Selamat Hari Raya AidilAdha dan Tahun Baru 2007!
December 29, 2006
Hari ini, di Arafah, berjuta umat islam akan berwukuf untuk melengkapkan haji mereka. (InsyAllah dikurniakan haji akbar). Jika kita ingin melihat kekuatan Islam sebenar, silalah ke kota suci Mekah setiap kali musim haji. Anda akan merasai suasana perhimpunan umat yang terbesar sekali didunia setiap tahun.
Pelbagai warna kulit, bangsa, keturunan yang akhirnya sama memakai ihram putih menunaikan rukun islam yang kelima. Teringat kembali suasana dimana saya sekeluarga menunaikan umrah 7 tahun lalu. Melawat makam Nabi Muhammad S.A.W di masjid nabawi, Madinah dan apabila kaki menjejak masjidil haram, alangkah hiba dan terharunya hati sehingga hampir menitiskan air mata, apabila selama apa yang kita bayangkan, kita lihat sendiri di depan mata. Kaabah tunjang kiblat kita. Syukur tidak terhingga diberi rezeki menunaikan umrah. InsyaAllah saya akan kesana lagi jika diizinkanNya.
Sempena hari yang baik ini dan akan menyambut kedatangan kalendar tahun 2007, janganlah kita sebagai rakyat Malaysia terlalu ghairah meraikan malam tahun baru dengan keluar berparti, bersosial tanpa menghiraukan batas-batas larangan sehinggakan kita alpa dimanakah yang baik dan tidak. Jangan anda sabungkan nyawa anda dijalanraya dengan membuat aksi rempit anda. Cukuplah dengan hari-hari sebelum ini. Jangan habiskan masa dan malam indah anda dengan berdansa di kelab-kelab malam sehingga pagi.
Semoga 2007 ini membuka lembaran baru, berjihad ekonomi membebaskan diri kita dari masalah kewangan. Mula rancang kewangan anda hari ini (jika anda masih tercari-cari jalan penyelesaian) dengan membuat rujukan kepada mereka yang berkelayakan. Jangan himpitkan masalah anda lagi dengan pinjaman atau hutang yang tidak akan berkesudahan.
Pimpinlah diri anda dengan mengorak langkah menjadi seorang yang pandai mengurus kewangan. Jangan pula apabila anda menjumpai sesuatu, anda pula terlalu ghairah untuk melakukannya. Pelajari dan dapatkan pandangan. Tidak semestinya ianya ianya buruk dan tidak semestinya ia baik.
Jangan cepat buat andaian atau kesimpulan jika anda sendiri tidak melaluinya. Jangan terlalu terpengaruh dengan kata-kata diluar sana jika orang yang berkata juga tidak tahu dimanakah kesudahannya.
Dunia hari ini, mengajar kita untuk bijak merancang, bukan gagal merancang. Musuh utama kejayaan adalah kegagalan. Jangan takut kepada kegagalan. Orang yang sentiasa takut adalah orang yang amat lemah hati, jiwa dan mindanya.
Semoga sambutan hari raya AidilAdha ini menginsafkan kita dan dengan kedatangan tahun 2007 bermakna umur kita semakin singkat. Rancang perjalanan anda. Sehingga kemana?
p.s: Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentAdakah anda punya bakat Berlakon?
December 28, 2006
Jika anda ada bakat berlakon, sila lah datang ke sesi ujibakat yang akan diadakan di Kuala Lumpur Khamis depan … Pendaftaran percuma jer.. hehehe
opss.. maaf. Topik ini tak ada kena mengena dengan sesi ujibakat untuk pengambilan bakat dalam produksi filem atau drama.Â
Sebenarnya, saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit pengalaman saya semasa bekerja dengan sebuah syarikat pemasaran beberapa tahun dahulu. Saya ingin menyentuh topik mengenai lakonan kerana ianya memang ada hubungkait dengan apa yang saya lakukan dahulu.
Kalau anda adalah seorang penjual atau pemasar produk atau perkhidmatan, anda perlu ketahui bahawa setiap organisasi yang profesional akan mengenal pasti faedah setiap ciri barangan atau perkhidmatan dan merangka satu penerangan jualan bagi memastikan jurujual tersebut dapat mempersembahkan faedah dan ciri-ciri dengan cara yang paling berkesan.
