contoh menjual EBook mengenai “Bagaimana anda boleh menjadikan blog peribadi sebagai sumber pendapatan anda”
Akan tetapi anda sedar atau tidak, terdapat juga blog-blog yang menyediakan perkhidmatan mengajar anda secara percuma bagaimana hendak membina blog dari A hingga Z.
Bukan satu atau 2 laman web yang memberi tunjuk ajar malah jika anda membuat carian di internet, anda akan menjumpai beratus-ratus malah beribu-ribu laman web atau blog atau forum yang memberi panduan kepada anda bagaimana anda ingin mencipta blog anda sendiri.
Jika melihat dari statistik hari ini, lebih dari 10 juta pengguna di internet. Akan tetapi mungkin dari 10 juta hanya 0.10% sahaja yang tidak mempunyai blog peribadi. Ini bermakna 1 juta orang tidak memiliki blog!
Adakah 1 juta ini akan menggunakan kemudahan carian internet 100% untuk membantu mereka membina blog?
Mari kita kaitkan dengan norma-norma kehidupan. Kebiasaannya, 1 daripada 100 tidak suka menaiki bas atau kenderaan anda. Ini adalah adat. Peratusannya boleh dikira antara 1% hingga 3%.
Begitu juga dengan produk. Jika saya menjual produk Ebook mungkin ada 1%-3% tidak akan menyukainya.
Kesilapan yang biasa kita lakukan di sini ialah kenapa kita perlu “terlalu” mengambil kisah terhadap golongan minoriti tersebut? Sedangkan kita punya potensi membuat jualan kepada majoriti ini.
Nasihat saya kepada anda, jika anda mempunyai produk untuk dijual, anda tidak perlu patah semangat dengan kata-kata golongan minoriti ini dengan mengatakan produk anda tidak berguna, terlalu mudah, senang diperolehi oleh pelbagai sumber dan sebagainya…
Â
Jalan penyelesaian: Daripada kita melayan golongan 1% yang tidak berpuashati dengan produk anda, lebih baik anda utamakan yang 99% tadi.
Jadi, sama-sama kita fikirkan ![]()
P.s: Kita jangan cepat menunding jari atau membuat keputusan jika kita tidak tahu mengenai produk tersebut.
P.p.s: Kita jangan cepat membuat tanggapan salah sebelum kita mencuba sesuatu produk itu.
p.p.p.s: Setiap produk berbeza tahap penerimaan dan penilaian individu.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentNak Jadi Jutawan Kena Tanya Jutawan!
December 16, 2006
Bertemu sekali lagi ..
Setelah berjaya menyelesaikan masalah blog, dapatlah saya menarik nafas lega sedikit. Walaupun tidak dapat selamatkan beberapa achive yang lalu, terpaksa la saya taip semula. Jadi, maaf kerana achive bulan november tidak dapat diselamatkan.
Mari kita mulakan semula.
Ketika saya Bandar Tun Hussien Onn awal bulan lalu, saya telah tidak sengaja bersua dengan seorang lelaki (lingkuan 40′an) datang menyapa saya. Melihat dari karektor dan imejnya, saya beranggapan dia ini ‘biasa-biasa’ sahaja. Memang peramah orangnya.
Dalam sebuk berbual dan bertanya itu dan ini, maka terkeluar dari mulut lelaki ini kepada saya. “Wah! Anak Jutawan la kau ni yer?”
Alamak! (Apa pula saya nak jawap?)
Jawapan saya kepada anda… “Biarlah Rahsia”
Ada juga kawan-kawan saya ini bertanya, best ke jadi anak jutawan? Macam mana nak jadi jutawan? Lama ke nak jadi jutawan?
Jawapan: 1. Susah juga nak bawa title ni. Soal best ke tidak itu bergantung kepada individu tersebut. 2. Banyak cara kalau nak jadi jutawan tetapi mesti tahu bagaimana. 3. Soal lama atau tidak, ia terletak kepada daya usaha untuk mencapai matlamat.
Kalau anda tanya kepada mereka yang berjaya, pasti ada yang akan bersetuju dengan konsep “nak jadi jutawan kena tanya jutawan”
Tetapi bagaimana,
Mari kita lihat sikap orang melayu. Orang melayu (segelintir sahaja) kalau dilihat, suka sangat meniru sesuatu seperti contoh meniru tindak tanduk orang Cina. Antaranya jika ada orang Cina suka nombor 8, mereka ini pasti akan terikut-ikut. Nombor plat kereta nombor 8, alamat rumah nombor 8, jam tangan ada 8, pintu rumah ada 8 dan macam-macam yang 8 lagi. Mereka percaya dengan nombor 8 akan membawa tuah dan kekayaan tanpa mereka sedar apa sebenarnya yang mereka lakukan. (kepada mereka yang muslim, ia boleh mendekatkan kurafat)
Kalau dikaji semula (setelah bertanya kepada seorang jutawan berbangsa Tionghua, nombor 8 ada rahsianya yang tersendiri). Menurut jutawan ini, nombor 8 atau kaya dalam bahasa Cina, datangnya dari bekerja 16 jam sehari, 7 hari seminggu dan selama 3 tahun.
Formulanya ialah seperti di bawah.
Itulah rahsia nombor 8. Ini beerti bekerja selama 16 jam sehari, 7 hari seminggu selama 3 tahun berturut-turut diperlukan jika anda ingin berjaya. Ini kerana jika tidak usaha tersebut hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Kita sebagai orang Melayu selalunya dipalitkan dengan imej hangat-hangat tahi ayam. Ia adalah satu penghinaan tetapi itulah hakikatnya. Kita banyak meniru orang lain, tanpa kita sedar sebenarnya orang Melayu juga adalah orang yang gagah seperti pepatah genggam bara api, biar sampai jadi abu.
Kesimpulan: Usaha yang gigih dan berterusan melambangkan kejayaan yang hebat! Biar bagaimana pun cara, kaedah dan teknik untuk anda menjadi jutawan, pastikan anda berani berhadapan dengan risiko. Risiko dalam mengecapai kebebasan kewangan sentiasa ada dimana-mana. Bagaimana anda ingin meninggi dan merendahkan risiko, ia terletak kepada kebijaksanaan anda.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content










