Mudahkah Menjadi Kaya?
August 7, 2006
Maafkan saya kerana 2 hari ini saya tidak menulis.. Maklumlah sibuk balik ke kampung.. Walaupun saya tidak menulis dua hari yang lalu, bukan bermakna saya duduk goyang kaki bersenang lenang.. Saya tetap mencari idea dan topik yang sesuai untuk dipaparkan di laman blog istimewa ini.
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai satu topik penting. Hari Sabtu yang lalu, saya telah membeli akhbar tempatan berbahasa melayu. Dalam banyak-banyak ruangan akhbar itu, tersisip satu artikel mengenai kejayaan dan kekayaan anak-anak muda Malaysia. Antara nama yang disebut adalah Siti Nurhaliza , Dr Fazli Yaakob , Nicol Ann David dan beberapa nama yang lain..
Melihat kesungguh mereka ini, seharusnya blog ini dimanfaat sepenuhnya oleh mereka yang bercita-cita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya ini. Saya juga bercita-cita seperti mereka.. tetapi bagaimana?
Ok.. jom saya berkongsi sedikit mengenainya…
Kepada anda yang masih muda (17thn hingga 25thn) ketahuilah bahawa untuk menjadi kaya tidak semestinya anda perlu dilahirkan daripada keluarga berada atau dari latar belakang keluarga yang hebat. Sebaliknya, dengan kebijaksanaan anda mengurus kewangan sebenarnya akan membantu anda mencapai cita-cita ini dengan berkesan.
Jangan mudah terperdaya dengan tipu muslimat di Internet ini apabila ada individu menayangkan kepada anda testimoni hebat, cek beribuan ringgit, rumah besar, kereta berderet-deret atau menjanjikan anda kekayaan dengan mudah!
Kesilapan yang biasa kita lakukan adalah apabila kita menyimpan aset liabiliti terlalu banyak. Anda membeli aset yang tiada bertambah nilai. Seperti contoh, kereta-kereta mewah yang harganya pasti akan menurun.
Apabila anda bijak menguruskan wang, ini bukan bermakna anda sebenarnya seorang yang kedekut, tetapi anda dikehendaki berbelanja dengan bijak.
Saya ingin bertanya kepada anda:Â
Mana lebih kaya? anda yang bergaji RM10,000.00 sebulan tetapi berbelanja sebanyak RM9,000.00 sebulan atau mereka yang memperolehi gaji RM5,000.00 tetapi berbelanja sebanyak RM1000.00 sebulan?
Pastikan anda bijak menguruskan kewangan anda. Jika masih tiada pengalaman bagaimana hendak mengurus kewangan anda dengan baik, saya syorkan kepada anda dapatkan buku pengurusan yang berbaloi yang boleh didapati di Internet atau di kedai-kedai buku tempatan. Ilmu mengurus lebih penting daripada anda membazir wang anda ke sumber-sumber yang tidak berfaedah.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content3K untuk perubahan hidup
August 4, 2006
Hari ini, jika dilihat ramai golongan pelajar dan orang muda mula membuka minda mereka dan meletakkan matlamat untuk membuat perubahan dalam hidup.
Akan tetapi masih ramai lagi yang masih mensia-siakan umur mereka dengan membiarkan ilmu-ilmu berguna (seperti di blog ini) tidak dibaca.
Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai kaedah yang boleh anda lakukan untuk mengubah hidup anda. Disini saya akan memberitahu ada 3 kaedah ringkas yang anda perlu tahu..
Apa dia?
Ya.. ianya dinamakan sebagai kaedah 3K..
Saya ingin membuat satu contoh. Saya gambarkan anda ingin menjalankan perniagaan internet..
Bagaimana saya boleh membuatkan perniagaan saya memberikan saya hasil yang baik?Bagaimana saya hendak membuatkan ianya beroperasi dengan sempurna?Bagaimana saya nak pastikan perniagaan internet saya ini terlaksana?
Dan bagaimana saya hendak memastikan perniagaan internet saya ini terterusan dan menjadi perniagaan yang hebat?
Ini ‘K’ yang pertama saya maksudkan sebagai: Keputusan
Ini ‘K’ yang pertama saya maksudkan sebagai:Perkara yang paling asas adalah membuat keputusan. Anda perlu membuat keputusan untuk berubah samaada kepada sangat baik, baik, sederhana, atau lemah.
Ini ‘K’ yang pertama saya maksudkan sebagai:. Anda perlu membuat keputusan untuk berubah samaada kepada sangat baik, baik, sederhana, atau lemah.Keputusan yang bijak boleh merubah kehidupan anda dengan sekelip mata. Sebagai contoh anda mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan internet. Dengan cara ini anda tengak kedudukan ekonomi anda mula berubah lebih baik sedikit dari sebelumnya..