Jika anda menyertai syarikat seperti ini, mereka akan memberi penerangan mengenai kedua-dua perkara tersebut ketika awal dan penutup sesuatu taklimat yang dirancang terlebih dahulu dan jurujual atau pemasar dikehendaki belajar mengenai taklimat jualan tersebut.
Semua penjual percaya seorang jurujual profesional mesti mempunyai minat terhadap barang yang dijual dan ini tidak dinafikan. Jika barang tersebut bagus, seorang jurujual yang baru diambil bekerja akan menjualnya dengan penuh minat. Dia tidak perlu menjadi seorang pelakon yang baik sebab dia dah memang benar-benar berminat.
Akan tetapi jika dia tu, asyik beri taklimat mengenai barang yang sama selama empat kali sehari, lima kali seminggu, empat puluh lapan minggu setahun iaitu 960 kali setahun.. hehehehehe.. anda pasti, dia tidak akan dapat mengekalkan tahap minat awal yang sama, tidak kira betapa bagus barang yang ingin dijual. Jadi, apakah yang perlu dilakukan?
Sebagai seorang jurujual yang profesional, dia kenalah menjadi pelakon untuk berlakon sepertimana dia berada pada zaman permulaan kerjaya (semasa dia mula-mula masuk kerja, perasaan minat giler yang teramat sangat). Tapi hari ini berapa ramai yang bertahan lama dan mampu mengekalkan prestasi seperti itu? (berlakon setiap hari)
Kalau dikaji, ia memang fenomena biasa (saya sendiri pun tidak bertahan) hehehe..
Kesimpulan: Jika seorang penjual dapat membuat jualan yang berpatutan dalam tempoh tiga bulan pertama bekerja, kita dapat menganggap dia memang berupaya mengembangkan perniagaannya. (saya berjaya lakukan itu) hehehehe..
Dan jika dia gagal mengekalkan tahap jualannya, sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan jualannya menurun. (bosan???)
Seorang jurujual yang tidak berpengalaman yang mempraktikkan apa yang diajar kepadanya di samping minat awal, biasanya akan dapat merasai nikmat kejayaan yang diperolehinya (saya pernah buat beribu dalam masa sehari). Hasilnya, dia selalu berfikir bahawa membuat jualan adalah mudah dan ini menyebabkannya menjadi terlalu yakin. (Jangan ambil jalan pintas kalau dah terlebih yakin)
P.s : Jika anda ingin terus mengecapi kejayaan sebagai seorang pemasar atau penjual, pastikan anda mempunyai bakat untuk menarik minat org iaitu berlakon!
p.p.s: Ini adalah pandangan peribadi dan umum, keputusan yang terhasil adalah berbeza bagi setiap individu. Harap maklum.
Jumpa lagi…
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentJangan Takut!
December 26, 2006
Salam bertemu kembali, Apa khabar pembaca sekelian.. harap anda berada dalam keadaan sihat dan ceria hendakNya.
Saya ada sebuah cerita,

Pada zaman dahulu kala, ada sekumpulan pemburu yang sedang memburu di hutan, malam Jumaat Keliwoon dalam hujan renyai-renyai (teringat banjir kat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan). Oleh kerana jalan yang mereka lalui sangat sempit, licin dan curam, ditambah lagi keadaan yang gelap-gelita, mereka terpaksa jalan berbaris dengan jarak yang agak jauh.
Tiba-tiba seorang daripada rakan mereka yang berjalan di hadapan sekali berhenti dan berlari menuju ke arah rakan-rakan yang sedang berjalan di belakangnya. Lalu ditegur oleh seorang dari mereka dengan berkata “Kenapa awak lari ke belakang”. Jawab rakannya “saya terdengar bunyi harimau mengaum”. Lalu rakannya yang menegur pun tertawakannya seraya berkata “apalah awak ini, dengan harimau pun takut, biar saya yang berjalan dahulu”. Mereka pun meneruskan perjalanan.
Beberapa hari kemudian, rakannya yang berjalan di hadapan sekali tadi, menjerit-jerit dan lari ke arah rakan-rakannya di belakang. Beliau ditanya oleh rakannya yang lain, kenapa dia lari. Jawab pemuda itu, “Saya dengar harimau mengaum di hadapan”. Lantas kawannya bertanya “Awak takut harimau ke?
