5 Langkah Penting menjadi Hebat!
August 9th, 2006, by Noorizam Shah

5 Langkah Penting menjadi Hebat!

Pernah anda membaca kisah Rosyam Nor sebelum dia jadi pelakon popular?

Sebelum Siti Nurhaliza (yang akan berkahwin dengan Dato’ K)menjadi penyanyi tersohor, tahukah anda dimanakah beliau bermula?

Bagaimana Mawi (juara Akademi Fantasia 3) boleh menjadi rebutan ramai sebagai jurucakap produk?

Mungkin anda mengenali cerita-cerita mereka ini, tetapi adakah anda mengetahui diri anda yang sebenar? Bagaimana hendak melangkah menjadi hebat? Perlukah anda menyanyi? Perlukah anda berlakon? Atau perlukah anda menjadi jurucakap produk?

Jawapan saya adalah tidak perlu.

Saya akan berikan anda 5 langkah penting untuk anda menjadi seorang yang hebat!

1. Fikiran Positif.
Anda mesti memulakannya di kotak fikiran. Perkara pertama, anda mesti menembusi tembok atau benteng yang boleh menghalang anda untuk menjadi seorang yang hebat. Bayangkan anda berjalan di hutan yang dipenuh duri dan semak samun. Bagaimana anda hendak melaluinya. Yakinkan diri anda Boleh! Ya! Anda boleh!

2. Bermatlamat.
Anda mestilah seorang yang mempunyai matlamat. Bagaimana hendak memasang matlamat? Nasihat saya, jangan sesekali memasang matlamat yang tidak logik. Contoh, saya ingin terbang seperti Superman! Haaaa… itu memang matlamat anda, tetapi mesti mengikut logik akal dan fikiran anda. Memang ianya tidak mustahil untuk terbang seperti Superman. Jika anda yakin suatu hari nanti anda pasti boleh terbang ke awan. :)

3. Bersungguh-sungguh
Jika anda hendak terbang seperti Superman, anda mestilah bersungguh-sungguh. Letakkan sejuta usaha anda untuk merealisasikan impian anda. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kejayaan. Terang-terang sudah diberitahu “Usaha itu tangga kejayaan:D

4. Ilmu dan Pengetahuan
Berusaha bersungguh-sungguh tidak cukup, jika anda tidak ada ilmu dan pengetahuan. Jadi, belajarlah menuntut ilmu untuk menjadi seorang yang pakar dan mahir. Kalau nak terbang macam Superman, mungkin anda boleh belajar dengan David Blaine? ;)

5. Mulakan pembelajaran
Berjinak-jinak dengan buku atau blog ini. Anda hanya memerlukan beberapa minit atau jam sahaja untuk mengklik setiap maklumat dalam blog ini.

Ingat! jangan lupa langkah 3 tadi.. anda mesti berusaha bersungguh-sungguh kalau ingin menjadi orang yang hebat seperti Superman!

Jadi.. apa keputusan anda?

Sphere: Related Content

One comment so far Subscribe Comments

  1. hurm..

    5. Mulakan pembelajaran.

    Cara yang paling mudah adalah subscribe feed dari mana-mana blog yang disukai. So dapatlah ilmu datang kepada kita, tak perlu susah-susah cari..hehe ;-)

    p.s: saya nak tukar link dgn cik norizam. saya dah masukkan link en kat blog saya, Rajablog.info


Add your comment