‘K’ Kedua ialah: Komitmen
Tidak ada gunanya jika anda membuat keputusan tetapi anda langsung tiada komitmen. Cth.. anda hendak berjimat bulan ini.. tetapi anda tidak ada komitmen terhadapnya.. anda terus berbelanja seperti biasa. Jadi apa keputusannya?? Jawapannya masih tiada perubahan.
Dan terakhir sekali ‘K’ ketiga yang dimaksudkan adalah: Kepercayaan
Anda perlu percaya bahawa setiap orang jika berusaha dengan bersungguh-sungguh, tidak mengambil jalan mudah, yakin dengan kepercayaan saya pasti anda akan dapat melakukan perubahan yang positif dalam hidup anda.
Teruskan ikhtiar, dan mantapkan rasa tawakal
Mulakan perubahan yang positif dalam hidup anda!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentSesuaikah Perniagaan Internet Dengan Anda?
August 3, 2006
Adakah perniagaan internet sesuai dengan saya? Jawapan saya adalah ya! Ya, saya dapat menjana pendapatan di internet hari ini (tidak perlu saya tunjuk kepada anda berapakah nilai pendapatan saya). Cukuplah saya mengatakan ianya memang benar dan realiti ianya terjadi!
 Tetapi saya ingin pula bertanya kepada anda. Adakah perniagaan internet sesuai dengan anda? Dan boleh anda memperolehi pendapatan melalui perniagaan internet?
Saya berkeyakinan anda juga adalah orang yang sesuai untuk bersama-sama dengan yang lain. Tetapi bagaimana?
Ini yang akan saya kongsikan..
Untuk pengetahuan anda, internet adalah suatu medium hiburan, maklumat dan perniagaan yang terlalu luas skopnya. Kepada mereka yang gemarkan hiburan seperti permainan dalam talian, ini adalah tempatnya manakala bagi perniaga yang menjalankan perniagaan internet, disini adalah tempat yang paling sesuai untuk membuat promosi produk dan perkhidmatan anda. Seperti saya, saya mempromosikan perniagaan perkhidmatan majlis perkahwinan. Saya menggunakan interaktif Internet untuk melakukan proses jual beli.
Bagi pendapat saya, bisnes internet adalah amat sesuai kepada mereka yang tidak mahu berurusan dalam keadaan sesak di jalan raya, bekerja dari 9-5 (walaupun saya masih melakukannya).
Jika anda punyai kerja tetap sekarang, nasihat saya janganlah anda berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet tanpa perlu belajar dari mereka yang berpengalaman. Sebagai permulaan, apakata anda belajar bagaimana anda hendak memulakan perniagaan internet secara sambilan atau sampingan dengan mengetahui asas-asas yang betul.
Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim di internet yang mengelirukan anda, memperdaya dan sebagainya. Jadikan blog ini sebagai rujukan berguna anda untuk mendalami lebih lagi mengenai perniagaan internet mahupun bukan.
Diharap anda dapat memulakan dengan cara yang lebih bijaksana. Tiada satu kerugian pun dalam menuntut ilmu. Sama ada perniagaan internet sesuai atau tidak dengan anda? Anda sendirilah perlu menjawabnya.. :)Â
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentRahsia Menjadi Jutawan Selepas 7 Hari
August 2, 2006
Hari ini saya akan memberi ulasan mengenai E-BOOK Rahsia Menjadi Jutawan Selepas 7 Hari ini, mungkin pada anda sudah memilikinya. (sila komen di ruangan komen) dan kepada yang belum memilikinya, hari inilah anda boleh membuat penilaian. (Jika anda beli sekalipun e-book ini, itu hak anda)
Ok.. kita terus sahaja kepada ulasan E-Book ini. Dengan melayari lamanweb tersebut, apa yang anda akan lihat adalah suatu mesej yang pasti akan membuka minda anda untuk ketahui apa isi E-Book ini.
Persoalannya, bukanlah mengenai kekayaan yang diperolehi dari penulis buku ini. Akan tetapi isi kandungan buku itu sendiri yang terus menjadi persoalan kepada ramai orang.
Sila baca thread di http://wangcyber.com/forum/viewtopic.php?t=1027&postdays=0&postorder=asc&start=0 (Posted: Sat Jul 22, 2006 1:07 pm Post subject: Minta Komen Forumers Tentang Laman Web Ini - Telah dibincangkan sejak Julai lalu)
Apa yang boleh saya ulaskan adalah, buku ini baik untuk mereka yang tiada langsung/hilang/lemah/ keyakinan dan mencari penyelesaian pengurusan diri dan kehidupan. Hanya buku berbentuk MOTIVASI. Lebih menjadi persoalan dimana buku ini sebenarnya LANGSUNG tidak menceritakan kepada anda TEKNIK MEMBONGKAR menjana pendapatan di INTERNET dan BUKAN INTERNET sepertimana penulis nyatakan di laman webnya.
