Selamat datang Ogos
August 1, 2006
![]()
Selain mengenai cerita ”Wedding of the year“ Siti Nurhaliza dan Datuk K, Konsert Akhir Akademi Fantasia, Konsert Fantasia Mawi sebenarnya ada satu isu besar hari ini yang berkaitan dengan ekonomi.. Kekejaman Israel membedil Lubnan..
Sempena masuknya kita ke bulan Ogos dan tinggalnya beberapa bulan sahaja lagi untuk umat islam seluruh dunia berpuasa Ramadhan, marilah kita mendoakan kesejateraan umat islam diseluruh dunia.
Kekejaman mereka-mereka yang rakus ke atas umat islam harus dihentikan. Anda sendiri boleh lihat bagaimana runtuhnya ekonomi sesebuah negara apabila berlaku peperangan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan seharusnya peka kepada isu-isu besar ini walaupun ianya tidak berlaku disini..
Hari Jumaat yang lalu, Masjid Sultan Abd Samad KLIA mengadakan solat hajat memohon kepada Allah untuk melindungi Lubnan, Palestin, Iraq dan seluruh umat islam didunia.Â
Â
Sebuah email yang saya perolehi hari ini:
Isi kandungan adalah seperti berikut:Â
Pesanan dari tentera Hisbullah - Sayyid Hassan Nasrullah, Pemimpin Hizbullah Lubnan. “Buat masa ini, kami belum memerlukan bantuan sukarelawan, senjata atau wang. Wahai saudara2 kami kaum muslimin, bantulah kami dengan doa dan munajat setiap detik saudaramu untuk kemenangan Islam dan kehancuran Israel. Bacalah Qulhuwallah setiap masa diselangi La Ilahailla Allah sambil memusatkan ingatan kepada kehancuran Israel“.
Sebarkanlah wahai saudara2 kami…
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































