5 Perkara “JANGAN” Dibuat Dalam Perniagaan - Bhgn 1

December 19, 2006

Ingat lagi dengan topik saya yang lalu mengenai Nak jadi Jutawan kena tanya Jutawan!

Hari ini saya ingin berkongsi pula antara panduan atau lebih senang jika saya katakan “JANGAN” anda lakukan jika anda menjalankan perniagaan.

Sebelum saya menulis topik ini, ingin saya beritahu kepada anda, apa yang ingin disampaikan bukanlah satu perkara yang “MUKTAMAD” yang semestinya anda harus patuh akan tetapi cukuplah dengan maklumat yang ingin saya kongsikan bersama anda hari ini dijadikan panduan dan rujukan anda mentadbir perniagaan.

Baiklah, perkara pertama yang “jangan” anda lakukan ialah;

Jangan berniaga dengan adik-beradik jika tiada surat perjanjian. (Bagi yang muslim) Dalam surah al-Ma’aidah ayat 27-32; Allah menceritakan tentang permusuhan di antara dua orang Putera Nabi Adam yang bernama Qabil dan Habil. Qabil memusuhi Habil hanya kerana korban Habil diterima Allah sedangkan korbannya adalah sebaliknya. Lantaran korbannya yang tidak diterima Allah, dia (Qabil) sanggup membunuh saudaranya sendiri (Habil) hanya kerana sifat hasad dengki.

2. Jangan berniaga dengan suami isteri jika tidak ada surat perjanjian. Kisah benar ialah si isteri sanggup berkorban demi suami tercinta tetapi si suami bercinta dengan perempuan lain. Perniagaan terjejas ketika itu keluarga suami akan masuk campur dan mewujudkan pertentangan dengan keluarga isteri. Akhirnya keluarga suami memberi kata dua kepada isteri, mahu berniaga atau mahu jadi isteri. Si isteri menjawab “mahu berniaga”. Si suami dengan nasihat keluarga telah menceraikan isterinya.

3. Jangan lewat bangun tidur. Menurut sepotong hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang tidur selepas Subuh akan mewarisi kepapaan dan sesiapa yang tidur selepas Asar akan mewarisi kegilaan.”

4. Jangan melantik sesebuah syarikat sebagai pengedar tunggal tanpa surat perjanjian yang jelas menyebelahi anda. Kisah benar, sesebuah syarikat pengeluar produk berjenama terkenal telah melantik sebuah syarikat pengedaran terkenal. Dalam proses pengedaran telah timbul perselisihan antara syarikat pengeluar dengan syarikat pengedar. Pihak syarikat pengedar telah bertindak membekukan pengedaran produk berkenaan dan setelah genap dua tahun, syarikat pengedar bertindak memulangkan produk tersebut serta meminta semula wang deposit. Syarikat pengeluar mengalami kerugian, produk terkenal tetapi produk tiada di pasaran.

5. Jangan mengambil kawan baik sebagai pekerja tanpa sebarang surat perjanjian. Kisah benar, kawan baik sanggup bekerja tanpa gaji dan akan menjadi teman yang paling setia. Tetapi apabila berlaku perselisihan faham, kawan baik tadi akan mudah berkecil hati dan bertindak memburuk-burukkan rakannya sehingga satu tahap akan membuka perniagaan yang sama dengan rakannya dan akan menjadi pesaing. Ingatlah musuh paling bahaya adalah kawan yang paling baik.

Kesimpulan: Jika anda menjalankan perniagaan, sentiasalah berwaspada dengan apa juga risiko yang akan berlaku di masa hadapan. Memang baik jika kita sentiasa saling percaya antara satu sama lain, amanah, jujur dan sebagainya akan tetapi adakala kita tidak dapat mengelakkan apa yang berlaku seperti apa yang saya tulis sebentar tadi.

Nota: Jika anda punya pengalaman samada baik atau buruk, bolehlah kiranya kita sama-sama berkongsi di ruangan komen akan menjadi rujukan dan panduan kepada yang lain. Apa kata anda?

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “5 Perkara “JANGAN” Dibuat Dalam Perniagaan - Bhgn 1”

  1. Johari on December 20th, 2006 2:11 pm

    betul tu noorizam..saya sendiri dah kena dengan kawan baik sendiri. Saya terlalu mempercayainya sehingga saya mengalami kerugian hampir RM2000 tp satu apa pun tak ada. Memang silap saya juga. Sekarang ni saya lebih berwaspada dengan siapa saya berkawan.

    saya suka sgt quote ni ” Musuh yang paling bahaya adalah kawan yang paling baik”

    :-)

  2. intan on May 21st, 2008 3:53 pm

    mmg betul..dulu sy dgn senang bagi duit kat suami kononnya utk bisnes..tapi..emm!

Got something to say?