Kelebihan Perniagaan Internet

August 14, 2006

Pada topik sebelum ini saya ada memberitahu anda mengenai perniagaan internet saya. Saya juga ada memberitahu bahawa saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu dengan anda. Bagaimana saya menjana pendapatan di internet dengan berkesan. Sebelum saya pergi kepada teknik tersebut, apakata saya berkongsi sedikit ilmu dengan anda.

Apa yang saya ingin tuliskan disini amat penting dan memberi kelebihan kepada anda (mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet).

Untuk pengetahuan anda, berbeza dengan perniagaan perkhidmatan pemasangan pelamin lain, saya menjadikan internet sebagai salah satu cara pemasaran terbaik.

Anda boleh bandingkan jika anda membuat pengiklanan di internet, ianya jauh lebih murah daripada mengiklankan di TV, majalah, surat khabar dan lain-lain.

Saya mempunyai lamanweb pelamin.net, potensi saya untuk mendapat pelanggan lebih luas. Bayangkan bagaimana internet memberi ruang kepada anda sehingga ke seluruh dunia. Laman web anda boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Jika saya membuka kedai 24jam pun belum tentu saya akan dapat pelanggan yang melawat seperti mana di internet.

  1. Saya tidak perlu memasang internet 24jam, tidak perlu layarinya setiap hari
  2. Pelawat yang saya terima tidak terhad malah luas ke seluruh dunia.
  3. Menggunakan internet lebih mudah dan pendapatan dapat digandakan.
  4. Komunikasi menjadi lebih mudah tanpa perlu menanggung kos yang tinggi. (lebih kerap mengguna email)

Ingat, internet dicapai oleh 800 juta pengguna internet*. Akan tetapi anda mestilah tahu teknik bagaimana untuk mendapatkan pelanggan… saya akan sambung lagi..

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Kelebihan Perniagaan Internet”

  1. Labanon on August 15th, 2006 3:37 pm

    Ya sememangnya amat menjimatkan masa dan tenafa tetapi duit yang masuk HUH lumayan ;)

Got something to say?