Teknik saya mendapatkan Pelanggan

August 12, 2006

saya ingin sekali berkongsi kejayaan saya bersama anda. Mungkin ada antara anda yang melawat blog saya, merupakan rakan-rakan saya (mereka lebih suka membaca dari menulis), mereka yang sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan dan semestinya anda yang sedang membaca penulisan saya ini. :P

Kali ini saya ingin bercerita sedikit mengenai laman web pelamin.net. Bagaimana saya mendapat idea ini?

Untuk pengetahuan anda, idea ini bermula apabila seorang rakan saya (sibuk melayari laman web perkahwinan) mencadangkan kepada saya kenapa tidak saya menggunakan internet sebagai platform memperkenalkan perniagaan sedia ada ini.

Sejak dilancarkan, perniagaan tempahan pelamin dan pakej perkahwinan secara online ini terus mendapat sambutan dan tempahan. Kotak email saya sentiasa penuh dengan pertanyaan dan tempahan.

Mungkin anda lihat, ranking laman web saya tidak sehebat laman web lain, tetapi bagaimana saya menjadikan 10 orang pelawat kepada seorang pelanggan? (ranking yang tinggi amat sesuai untuk adsense, tetapi saya tidak perlukan itu untuk menghasilkan pendapatan)

Kalau anda lihat statistik pengguna internet melebihi 88 juta orang di dunia.. Inilah cara terbaik saya untuk memperkenalkan perniagaan berkaitan perkahwinan di internet. Jika anda lihat laman web saya, ia tidak jauh beza dengan web perkahwinan lain. Akan tetapi ada yang tidak tahu bagaimana saya memaksimumkan pendapatan dengan berkesan

Mungkin ada di antara anda, hendak menjual produk bernilai RM50.00 amat sukar. Bagaimana saya boleh menjual pakej yang berharga hampir RM3,000.00 dengan mudah dan bagaimana saya meyakinkan pelanggan saya bahawa urusniaga di internet adalah selamat?

Bagaimana saya boleh menarik minat mereka yang berada di United Kingdom, Jepun, Mesir dan di serata dunia untuk mendapatkan perkhidmatan pelamin.net?

Saya akan beritahu kepada anda dalam E-Book saya.. bagaimana teknik saya memberi kesan positif kepada perniagaan internet seperti saya… nantikan keluaran E-Book ini…

Bagaimana saya menjana pendapatan sampingan yang berhubungkait dengan perniagaan saya. Perniagaan apa yang bersesuaian dengan anda?? Saya akan jelaskan semuanya.. Teruskan membaca semua maklumat dalam blog ini, mungkin di antaranya adalah teknik yang saya amalkan selama ini.

Teruskan membaca blog saya… ;) (suprise….)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Teknik saya mendapatkan Pelanggan”

  1. ramzwatcher on August 12th, 2006 4:33 pm

    alahai,,,ingatkan dah ade sekurang-kurangnya satu rahsia tadi..:(

  2. Labanon on August 13th, 2006 12:26 am

    HAha…. tunggu jer laa e-book tu keluar

  3. Noorizam Shah on August 13th, 2006 3:57 pm

    Jangan risau kepada anda.. saya tidak kedekut ilmu seperti ada sesetengah yang lain… saya tetap akan berkongsi tips dan pengalaman saya bagaimana saya menjana pendapatan internet dengan berkesan… :) Kepada anda yang masih muda ini.. ini lah peluang anda untuk memikirkan perniagaan apakah yang sesuai untuk anda jalankan..

    p.s: tips: kalau anda tiada pengalaman dalam perkhidmatan perkahwinan.. dinasihatkan jangan cuba meniru walaupun ia menjanjikan pendapatan lumayan. :)

    p.p.s: Jadi tunggu.. dalam sedikit masa lagi… saya akan membongkarkan istimewa untuk semua….

    p.p.s: hebahkan mengenai manfaat blog ini… (kalau syorkan kepada rakan pun bagus juga ;) )

  4. Tips, Kejayaan, Ulasan dan Info - Kenali Usahawan Internet Malaysia » Blog Archive » Tukarkan Pelawat kepada Pelanggan on December 15th, 2006 5:04 pm

    […] Anda ingat lagi post saya yang terdahulu teknik saya mendapatkan pelanggan? Ok hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana saya menjadikan pelawat saya kepada pelanggan. […]

  5. reezluv on July 19th, 2007 7:15 pm

    mana ebooknya erk?Free ke bayor??hehee

Got something to say?