Perniagaan Perlukan Fokus Walaupun Hanya Sambilan

December 19, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengenai topik hari ini,

Saudara sekelian,

Segala bidang yang anda lakukan memerlukan penumpuan sepenuh perhatian untuk berjaya. Mengimbas kebali ketika di bangku sekolah, tidak ada satu cikgu pun yang tidak menyarankan anak-anak murid supaya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan biasanya, salah satu daripada jawapan yang diberi apabila ditanya pemberita ialah menumpukan perhatian terhadap segala yang dipelajari di dalam kelas. Dalam keadaan yang lain, pelajar yang kerap ponteng kelas, tidak serius belajar atau tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, pasti tidak akan berjaya dalam peperiksaan.

Begitu juga halnya dengan bidang perniagaan. Anda tidak mungkin boleh berjaya sebagai usahawan kalau anda tidak memberi fokus terhadap bidang perniagaan yang anda lakukan. Perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing atau MLM) pun sama.

Tidak ada sejarah orang yang berjaya dalam bidang MLM melakukan perniagaan ini dalam satu masa dengan memasarkan barangan dari dua tiga buah syarikat. Ianya mustahil dilakukan kecuali orang yang berjaya itu pernah buat beberapa buah syarikat tetapi menumpukan hanya satu syarikat untuk berjaya.

Ramai juga individu yang saya temui melakukan perniagaan MLM ini dengan beberapa syarikat. Ada yang menjadi ahli kepada tiga syarikat gergasi MLM. Alasannya kerana nak check mana satu syarikat yang bagus. Seorang guru dari Negeri Sembilan pernah buat lapan syarikat MLM mendakwa semua syarikat adalah sama bahkan dia tidak mendapat manfaat pun hasil penglibatannya dalam MLM padahal tidak daripada syarikat yang disertainya banyak melahirkan usahawan bertaraf jutawan!

Sebenarnya, tidak ada satu pun syarikat MLM yang tulen (bukan skim cepat kaya, skim piramid atau binari) yang dibuat untuk menggagalkan pengedar mereka. Semua plan perniagaan syarikat MLM tulen ini menjurus ke arah kejayaan. Justeru, mereka yang gagal dalam MLM bukan kerana syarikat tetapi diri pengedar itu sendiri.

Kesimpulan: Pastikan anda memberi Fokus kepada sebuah Syarikat jika anda ingin berjaya, jika tidak anda akan lebih banyak membuang masa dari mengecapi kejayaan yang diinginkan!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Perniagaan Perlukan Fokus Walaupun Hanya Sambilan”

  1. reezluv on August 21st, 2007 10:13 pm

    tapi ade yang berpendapat MLM ni kalau kena caranya dan dilakukan secara betul boleh dapat income yang baik..cam bro Zamri..siap dah publish buku dah pun..bukan senang anak Melayu nak tulih buku nak kasi orang luar baca..:)

Got something to say?