Jumlah SPAM harian naik 120%???

December 22, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari yang lalu saya ada membaca sebuah laporan akhbar menyatakan jumlah Spam hari ini naik 120%. Mengikut kajian sebuah Syarikat Keselamatan di luar negara, mereka mendapati mesej tidak dikehendaki meliputi 91% daripada semua e-mel dan dalam masa 12 bulan yang lalu jumlah Spam harian meningkat berkali ganda.

Mengikut kajian, ada dua sebab utama kenapa kita mendapat SPAM harian yang banyak.

Pertamanya, penyebar spam menggunakan rangkaian besar komputer yang digodam dikenali dengan ‘bot-nets’ untuk menghantar e-mel. (Jika anda mendapat Spam yang banyak dalam emel anda, anda harus sedar, komputer anda mungkin telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab).

Bayangkan, jika dalam satu hari anda membuang kesemua spam dalam e-mel anda dan kembali membukanya pada keesokan hari dan mendapati ianya dipenuhi semula oleh spam ini bermakna emel anda telah dijangkiti ‘bot-nets’

Ada lagi satu sebab yang boleh mengakibatkan e-mel anda dipenuhi Spam! Penyebar Spam menggunakan teknik lebih canggih untuk melepasi penapis yang lebih ketara melalui penggunaan imej Spam.

Ingat! Penyebar spam kini bertambah agresif dan semakin maju dalam teknik mereka dan sistem perlindungan daripada spam menjadi isu utama mereka. Penyebar Spam menggunakan teknik matematik dan grafik lebih canggih seperti pengubahsuaian rambang imej piksel dan pembinaan dinamik imej daripada pelbagai komponen untuk melepasi perkakasan penapis spam.

Spam dapat memberi keuntungan kepada penghantarnya dalam pelbagai cara. Mesej yang dihantar boleh menawarkan produk untuk dijual, seperti Viag*a atau farmaseutikal dan mereka boleh memasukkan sumber yang dipalsukan untuk memperoleh wang tunai atau menghantar terus kepada pengguna laman web ‘pishing’ palsu bagi mendapatkan maklumat kewangan atau kata kunci.

Jumpa lagi….

 

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Jumlah SPAM harian naik 120%???”

  1. reezluv on August 21st, 2007 10:16 pm

    erm..dah pakai software.memang la banyak skali antar..lau manual..letih la si SPAM tu..

  2. arny on July 8th, 2008 5:25 pm

    boleh comment sikit pasal iklan terbaru di h metro ‘wawasan hayat-program insurans percuma?

Got something to say?