Sesuaikah Perniagaan Internet Dengan Anda?

August 3, 2006

Adakah perniagaan internet sesuai dengan saya? Jawapan saya adalah ya! Ya, saya dapat menjana pendapatan di internet hari ini (tidak perlu saya tunjuk kepada anda berapakah nilai pendapatan saya). Cukuplah saya mengatakan ianya memang benar dan realiti ianya terjadi!

 Tetapi saya ingin pula bertanya kepada anda. Adakah perniagaan internet sesuai dengan anda? Dan boleh anda memperolehi pendapatan melalui perniagaan internet?

Saya berkeyakinan anda juga adalah orang yang sesuai untuk bersama-sama dengan yang lain. Tetapi bagaimana?

Ini yang akan saya kongsikan..

Untuk pengetahuan anda, internet adalah suatu medium hiburan, maklumat dan perniagaan yang terlalu luas skopnya. Kepada mereka yang gemarkan hiburan seperti permainan dalam talian, ini adalah tempatnya manakala bagi perniaga yang menjalankan perniagaan internet, disini adalah tempat yang paling sesuai untuk membuat promosi produk dan perkhidmatan anda. Seperti saya, saya mempromosikan perniagaan perkhidmatan majlis perkahwinan. Saya menggunakan interaktif Internet untuk melakukan proses jual beli.

Bagi pendapat saya, bisnes internet adalah amat sesuai kepada mereka yang tidak mahu berurusan dalam keadaan sesak di jalan raya, bekerja dari 9-5 (walaupun saya masih melakukannya).

Jika anda punyai kerja tetap sekarang, nasihat saya janganlah anda berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet tanpa perlu belajar dari mereka yang berpengalaman. Sebagai permulaan, apakata anda belajar bagaimana anda hendak memulakan perniagaan internet secara sambilan atau sampingan dengan mengetahui asas-asas yang betul.

Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim di internet yang mengelirukan anda, memperdaya dan sebagainya. Jadikan blog ini sebagai rujukan berguna anda untuk mendalami lebih lagi mengenai perniagaan internet mahupun bukan.
Diharap anda dapat memulakan dengan cara yang lebih bijaksana. Tiada satu kerugian pun dalam menuntut ilmu. Sama ada perniagaan internet sesuai atau tidak dengan anda? Anda sendirilah perlu menjawabnya.. :) 

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Sesuaikah Perniagaan Internet Dengan Anda?”

  1. Labanon on August 3rd, 2006 11:24 pm

    Ya… kita x patut berhenti kerja semasa memulakan perniagaan internet kerana kita bukan perlu berada di hadapan komputer 24jam dan sekiranya perniagaan internet stabil pun jgnlah berhenti kerja kerana maklumlah perniagaan ada pasang surutnya.. Malang tidak berbau..

    sekian

  2. pekida online on August 4th, 2006 1:05 pm

    saya pun berasa begitu juga.. kalau berasa kita masih mampu bekerja.. kenapa kita perlu berhenti semata-mata kita ingin menjalankan perniagaan internet.

    Sebagai permulaan saya rasa begitu.. tetapi jika anda berasakan anda telah cukup mantap dan tegap dalam perniagaan internet dan anda mengambil keputusan untuk berhenti.. saya rasakan itu adalah masa yang amat sesuai sekali.

    Saya sokong blog ini sebagai rujukan saya..

    Semua maklumat disini hebat!

    Tahniah saudara Noorizam Shah

    Teruskan usaha anda untuk menulis.

  3. reezluv on July 19th, 2007 7:16 pm

    lainlah kalau kita ade income cam Joel Comn tu..takla susah nak keje lagi..tapi secara tak langsung..internet income ni jadi cam satu kerja gak la..lau tak, tak jalan..marketing nye pasal la..no promotion, no money will come:)

Got something to say?