Mudahkah Menjadi Kaya?

August 7, 2006

Maafkan saya kerana 2 hari ini saya tidak menulis.. Maklumlah sibuk balik ke kampung.. Walaupun saya tidak menulis dua hari yang lalu, bukan bermakna saya duduk goyang kaki bersenang lenang.. Saya tetap mencari idea dan topik yang sesuai untuk dipaparkan di laman blog istimewa ini.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai satu topik penting. Hari Sabtu yang lalu, saya telah membeli akhbar tempatan berbahasa melayu. Dalam banyak-banyak ruangan akhbar itu, tersisip satu artikel mengenai kejayaan dan kekayaan anak-anak muda Malaysia. Antara nama yang disebut adalah Siti Nurhaliza , Dr Fazli Yaakob , Nicol Ann David dan beberapa nama yang lain..

Melihat kesungguh mereka ini, seharusnya blog ini dimanfaat sepenuhnya oleh mereka yang bercita-cita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya ini. Saya juga bercita-cita seperti mereka.. tetapi bagaimana?

Ok.. jom saya berkongsi sedikit mengenainya…

Kepada anda yang masih muda (17thn hingga 25thn) ketahuilah bahawa untuk menjadi kaya tidak semestinya anda perlu dilahirkan daripada keluarga berada atau dari latar belakang keluarga yang hebat. Sebaliknya, dengan kebijaksanaan anda mengurus kewangan sebenarnya akan membantu anda mencapai cita-cita ini dengan berkesan.

Jangan mudah terperdaya dengan tipu muslimat di Internet ini apabila ada individu menayangkan kepada anda testimoni hebat, cek beribuan ringgit, rumah besar, kereta berderet-deret atau menjanjikan anda kekayaan dengan mudah!

Kesilapan yang biasa kita lakukan adalah apabila kita menyimpan aset liabiliti terlalu banyak. Anda membeli aset yang tiada bertambah nilai. Seperti contoh, kereta-kereta mewah yang harganya pasti akan menurun.

Apabila anda bijak menguruskan wang, ini bukan bermakna anda sebenarnya seorang yang kedekut, tetapi anda dikehendaki berbelanja dengan bijak.

Saya ingin bertanya kepada anda: 

Mana lebih kaya? anda yang bergaji RM10,000.00 sebulan tetapi berbelanja sebanyak RM9,000.00 sebulan atau mereka yang memperolehi gaji RM5,000.00 tetapi berbelanja sebanyak RM1000.00 sebulan?

Pastikan anda bijak menguruskan kewangan anda. Jika masih tiada pengalaman bagaimana hendak mengurus kewangan anda dengan baik, saya syorkan kepada anda dapatkan buku pengurusan yang berbaloi yang boleh didapati di Internet atau di kedai-kedai buku tempatan. Ilmu mengurus lebih penting daripada anda membazir wang anda ke sumber-sumber yang tidak berfaedah.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Mudahkah Menjadi Kaya?”

  1. Labanon on August 7th, 2006 3:05 pm

    YA.. betul tu bro.. sayer nih termasuk dalam golongan maner ekk umur baru 16thn remaja ke heheh :P

    Menguruskan wang.. mudah jer petuanya BELI YANG PERLU!!

  2. reezluv on July 21st, 2007 12:09 am

    memang agak susah nak jadi kaya kalau ilmu takde..kalau nak menipu orang pun kena ade ilmu..so kuatkan ilmu di dada..tapi bila dah kaya jangan la takbur cam Qarun..terkenal dengan sifat kedekut..kaya tak ingatnya..

Got something to say?