Selamat Hari Raya AidilAdha dan Tahun Baru 2007!
December 29, 2006
Hari ini, di Arafah, berjuta umat islam akan berwukuf untuk melengkapkan haji mereka. (InsyAllah dikurniakan haji akbar). Jika kita ingin melihat kekuatan Islam sebenar, silalah ke kota suci Mekah setiap kali musim haji. Anda akan merasai suasana perhimpunan umat yang terbesar sekali didunia setiap tahun.
Pelbagai warna kulit, bangsa, keturunan yang akhirnya sama memakai ihram putih menunaikan rukun islam yang kelima. Teringat kembali suasana dimana saya sekeluarga menunaikan umrah 7 tahun lalu. Melawat makam Nabi Muhammad S.A.W di masjid nabawi, Madinah dan apabila kaki menjejak masjidil haram, alangkah hiba dan terharunya hati sehingga hampir menitiskan air mata, apabila selama apa yang kita bayangkan, kita lihat sendiri di depan mata. Kaabah tunjang kiblat kita. Syukur tidak terhingga diberi rezeki menunaikan umrah. InsyaAllah saya akan kesana lagi jika diizinkanNya.
Sempena hari yang baik ini dan akan menyambut kedatangan kalendar tahun 2007, janganlah kita sebagai rakyat Malaysia terlalu ghairah meraikan malam tahun baru dengan keluar berparti, bersosial tanpa menghiraukan batas-batas larangan sehinggakan kita alpa dimanakah yang baik dan tidak. Jangan anda sabungkan nyawa anda dijalanraya dengan membuat aksi rempit anda. Cukuplah dengan hari-hari sebelum ini. Jangan habiskan masa dan malam indah anda dengan berdansa di kelab-kelab malam sehingga pagi.
Semoga 2007 ini membuka lembaran baru, berjihad ekonomi membebaskan diri kita dari masalah kewangan. Mula rancang kewangan anda hari ini (jika anda masih tercari-cari jalan penyelesaian) dengan membuat rujukan kepada mereka yang berkelayakan. Jangan himpitkan masalah anda lagi dengan pinjaman atau hutang yang tidak akan berkesudahan.
Pimpinlah diri anda dengan mengorak langkah menjadi seorang yang pandai mengurus kewangan. Jangan pula apabila anda menjumpai sesuatu, anda pula terlalu ghairah untuk melakukannya. Pelajari dan dapatkan pandangan. Tidak semestinya ianya ianya buruk dan tidak semestinya ia baik.
Jangan cepat buat andaian atau kesimpulan jika anda sendiri tidak melaluinya. Jangan terlalu terpengaruh dengan kata-kata diluar sana jika orang yang berkata juga tidak tahu dimanakah kesudahannya.
Dunia hari ini, mengajar kita untuk bijak merancang, bukan gagal merancang. Musuh utama kejayaan adalah kegagalan. Jangan takut kepada kegagalan. Orang yang sentiasa takut adalah orang yang amat lemah hati, jiwa dan mindanya.
Semoga sambutan hari raya AidilAdha ini menginsafkan kita dan dengan kedatangan tahun 2007 bermakna umur kita semakin singkat. Rancang perjalanan anda. Sehingga kemana?
p.s: Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Selamat Hari Raya AidilAdha dan Tahun Baru 2007!”
Got something to say?





















































selamat hari raye shah..
leh ke nak bg hk kursus menjana pendapatan lebih nie…
yer selamat hari raya ..
ko pekaba ma? sehat ker? makin tembam? hehehe..
tak yah kursus .. kalau nak email je aku.. aku kasi tau… guide macam mana nak buat pendapatan sampingan.
selamat hari raya…..
moga tahun baru membawa sesuatu yang baru untuk kita semua….
salam,
slamat eidul adha..n salam ukhuwah..
En noorizam……Saya nk tanye sket….
Boleh email saya x ? terima kasih
Adila, raudhatussakinah selamat hari raya aidiladha juga kepada anda semua .. semoga rezeki terus melimpah kepada anda dan diberkati… InsyaAllah.
Hadri, saya dah email kat awak.. sila semak …
emm.. bagi aku pulak, musuh utama kejayaan bukan kegagalan. sebab kejayaan adalah satu tempat tujuan, manakala kegagalan adalah ranjau di sepanjang tempat yang dituju. MUSUH utama KEJAYAAN adalah PUTUS ASA.
p.s: http://enaku.com dah ada rumah baru dan rumah tersebut adalah rumah sendiri. jemput-jemputlah memberi komen
en aku .. saya nak post komen kat blog awak tak boleh laa …