Tukarkan Pelawat kepada Pelanggan
August 18th, 2006, by Noorizam Shah

Tukarkan Pelawat kepada Pelanggan

Anda ingat lagi post saya yang terdahulu teknik saya mendapatkan pelanggan? Ok hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana saya menjadikan pelawat saya kepada pelanggan.

Sebelum anda ingin mendapatkan hasilnya, anda perlu mengetahui siapakah pelawat anda? dari manakah mereka datang? Berapa ramai pelawat yang datang setiap hari?

Soalan yang saya ajukan kepada anda ini begitu penting. Jangan ambil ringan apa yang saya tulis disini.

Untuk mendapatkan jawapan semua soalan di atas, anda boleh menggunakan perkhidmatan visitor’s counter atau tracker.

lihat contoh statistik pelamin.net.Ini adalah perkhidmatan percuma. Anda juga boleh mendapatkan statistik yang berbayar. Pilihlah yang mana satu.

Dengan menggunakan statistik ini, anda dapat menjejaki pelawat-pelawat laman web anda. Anda akan memahami corak kedatangan mereka seperti negara, laman web, keyword, enjin carian dan berbagai-bagai maklumat lagi.

Jumlah pelawat ini adalah penting kepada anda untuk mengetahui berapa ramai pelawat ke laman web anda. Tanpanya, anda tidak akan tahu sama ada promosi anda berjaya atau tidak.

Jangan cepat berbangga jika pelawat anda adalah 10,000 orang setiap hari. Jika kesemua 10,000 orang ini tidak membeli dari anda, ini bermakna promosi anda gagal.

Jangan cepat kecewa jika anda melihat hanya 10 orang sahaja yang melawat web anda setiap hari. Tetapi jika dari 10 orang boleh mendatangkan seorang pelanggan, ia lebih baik daripada 10,000 orang pelawat…

Saya akan sambungkan mengenai topik menarik pelawat kepada pelanggan ini pada post akan datang… teruskan membaca dan menuntut ilmu…

:)

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. amat menarik tips ni..tak sabar rasanya nak dapatkan tips yang lain.

    agak sukar nak dapatkan daripada 100 visitor..separuh dari tu pun belum tentu our customer..rasanya sales letter pun kena gempak kot.

    rasanya kalau sales letter pada posting agak berkesan ke?tak pernah nampak orang try pun

  2. sekarang ni sudah dapat maintain 100 visitor sehari..huh, tak sangka cara yang saya guna tu berkesan gak..:)


Add your comment