“Taklah, saya tak takut harimau, tapi saya benci dengan bunyi kasarnya, naik bulu roma”, jawab pemuda tadi. Heheheehe. Dalam ketakutan, mereka pun meneruskan perjalanan tetapi kini giliran rakan yang lain berjalan di hadapan. Seketika kemudian, mereka pun tida di suatu tempat. Dengan menggunakan lampu suluh, mereka tersuluh pagar dan papan tanda yang berada di hadapan mereka. Pada papan tanda tersebut tertulis “ZOO NEGARA, penceroboh akan didakwa”. Kemudian, mereka semua ketawa sesama sendiri. Lantas seorang daripada mereka berkata “Apalah kamu, harimau dalam zoo pun takut”.
Kesimpulannya; anda fikirkan apakah kaitan cerita ini dengan internet bisnes… Jawapan sila tulis diruang komen. ok ![]()
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentJumlah SPAM harian naik 120%???
December 22, 2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu saya ada membaca sebuah laporan akhbar menyatakan jumlah Spam hari ini naik 120%. Mengikut kajian sebuah Syarikat Keselamatan di luar negara, mereka mendapati mesej tidak dikehendaki meliputi 91% daripada semua e-mel dan dalam masa 12 bulan yang lalu jumlah Spam harian meningkat berkali ganda.
Mengikut kajian, ada dua sebab utama kenapa kita mendapat SPAM harian yang banyak.
Pertamanya, penyebar spam menggunakan rangkaian besar komputer yang digodam dikenali dengan ‘bot-nets’ untuk menghantar e-mel. (Jika anda mendapat Spam yang banyak dalam emel anda, anda harus sedar, komputer anda mungkin telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab).
Bayangkan, jika dalam satu hari anda membuang kesemua spam dalam e-mel anda dan kembali membukanya pada keesokan hari dan mendapati ianya dipenuhi semula oleh spam ini bermakna emel anda telah dijangkiti ‘bot-nets’
Ada lagi satu sebab yang boleh mengakibatkan e-mel anda dipenuhi Spam! Penyebar Spam menggunakan teknik lebih canggih untuk melepasi penapis yang lebih ketara melalui penggunaan imej Spam.
Ingat! Penyebar spam kini bertambah agresif dan semakin maju dalam teknik mereka dan sistem perlindungan daripada spam menjadi isu utama mereka. Penyebar Spam menggunakan teknik matematik dan grafik lebih canggih seperti pengubahsuaian rambang imej piksel dan pembinaan dinamik imej daripada pelbagai komponen untuk melepasi perkakasan penapis spam.
Spam dapat memberi keuntungan kepada penghantarnya dalam pelbagai cara. Mesej yang dihantar boleh menawarkan produk untuk dijual, seperti Viag*a atau farmaseutikal dan mereka boleh memasukkan sumber yang dipalsukan untuk memperoleh wang tunai atau menghantar terus kepada pengguna laman web ‘pishing’ palsu bagi mendapatkan maklumat kewangan atau kata kunci.
Jumpa lagi….
Â
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentHujan! hujan! Banjir! Banjir!
December 21, 2006

Hujan! hujan! Kelmarin hujan tidak berhenti seharian. Bermula dari jam 5 pagi 19hb hingga petang 20hb December hujan turun renyai-renyai tanpa ada noktahnya. Suasana yang sejuk kadangkala boleh membuatkan jantung saya kecut kesejukan.
Bermula dengan banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi saya dikejut berita Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dilanda Banjir! Banjir!
Alamak! kat mana tu? Dalam kotak fikiran saya mula terbayangkan sungai Linggi, Rantau. Hah? Tampin ker yang dilanda bah? Tak pernah pula saya dengar banjir buruk di Tampin. Hari ini bila semak berita online, maka memang betulah kawasan Tampin yang dilanda banjir (bukan Bandar Tampin).
Dengar cerita hampir 750 orang dipindahkan ke tempat yang selamat. Paras air pula dilaporkan setinggi 1 hingga 1.5 meter. Memang bahaya kepada orang ramai dan kenderaan ringan. Memandangkan pusat-pusat bantuan banjir mula dibuka, saya menyeru kepada rakan-rakan saya yang berada di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bersama-sama memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Kita sebagai insan yang bernasib baik dan jauh dari bencana harus membantu mereka yang memerlukan ini. Kalau tidak mampu memberi sumbangan kewangan, berilah bantuan peralatan atau perkakasan atau makanan atau keringat. Jika masih juga tidak mampu, panjatkanlah doa kesejahteraan kepada mereka semoga mereka terus dipelihara dari bencana seperti ini.
