Firefox Lebih Baik dari Internet Explorer
August 13, 2006
Untuk carian yang lebih pantas.. sila gunakan firefox.. anda boleh download di firefox.com.
Untuk pengetahuan anda, Mozilla Firefox (web broswe) ini dilengkapi dengan pop-up blocking, tabbed browsing, sememangnya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan privacy.
Layari Mozilla Firefox website.
Â
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentTeknik saya mendapatkan Pelanggan
August 12, 2006
saya ingin sekali berkongsi kejayaan saya bersama anda. Mungkin ada antara anda yang melawat blog saya, merupakan rakan-rakan saya (mereka lebih suka membaca dari menulis), mereka yang sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan dan semestinya anda yang sedang membaca penulisan saya ini.
Kali ini saya ingin bercerita sedikit mengenai laman web pelamin.net. Bagaimana saya mendapat idea ini?
Untuk pengetahuan anda, idea ini bermula apabila seorang rakan saya (sibuk melayari laman web perkahwinan) mencadangkan kepada saya kenapa tidak saya menggunakan internet sebagai platform memperkenalkan perniagaan sedia ada ini.
Sejak dilancarkan, perniagaan tempahan pelamin dan pakej perkahwinan secara online ini terus mendapat sambutan dan tempahan. Kotak email saya sentiasa penuh dengan pertanyaan dan tempahan.
Mungkin anda lihat, ranking laman web saya tidak sehebat laman web lain, tetapi bagaimana saya menjadikan 10 orang pelawat kepada seorang pelanggan? (ranking yang tinggi amat sesuai untuk adsense, tetapi saya tidak perlukan itu untuk menghasilkan pendapatan)
Kalau anda lihat statistik pengguna internet melebihi 88 juta orang di dunia.. Inilah cara terbaik saya untuk memperkenalkan perniagaan berkaitan perkahwinan di internet. Jika anda lihat laman web saya, ia tidak jauh beza dengan web perkahwinan lain. Akan tetapi ada yang tidak tahu bagaimana saya memaksimumkan pendapatan dengan berkesan…
Mungkin ada di antara anda, hendak menjual produk bernilai RM50.00 amat sukar. Bagaimana saya boleh menjual pakej yang berharga hampir RM3,000.00 dengan mudah dan bagaimana saya meyakinkan pelanggan saya bahawa urusniaga di internet adalah selamat?
Bagaimana saya boleh menarik minat mereka yang berada di United Kingdom, Jepun, Mesir dan di serata dunia untuk mendapatkan perkhidmatan pelamin.net?
Saya akan beritahu kepada anda dalam E-Book saya.. bagaimana teknik saya memberi kesan positif kepada perniagaan internet seperti saya… nantikan keluaran E-Book ini…
Bagaimana saya menjana pendapatan sampingan yang berhubungkait dengan perniagaan saya. Perniagaan apa yang bersesuaian dengan anda?? Saya akan jelaskan semuanya.. Teruskan membaca semua maklumat dalam blog ini, mungkin di antaranya adalah teknik yang saya amalkan selama ini.
Teruskan membaca blog saya…
(suprise….)
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMotivasi - Langkah permulaan Anda..
August 11, 2006
Sedang leka anda mencari maklumat mengenai motivasi di internet, anda tertarik dengan isi kandungan di blog ini… akhirnya anda berhenti seketika untuk melayari dan membuat carian di enjin pencari..
Anda membaca semua maklumat dalam blog ini.. apa yang anda lihat, banyak maklumat mengenai tips, ulasan dan kejayaan. Anda memahaminya kerana ianya disampaikan dengan ayat yang cukup mudah.. Anda membacanya berulang kali, membaca tanpa rasa jemu… tanpa anda sedari.. anda telah menyuntik semangat baru dalam diri anda..
Ya.. motivasi permulaan yang baik untuk diri anda…
Jom baca penulisan saya mengenai motivasi permulaan.. Apakah motivasi permulaan?
Saya menganggapkan motivasi permulaan ini sebagai memasang matlamat baru yang segar untuk kita menghampiri kejayaan.
Ambil tips ini.. jika anda ingin memulakan perniagaan
1. Dalami ilmu asas perniagaan
2. Peruntukkan masa yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan.
3. Bina perniagaan anda secara kecil-kecilan (seperti menyertai program affiliate)
4. Jangan lengahkan masa anda untuk memulaka perniagaan.
5. Ambil nota dan tuliskan matlamat anda. Dengan membaca berulang kali matlamat anda, ia akan memotivasikan diri sendiri.
Anda percayalah, saya berkata begini kerana saya mempraktikkannya..
Ingat.. untuk menjadi kaya atau jutawan bukanlah mudah.. tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, yakin dan pasti bahawa anda akan menikmatinya..
p.s: Dalam masa 14 hari ini, jika anda mempraktikkan apa yang saya beritahu anda, fikiran anda sentiasa bermotivasi, anda akan lihat sebuah kejayaan sedang datang kepada anda!
Lakukan sekarang!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentSesibuk Siti Nurhaliza
August 10, 2006
Sori hari ini saya tidak dapat menulis topik… apa-apapun terima kasih kerana masih lagi melawat laman blog ulasan, tips, kejayaan - usahawan internet malaysia.
