Harap Maaf, Blog saya telah kehilangan Data!

December 15, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Terima kasih kepada semua pengunjung setia blog NoorizamShah.com.

Untuk makluman rakan sekelian, baru-baru ini saya telah membuat pemindahan data center dari USA ke CyberJaya (Transfer Hosting dan Domain). Beberapa masalah teknikal telah berlaku dimana, blog dan laman web saya tidak dapat dibuka oleh pengunjung lebih kurang 6 jam (Gelabah juga masa tu kerana saya memikirkan mengenai jualan produk saya di internet.)

Setengah hari semangat saya down. Saya pikirkan bagaimana saya ingin buat semula apa yang telah saya hilang (data dan maklumat penting).

Dan apa yang menyedihkan saya adalah, banyak data-data saya telah hilang terutama di laman-laman web peribadi dan perniagaan. Saya terpaksa membina semula laman-laman web ini termasuk la blog yang anda lihat sekarang ini.

Mungkin anda sedikit terperanjat apabila anda membuat carian di enjin pencari dan apabila anda masuk ke sini, anda sudah tidak menjumpai maklumat-maklumat tersebut. (saya pun sedih juga sebab ia berlaku atas kecuaian saya sendiri).

*antara topik yang saya bincangkan adalah mengenai tips jualan, pemasaran dan belajar bahasa inggeris serta isu-isu terkini di internet. <-- antara topik yang paling ramai dicari oleh pelawat blog saya.

Kesilapan saya adalah tidak membuat Backup file ke desktop dan hanya meninggalkan segala data saya dalam cpanel. Maka apabila pemindahan data center dijalankan, kesemua data-data lama akan dihapuskan secara automatik (direfreshkan). <-- pengajaran penting bagi mereka yang masih baru atau yang telah lama memiliki laman web sendiri.

Penyelesaian: Saya tidak akan patah semangat dengan apa yang menimpa saya ketika ini (bulan lepas adalah permulaan rezeki yang melimpah ruah kepada saya). Saya akan terus mengemaskini blog ini dan mendapatkan kembali maklumat-maklumat penting untuk disiar semula. (Saya cuma dapat selamatkan data-data lewat bulan Oktober. Kesemua data bulan November lenyap!)

Semoga dengan sokongan anda semua, ianya dapat membantu saya berkongsi sesuatu yang berguna untuk kebaikan bersama.

Salam sahabat,

Noorizam Shah

p.s: Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hasilnya, anda lihat template (theme blog) saya semakin kemas dan menarik. :) (Tidak canggih tapi rasanya sedap mata memandang) :D

Popularity: 1% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Harap Maaf, Blog saya telah kehilangan Data!”

  1. walikard on December 15th, 2006 6:43 pm

    Allahu Akbar! kesiannya Noorizam…harap tabahkan hati. Semoga web ini menjadi lebih baik nanti

  2. Noorizam Shah on December 15th, 2006 7:10 pm

    Terima kasih walikard. Yup .. saya kini dalam proses mendapatkan semula post-post lama saya. banyak gak yang saya tulis kat sini, kesemuanya hilang. Dugaan nih.. :)

    Apa pun ada baik juga (kalau pikir dari sudut positif) setiap kesilapan yang berlaku (kita sendiri yang alami), ia dapat mematangkan diri kita untuk lebih bertindak bijak.

    Tidak salah ambil risiko asalkan anda sedia berdepan dengannya.! :D

  3. Azahari on December 16th, 2006 5:05 pm

    Bersabar je la.. saya pun sampai sekarang masih tak buat backup lagi..hehe.. cuba tengok website ni: http://www.backupmyblog.com/

    Saya tak tau sejauh mana keberkesanan web tersebut..tapi mungkin jalan alternatif..

  4. BAGAK on December 16th, 2006 11:24 pm

    Jangan patah semangat, itu hanya dugaan

    kita pohon sesiapa yang ada meyimpan tulisan NoorizamShah.com. agar boleh bagi balik pada empunya untuk mendapat kembali koleksi yang hilang

  5. abdfatah on December 17th, 2006 3:13 pm

    saya selalu jugak jenguk blog dan copy dan simpan dalam pc saya. tapi sejak beberapaa hari nih tak berapa nak copy paste dan simpan dalam pc saya.

    bermakna tiada dalam simpanan saya. maaf ler… saya copy blog posting je buat rujukan. lain2 takder laaa…

    u patut jadikan pengajaran yang berguna untuk apa yang telah berlaku ini sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh smartusaha.com.

    backup memang penting dalam urusan perniagaan internet.

    walau apapun tabahkan semangat juang anda untuk terus berusaha memberikan yang terbaik kpd diri anda dan juga pelawat anda.

    sekian terima kasih…

  6. Noorizam Shah on December 18th, 2006 8:07 am

    terima kasih semua kerana memberi kata semangat dan peransang.. Terima kasih. :)

    Memang saya belajar dari apa yang berlaku. Tapi tidak mengapa saya akan berikan bahan-bahan baru kepada anda semua untuk dikongsi.

    Saya lihat saudara abdfatah dan bagak adalah seorang rakan yang baik. Terima kasih dengan sokongan anda. :)

Got something to say?