Jangan Takut!
December 26, 2006
Salam bertemu kembali, Apa khabar pembaca sekelian.. harap anda berada dalam keadaan sihat dan ceria hendakNya.
Saya ada sebuah cerita,

Pada zaman dahulu kala, ada sekumpulan pemburu yang sedang memburu di hutan, malam Jumaat Keliwoon dalam hujan renyai-renyai (teringat banjir kat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan). Oleh kerana jalan yang mereka lalui sangat sempit, licin dan curam, ditambah lagi keadaan yang gelap-gelita, mereka terpaksa jalan berbaris dengan jarak yang agak jauh.
Tiba-tiba seorang daripada rakan mereka yang berjalan di hadapan sekali berhenti dan berlari menuju ke arah rakan-rakan yang sedang berjalan di belakangnya. Lalu ditegur oleh seorang dari mereka dengan berkata “Kenapa awak lari ke belakang”. Jawab rakannya “saya terdengar bunyi harimau mengaum”. Lalu rakannya yang menegur pun tertawakannya seraya berkata “apalah awak ini, dengan harimau pun takut, biar saya yang berjalan dahulu”. Mereka pun meneruskan perjalanan.
Beberapa hari kemudian, rakannya yang berjalan di hadapan sekali tadi, menjerit-jerit dan lari ke arah rakan-rakannya di belakang. Beliau ditanya oleh rakannya yang lain, kenapa dia lari. Jawab pemuda itu, “Saya dengar harimau mengaum di hadapan”. Lantas kawannya bertanya “Awak takut harimau ke?
“Taklah, saya tak takut harimau, tapi saya benci dengan bunyi kasarnya, naik bulu roma”, jawab pemuda tadi. Heheheehe. Dalam ketakutan, mereka pun meneruskan perjalanan tetapi kini giliran rakan yang lain berjalan di hadapan. Seketika kemudian, mereka pun tida di suatu tempat. Dengan menggunakan lampu suluh, mereka tersuluh pagar dan papan tanda yang berada di hadapan mereka. Pada papan tanda tersebut tertulis “ZOO NEGARA, penceroboh akan didakwa”. Kemudian, mereka semua ketawa sesama sendiri. Lantas seorang daripada mereka berkata “Apalah kamu, harimau dalam zoo pun takut”.
Kesimpulannya; anda fikirkan apakah kaitan cerita ini dengan internet bisnes… Jawapan sila tulis diruang komen. ok ![]()
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Jangan Takut!”
Got something to say?





















































Dalam internet bisnes, kita hendaklah berani.Maksud berani di sini ialah, berani menempuhi segala dugaan dan kesusahan dalam membina internet bisnes. Hanya dengan cara ini, kita mampu belajar dengan lebih cepat.Bak kata org putih, LEARN FROM OUR MISTAKE
Untuk mengatasi perasaan TAKUT itu, kita kena banyakkan BERTINDAK..Jangan terlalu fikirkan benda2 negatif..fokuskan kepada usaha dan bertindaklah.
Insyallah, akan terbit satu keyakinan dalam diri anda..
Itu dari pengalaman saya..
p.s betulkan kalau saya salah
Yer johari, kita memang perlukan sikap berani.. orang yang selalu memikirkan mengenai musibah berbanding manfaat bukanlah ciri-ciri org yang berani.
Jika mereka berani, mereka kena atau perlu mencuba. jangan selalu beranggapan setiap percubaan kita itu mestilah mendatangkan kejayaan. Akan tetapi kita boleh mengelak kegagalan jika kita belajar dan pandai merancang.