Hari ini saya sibuk sangat-sangat, ada kerja perlu dibereskan. Akan tetapi tidaklah sesibuk Siti Nurhaliza yang akan berkahwin dengan Dato’ K pada Ogos ini.
Insya-Allah saya akan menulis esok. Jadi tunggu dan nantikan penulisan istimewa dari saya. Mungkin saya akan menyentuh mengenai perniagaan internet, cara buat duit online (walaupun sudah ramai yang membincangkannya), pengurusan kewangan, menjana pendapatan secara berkesan atau topik mendidik masyarakat untuk mengenali SCAM dan cara menghindarkannya atau mungkin mengenai rahsia dan teknik…. tutttt…..
Jadi.. nantikan pada episod seterusnya.. hehehehehe..
p.s: Serius tak boleh tulis panjang-panjang hari nih.. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content5 Langkah Penting menjadi Hebat!
August 9, 2006
Pernah anda membaca kisah Rosyam Nor sebelum dia jadi pelakon popular?
Sebelum Siti Nurhaliza (yang akan berkahwin dengan Dato’ K)menjadi penyanyi tersohor, tahukah anda dimanakah beliau bermula?
Bagaimana Mawi (juara Akademi Fantasia 3) boleh menjadi rebutan ramai sebagai jurucakap produk?
Mungkin anda mengenali cerita-cerita mereka ini, tetapi adakah anda mengetahui diri anda yang sebenar? Bagaimana hendak melangkah menjadi hebat? Perlukah anda menyanyi? Perlukah anda berlakon? Atau perlukah anda menjadi jurucakap produk?
Jawapan saya adalah tidak perlu.
Saya akan berikan anda 5 langkah penting untuk anda menjadi seorang yang hebat!
1. Fikiran Positif.
Anda mesti memulakannya di kotak fikiran. Perkara pertama, anda mesti menembusi tembok atau benteng yang boleh menghalang anda untuk menjadi seorang yang hebat. Bayangkan anda berjalan di hutan yang dipenuh duri dan semak samun. Bagaimana anda hendak melaluinya. Yakinkan diri anda Boleh! Ya! Anda boleh!
2. Bermatlamat.
Anda mestilah seorang yang mempunyai matlamat. Bagaimana hendak memasang matlamat? Nasihat saya, jangan sesekali memasang matlamat yang tidak logik. Contoh, saya ingin terbang seperti Superman! Haaaa… itu memang matlamat anda, tetapi mesti mengikut logik akal dan fikiran anda. Memang ianya tidak mustahil untuk terbang seperti Superman. Jika anda yakin suatu hari nanti anda pasti boleh terbang ke awan.
3. Bersungguh-sungguh
Jika anda hendak terbang seperti Superman, anda mestilah bersungguh-sungguh. Letakkan sejuta usaha anda untuk merealisasikan impian anda. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kejayaan. Terang-terang sudah diberitahu “Usaha itu tangga kejayaan”
4. Ilmu dan Pengetahuan
Berusaha bersungguh-sungguh tidak cukup, jika anda tidak ada ilmu dan pengetahuan. Jadi, belajarlah menuntut ilmu untuk menjadi seorang yang pakar dan mahir. Kalau nak terbang macam Superman, mungkin anda boleh belajar dengan David Blaine?
5. Mulakan pembelajaran
Berjinak-jinak dengan buku atau blog ini. Anda hanya memerlukan beberapa minit atau jam sahaja untuk mengklik setiap maklumat dalam blog ini.
Ingat! jangan lupa langkah 3 tadi.. anda mesti berusaha bersungguh-sungguh kalau ingin menjadi orang yang hebat seperti Superman!
Jadi.. apa keputusan anda?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentE-Book Percuma dari Saya
August 8, 2006
Semalam saya telah menyiapkan E-Book saya yang pertama.. E-Book ini bertajuk “Gerak Hati Motivasi Minda” adalah sebuah buku mengenai motivasi dan membina keyakinan diri. Setelah hampir sebulan saya merancang dan mencari idea yang sesuai, maka terhasil karya pertama saya ini. E-Book ini amat berguna kepada mereka yang ingin memantapkan keyakinan diri. Diharapkan dengan memiliki E-Book ini, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
Istimewanya E-Book ini adalah, saya memberikannya secara percuma dan ianya adalah 100% penulisan saya sendiri. Saya ingin berkongsi dengan anda info berguna dan semoga anda dapat manfaatkan E-Book ini dengan sebaik mungkin. Untuk edisi percuma ini, E-Book ini diterbit setebal 17 muka surat. Walaupun ringkas tetapi maklumatnya amat berguna untuk anda.
Untuk memuatturun E-Book ini, klik pada kulit E-Book di bawah ini..
Nantikan keluaran E-Book yang lain dari saya dan pastikan anda terus mengunjungi blog ini. Pastikan blog ini sebagai tempat rujukan terbaik anda. Maklumat berguna disini mungkin berbeza di antara lain kerana, ianya adalah 100% penulisan saya.
Selamat menuntut ilmu!
p.s: E-Book ini amat sesuai kepada mereka yang selalu menganggap diri mereka gagal.
p.s.s: E-Book ini sesuai kepada mereka yang ingin mencapai matlamat kejayaan.
p.s.s.s: Corak persembahan E-Book ini berbeza dengan E-Book yang lain.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content