Salam hormat,
NoorizamShah.com
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content3 Cara Menambah Pelaburan
December 20, 2006
Sebuah Cerita,
Seorang rakan saya bekerja sebagai kerani hanya bergajikan RM900 sebulan. Beliau bertanya kepada saya, bagaimana saya pada waktu tengah bulan masih lagi boleh menyimpan sedangkan dia awal-awal bulan duit gaji sudah hampir habis dipakai?
Saya beritahu dia, saya buat pendapatan sampingan dan tambahan kat internet. Lagi dia bertanya, ajarlah saya…
“Saya akan ajar awak kalau awak bersedia membuat perubahan kepada diri anda”
Syarat pertama dia kena belajar menyimpan terlebih dahulu. Tetapi dimana?
Jom baca catatan di bawah;
Saudara,Â
Menjadi kaya bukan bererti berapa banyak pendapatan bulanan anda. Tetapi, sebenarnya, bererti berapa banyak anda boleh menyimpan dan melabur pendapatan anda tersebut. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 sebulan jikalau berbelanja RM9,500 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan tetapi mempunyai tabiat berbelanja RM1,500 sebulan dan melaburkan bakinya. Betul tak?
Berikut adalah 3 cara bagai mana anda dapat pastikan menambahkan pelaburan bulanan anda:
Pay Your Self First
1: Apabila mendapat gaji bulanan atau sebarang pendapatan, simpankan 10% daripadanya ke dalam akaun simpanan anda yang berasingan atau laburkan wang tersebut ke tempat yang memberi anda pulangan yang baik. Wang 10% ini adalah untuk simpanan masa hadapan dan jangan disentuh. Gunakan baki 90% dari pada gaji anda untuk perbelanjaan bulanan seperti bayaran bil, kad kredit, makan minum, hiburan dan lain lain. Cara ini memastikan anda dapat menyimpan dan melaburkan sebahagian dari gaji anda setiap bulan. Ingat! Sentiasa dahulukan simpanan!
Compound Interest
2: Mulakan pelaburan anda sekarang! Jangan ditangguh-tangguh. Walaupun anda memulakan pelaburan anda dengan menetapkan RM100 sebulan dan anda mulakan pelaburan anda sekarang, ia dapat memberi kesan yang positif untuk jangka masa yang panjang berbanding dengan rakan anda menunggu 1 tahun dari sekarang dan menetapkan simpanan RM200 sebulan, dalam masa 20 tahun dari sekarang, walaupun anda tidak menambah pelaburan RM100 sebulan, pasti jumlah baki pelaburan anda adalah lebih dari rakan anda! Lihatlah perbezaan ini! Jangan jadikan tempat pelaburan anda sebagai tempat keluar masuk wang!
Dollar Cost Averaging
3: Amalkan sikap melabur. Bagi bumiputera, ASB patut dijadikan pilihan pertama oleh kerana ia “mudah dan terjamin” (Mengikut fatwa, menyatakan pelaburan ini bercanggah dengan ajaran Islam). Dengan menetapkan satu jumlah tertentu untuk dilaburkan pada setiap bulan (sebagai contoh, RM100 setiap bulan selama setahun), berbanding dengan melaburkan satu jumlah besar pada bulan-bulan yang tertentu dan tidak melabur pada sesetengah bulan (sebagai contoh, melabur RM200 pada bulan March, RM300 pada bulan Julai dan RM500 pada bulan November) anda dapat meraih keuntungan dividen yang lebih secara keseluruhan. Sentiasa masukkan simpanan, jangan buat pengeluaran!
Â
Kalau anda berjaya menyimpan RM200,000 anda tidak perlu risau lagi untuk memiliki rumah besar dan kereta besar! Jadi apa impian anda? Mulakan pelaburan hari ini!Â
Moga dengan 3 tips pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam dunia pelaburan.
P.s: Jika maklumat di atas masih tak cukup untuk anda, boleh kiranya anda mendapatkan nasihat dari pakar pelaburan atau rujukan di buku-buku berkaitannya.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content




