Nak Jadi Jutawan Kena Tanya Jutawan!

December 16, 2006

Bertemu sekali lagi ..

Setelah berjaya menyelesaikan masalah blog, dapatlah saya menarik nafas lega sedikit. Walaupun tidak dapat selamatkan beberapa achive yang lalu, terpaksa la saya taip semula. Jadi, maaf kerana achive bulan november tidak dapat diselamatkan.

Mari kita mulakan semula.

Ketika saya Bandar Tun Hussien Onn awal bulan lalu, saya telah tidak sengaja bersua dengan seorang lelaki (lingkuan 40′an) datang menyapa saya. Melihat dari karektor dan imejnya, saya beranggapan dia ini ‘biasa-biasa’ sahaja. Memang peramah orangnya.

Dalam sebuk berbual dan bertanya itu dan ini, maka terkeluar dari mulut lelaki ini kepada saya. “Wah! Anak Jutawan la kau ni yer?”

Alamak! (Apa pula saya nak jawap?)

Jawapan saya kepada anda… “Biarlah Rahsia” :D

Ada juga kawan-kawan saya ini bertanya, best ke jadi anak jutawan? Macam mana nak jadi jutawan? Lama ke nak jadi jutawan?

Jawapan: 1. Susah juga nak bawa title ni. Soal best ke tidak itu bergantung kepada individu tersebut. 2. Banyak cara kalau nak jadi jutawan tetapi mesti tahu bagaimana. 3. Soal lama atau tidak, ia terletak kepada daya usaha untuk mencapai matlamat.

Kalau anda tanya kepada mereka yang berjaya, pasti ada yang akan bersetuju dengan konsep “nak jadi jutawan kena tanya jutawan”

Tetapi bagaimana,

Mari kita lihat sikap orang melayu. Orang melayu (segelintir sahaja) kalau dilihat, suka sangat meniru sesuatu seperti contoh meniru tindak tanduk orang Cina. Antaranya jika ada orang Cina suka nombor 8, mereka ini pasti akan terikut-ikut. Nombor plat kereta nombor 8, alamat rumah nombor 8, jam tangan ada 8, pintu rumah ada 8 dan macam-macam yang 8 lagi. Mereka percaya dengan nombor 8 akan membawa tuah dan kekayaan tanpa mereka sedar apa sebenarnya yang mereka lakukan. (kepada mereka yang muslim, ia boleh mendekatkan kurafat)

Kalau dikaji semula (setelah bertanya kepada seorang jutawan berbangsa Tionghua, nombor 8 ada rahsianya yang tersendiri). Menurut jutawan ini, nombor 8 atau kaya dalam bahasa Cina, datangnya dari bekerja 16 jam sehari, 7 hari seminggu dan selama 3 tahun.

Formulanya ialah seperti di bawah.

Itulah rahsia nombor 8. Ini beerti bekerja selama 16 jam sehari, 7 hari seminggu selama 3 tahun berturut-turut diperlukan jika anda ingin berjaya. Ini kerana jika tidak usaha tersebut hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kita sebagai orang Melayu selalunya dipalitkan dengan imej hangat-hangat tahi ayam. Ia adalah satu penghinaan tetapi itulah hakikatnya. Kita banyak meniru orang lain, tanpa kita sedar sebenarnya orang Melayu juga adalah orang yang gagah seperti pepatah genggam bara api, biar sampai jadi abu.

Kesimpulan: Usaha yang gigih dan berterusan melambangkan kejayaan yang hebat! Biar bagaimana pun cara, kaedah dan teknik untuk anda menjadi jutawan, pastikan anda berani berhadapan dengan risiko. Risiko dalam mengecapai kebebasan kewangan sentiasa ada dimana-mana. Bagaimana anda ingin meninggi dan merendahkan risiko, ia terletak kepada kebijaksanaan anda.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Nak Jadi Jutawan Kena Tanya Jutawan!”

  1. Sabri SaifulSham on December 18th, 2006 7:28 pm

    ohh… itu sebenarnya rahsia 8. :)

    A very direct to the point post & very true.

    Selamat berusaha & berjaya!

  2. Johari on December 18th, 2006 8:10 pm

    Dalam rupanya maksud nombor 8 tu..gud information! Thank u!

  3. NoorizamShah.com - Menjana Usahawan Internet Terdidik dan Terlatih (Panduan Menjana Pendapatan Di Internet. on December 19th, 2006 5:21 pm

    […] Ingat lagi dengan topik saya yang lalu mengenai Nak jadi Jutawan kena tanya Jutawan! […]

  4. NOORISHAM on August 21st, 2007 8:08 pm

    Ko perasan jer kot!!!!

    NOORISHAM | news@tv3.com.my | IP: 124.82.95.207

  5. Noorizam Shah on August 21st, 2007 8:29 pm

    setakat komen pakai identiti palsu baik tak payah.. hehehe..

  6. reezluv on August 21st, 2007 10:16 pm

    erm..tapi ape sebenarnya maksud jutawan ye?adakah bila dalam bank akaun dah ade RM1 juta maka secara automatik kita digelar jutawan?Bagaimana dengan harta mencecah Rm1 billion?

    Billionwan?:)selepas tu?Trillionwan?dan memacam Wan lagi..

    Billionaire dan pernah dengar..tapi Trillionaire lum pernah lagi..ade ke?

Got something to say?