E-Book Percuma dari Saya
August 8, 2006
Semalam saya telah menyiapkan E-Book saya yang pertama.. E-Book ini bertajuk “Gerak Hati Motivasi Minda” adalah sebuah buku mengenai motivasi dan membina keyakinan diri. Setelah hampir sebulan saya merancang dan mencari idea yang sesuai, maka terhasil karya pertama saya ini. E-Book ini amat berguna kepada mereka yang ingin memantapkan keyakinan diri. Diharapkan dengan memiliki E-Book ini, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
Istimewanya E-Book ini adalah, saya memberikannya secara percuma dan ianya adalah 100% penulisan saya sendiri. Saya ingin berkongsi dengan anda info berguna dan semoga anda dapat manfaatkan E-Book ini dengan sebaik mungkin. Untuk edisi percuma ini, E-Book ini diterbit setebal 17 muka surat. Walaupun ringkas tetapi maklumatnya amat berguna untuk anda.
Untuk memuatturun E-Book ini, klik pada kulit E-Book di bawah ini..
Nantikan keluaran E-Book yang lain dari saya dan pastikan anda terus mengunjungi blog ini. Pastikan blog ini sebagai tempat rujukan terbaik anda. Maklumat berguna disini mungkin berbeza di antara lain kerana, ianya adalah 100% penulisan saya.
Selamat menuntut ilmu!
p.s: E-Book ini amat sesuai kepada mereka yang selalu menganggap diri mereka gagal.
p.s.s: E-Book ini sesuai kepada mereka yang ingin mencapai matlamat kejayaan.
p.s.s.s: Corak persembahan E-Book ini berbeza dengan E-Book yang lain.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “E-Book Percuma dari Saya”
Got something to say?





















































Wah tahniah dah ada ebook sendiri…
Tahniah!…. semakin hari, saya dapati blog ini semakin menarik! tahniah zam!..
Shuth: Terima kasih shuth. Saya masih baru dalam disini. Diharap individu seperti anda dapat memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu.
CikguBiz: Terima kasih CikguBiz. Doakan kejayaan saya, diharap dengan terbitnya E-Book ini, kita akan mendapat situasi menang-menang. Anda sebarkan E-Book saya, saya pula memberi ilmu kepada anda.
Salam,
Boleh tak saudara e-melkan kepada saya e-book Motivasi tulisan saudara kepada saya kerana saya mengalami masalah utk memuat turun. TQ
kepada yang tidak dapat mendownload Ebook motivasi di atas, sila email saya ke noorizam[at]zetro.com.my
p.s: tukar [at] ke @
thanx en norizam sbb bleh bg ebook percuma kat pengunjung website en norizam neh….sebuah ebook yg mmg best dan penuh dgn maklumat..sy dah download and simpan lam folder…nak baca hari2…hehe
Salam perkenalan Zam..
Tahniah dan Terima kasih kerana ebook ini. Insyaallah, ktom akan maklumkan perkara ini.
belum tergerak lagi nak wat my new edition of ebook..rasanya nak keluarkan 3 kot..huhuhu..bz punya pasal..langsung masa takde..apa pun tahniah for this good ebook.But tak bape minat la baca ebook motivasi..hehehe
Aswt.
Saudara Noorizam,
Saya agak baru dalam dunia it ini. Jadi saya ingin belajar dari saudara. Boleh tak saudara tunjukkan cara nak buat website yang cantik macam saudara? Saya benar-benar berharap agar saudara dapat membantu. tk.
Wslm.