Produk Anda - Risau dengan tanggapan buruk Minoriti?

December 18, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semakin dekat rasanya, tarikh keramat saya berkecimpungan dalam perniagaan internet. 26hb Disember genaplah setahun saya. :)

Hari ini saya ingin bercerita mengenai produk yang dijual di internet. Sebagai contoh menjual EBook mengenai “Bagaimana anda boleh menjadikan blog peribadi sebagai sumber pendapatan anda

Akan tetapi anda sedar atau tidak, terdapat juga blog-blog yang menyediakan perkhidmatan mengajar anda secara percuma bagaimana hendak membina blog dari A hingga Z.

Bukan satu atau 2 laman web yang memberi tunjuk ajar malah jika anda membuat carian di internet, anda akan menjumpai beratus-ratus malah beribu-ribu laman web atau blog atau forum yang memberi panduan kepada anda bagaimana anda ingin mencipta blog anda sendiri.

Jika melihat dari statistik hari ini, lebih dari 10 juta pengguna di internet. Akan tetapi mungkin dari 10 juta hanya 0.10% sahaja yang tidak mempunyai blog peribadi. Ini bermakna 1 juta orang tidak memiliki blog!

Adakah 1 juta ini akan menggunakan kemudahan carian internet 100% untuk membantu mereka membina blog?

Mari kita kaitkan dengan norma-norma kehidupan. Kebiasaannya, 1 daripada 100 tidak suka menaiki bas atau kenderaan anda. Ini adalah adat. Peratusannya boleh dikira antara 1% hingga 3%.

Begitu juga dengan produk. Jika saya menjual produk Ebook mungkin ada 1%-3% tidak akan menyukainya.

Kesilapan yang biasa kita lakukan di sini ialah kenapa kita perlu “terlalu” mengambil kisah terhadap golongan minoriti tersebut? Sedangkan kita punya potensi membuat jualan kepada majoriti ini.

Nasihat saya kepada anda, jika anda mempunyai produk untuk dijual, anda tidak perlu patah semangat dengan kata-kata golongan minoriti ini dengan mengatakan produk anda tidak berguna, terlalu mudah, senang diperolehi oleh pelbagai sumber dan sebagainya…
 

Jalan penyelesaian: Daripada kita melayan golongan 1% yang tidak berpuashati dengan produk anda, lebih baik anda utamakan yang 99% tadi.

Jadi, sama-sama kita fikirkan ;)
P.s: Kita jangan cepat menunding jari atau membuat keputusan jika kita tidak tahu mengenai produk tersebut.

P.p.s: Kita jangan cepat membuat tanggapan salah sebelum kita mencuba sesuatu produk itu.

p.p.p.s: Setiap produk berbeza tahap penerimaan dan penilaian individu.

EDISI TERHAD!!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?