Visitor Tracker - Kenali Pelawat
August 19, 2006
Saya sambung lagi mengenai topik menarik pelawat… Jika anda telah mempunyai visitor’s counter/tracker.. kini anda boleh membuat andaian mengenai jumlah pelawat anda.
Untuk mengenal pasti yang manakah pelawat sebenar anda, anda mesti melihat kepada unique visitors bukannya hit kekerapan web anda dilawati. Jangan keliru mengenainya..
Untuk membantu perniagaan anda, jumlah pelawat unik adalah penting. Unique visitors bermaksud jumlah pengguna unik yang melawat sesuatu laman web tidak kira jikalau pada hari tersebut pelawat memasuki laman anda sebanyak 10 kali.
Angka unique visitor akan menunjukkan satu untuk seorang. Untuk melihat keberkesanan hasil menukar pelawat kepada pelanggan, pastikan anda mengira jumlah pelawat unik bukannya mengira berapa kali mereka masuk..
p.s: Untuk ketahui bagaimana untuk mengira pelawat sila dapatkan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































