Matlamat Anda: Wang atau Ilmu?

August 16, 2006

Semua orang ingin sekali mengecapi kemewahan dan kesenangan. Bohong jika saya katakan bahawa anda langsung tiada perasaan atau memasang impian untuk menjadi kaya dan memperolehi wang dengan banyak.

Jika anda bermatlamat seperti itu, saya sokong anda! Sebabnya? Itu tandanya anda bersikap positif untuk mencapai cita-cita. Tetapi jika anda memasang matlamat untuk memperolehi wang yang banyak, anda harus menimba ilmu dan pengalaman terlebih dahulu.

Wang bukanlah semata-mata tetapi ilmu amat berharga kepada anda.

Ingat, jika anda mempunyai wang yang banyak sehingga mampu membeli sebuah pulau, tetapi anda berbelanja, ianya boleh habis dan hilang sekelip mata. Tetapi cuba anda bayangkan jika anda menuntut ilmu (seperti membaca blog ini), pengetahuan dan pengalaman anda tidak akan hilang begitu sahaja.

Saya ada satu kisah dimana seorang rakan kenalan saya, dahulu beliau mempunyai perniagaan yang hebat dan mempunyai kedudukan yang selesa. Akan tetapi suatu hari malang menimpanya, bisnesnya lumpuh, dia terduduk. Memang kasihan melihat keadaannya.

Tetapi yang paling hebat, dia tidak berputus asa, dia membina empayar baru dan kini mengaut keuntungan berjuta-juta.

Bagaimana dia mampu melakukannya? Kerana dia punya pengalaman dan ilmu.

Oleh itu, kepada anda yang masih baru ingin menceburikan diri dalam apa juga perniagaan, pastikan anda menuntut ilmu. Sepandai mana kita sekalipun, kita harus sentiasa berwaspada.

Jangan jadi seperti pak pandir (orang yang menipu) menipu orang kaya (anda yang ditipu)..

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Matlamat Anda: Wang atau Ilmu?”

  1. alhafiz3d on August 17th, 2006 3:01 pm

    terima kasih.
    bagus ada ebook motivasi macamni.

  2. alhafiz3d on August 17th, 2006 3:03 pm

    pada saya ilmu lebih penting,
    sebab kalau takde ilmu, macamana nak dapat wang.. :)

  3. sydinar on August 17th, 2006 7:44 pm

    Buku motivasi yg bagus…teruskan menulis .

Got something to say?