Hanya dua muka sahaja yang menceritakan cara BAGAIMANA anda boleh menjana pendapatan melalui Affiliate Program E-BOOK ini. (Affiliate ini semakin banyak kita boleh dapati dengan penyertaan secara PERCUMA)
Jadi agen dan jual e-book? Anda jadi jutawan melaluinya?
Oleh yang demikian, bagi pendapat saya, buku ini adalah biasa-biasa sahaja, dimana anda sendiri boleh memperolehi SECARA PERCUMA di internet. Banyak kesalahan teks dan susunan isi E-Book ini tidak kemas.Apabila saya membaca, saya tidak nampak langsung TEKNIK yang dimaksudkan dilaman web penulis ini.Saya tidak menghalang anda untuk mendapatkan E-BOOK ini yang berharga RM99.90. Cuma diharap, penulis lebih beretika dalam penulisannya. Apa gunanya menderma 20% hasil jualan jika pendapatan yang diperolehi daripada produk yang carca marba?
Nasihat saya untuk kebaikan semua:
Seharusnya penulis E-BOOK ini harus selaraskan TAJUK KULIT E-BOOK ini dengan ISI KANDUNGAN agar mereka diluar sana tidak berasa keliru.
Jika ingin menulis mengenai Motivasi, ianya mestilah terus sahaja kepada tajuk utama. (Jika ingin lari dari tajuk sekalipun, jangan sesekali meninggalkan atau hilangkan Tajuk Utama dari isi kandungan).Ini adalah untuk kebaikan pasaran perniagaan Internet Malaysia. Jangan timbulkan Teknik SCAM kerana ia boleh merosakkan pasaran dan kenyakinan pembeli untuk produk-produk akan datang.
Memang tidak dinafikan, menjual E-BOOK amatlah mudah dan amat menguntungkan. Tetapi fikirkan jika kualiti dan harga tidak setimpal. Bagaimana nasib mereka diluar sana? Umpama membeli nasik lemak..
Contoh:
Saya melihat seorang penjual menjual nasi lemak yang berharga RM1.50 dengan meletakkan ramuan-ramuan yang nampak menyelerakan dan membelinya, tetapi apabila saya menjamahnya, rasanya adalah biasa-biasa sahaja.
Keesokkannya.. saya pergi membeli nasi lemak dengan seorang penjual yang berlainan, menawarkan harga cuma RM0.60. Isi kandungan cuma ada ikan masin dan telur serta sambal tetapi SEDAP!
Anda sendiri tahu jawapannya yang mana satu saya akan pilih..
“Jika mahal sekalipun harganya, kalau ianya berkualiti saya tak menyesal membelinya”
Nak tahu lagi pasal E-BOOK ini.. sila tinggalkan komen dibawah dan saya akan menjawabnya di ruangan komen.. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentSelamat datang Ogos
August 1, 2006
![]()
Selain mengenai cerita ”Wedding of the year“ Siti Nurhaliza dan Datuk K, Konsert Akhir Akademi Fantasia, Konsert Fantasia Mawi sebenarnya ada satu isu besar hari ini yang berkaitan dengan ekonomi.. Kekejaman Israel membedil Lubnan..
Sempena masuknya kita ke bulan Ogos dan tinggalnya beberapa bulan sahaja lagi untuk umat islam seluruh dunia berpuasa Ramadhan, marilah kita mendoakan kesejateraan umat islam diseluruh dunia.
Kekejaman mereka-mereka yang rakus ke atas umat islam harus dihentikan. Anda sendiri boleh lihat bagaimana runtuhnya ekonomi sesebuah negara apabila berlaku peperangan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan seharusnya peka kepada isu-isu besar ini walaupun ianya tidak berlaku disini..
Hari Jumaat yang lalu, Masjid Sultan Abd Samad KLIA mengadakan solat hajat memohon kepada Allah untuk melindungi Lubnan, Palestin, Iraq dan seluruh umat islam didunia.Â
Â
Sebuah email yang saya perolehi hari ini:
Isi kandungan adalah seperti berikut:Â
Pesanan dari tentera Hisbullah - Sayyid Hassan Nasrullah, Pemimpin Hizbullah Lubnan. “Buat masa ini, kami belum memerlukan bantuan sukarelawan, senjata atau wang. Wahai saudara2 kami kaum muslimin, bantulah kami dengan doa dan munajat setiap detik saudaramu untuk kemenangan Islam dan kehancuran Israel. Bacalah Qulhuwallah setiap masa diselangi La Ilahailla Allah sambil memusatkan ingatan kepada kehancuran Israel“.
Sebarkanlah wahai saudara2 kami…
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content




