Visitor Tracker - Kenali Pelawat
August 19, 2006
Saya sambung lagi mengenai topik menarik pelawat… Jika anda telah mempunyai visitor’s counter/tracker.. kini anda boleh membuat andaian mengenai jumlah pelawat anda.
Untuk mengenal pasti yang manakah pelawat sebenar anda, anda mesti melihat kepada unique visitors bukannya hit kekerapan web anda dilawati. Jangan keliru mengenainya..
Untuk membantu perniagaan anda, jumlah pelawat unik adalah penting. Unique visitors bermaksud jumlah pengguna unik yang melawat sesuatu laman web tidak kira jikalau pada hari tersebut pelawat memasuki laman anda sebanyak 10 kali.
Angka unique visitor akan menunjukkan satu untuk seorang. Untuk melihat keberkesanan hasil menukar pelawat kepada pelanggan, pastikan anda mengira jumlah pelawat unik bukannya mengira berapa kali mereka masuk..
p.s: Untuk ketahui bagaimana untuk mengira pelawat sila dapatkan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentTukarkan Pelawat kepada Pelanggan
August 18, 2006
Anda ingat lagi post saya yang terdahulu teknik saya mendapatkan pelanggan? Ok hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana saya menjadikan pelawat saya kepada pelanggan.
Sebelum anda ingin mendapatkan hasilnya, anda perlu mengetahui siapakah pelawat anda? dari manakah mereka datang? Berapa ramai pelawat yang datang setiap hari?
Soalan yang saya ajukan kepada anda ini begitu penting. Jangan ambil ringan apa yang saya tulis disini.
Untuk mendapatkan jawapan semua soalan di atas, anda boleh menggunakan perkhidmatan visitor’s counter atau tracker.
lihat contoh statistik pelamin.net.Ini adalah perkhidmatan percuma. Anda juga boleh mendapatkan statistik yang berbayar. Pilihlah yang mana satu.
Dengan menggunakan statistik ini, anda dapat menjejaki pelawat-pelawat laman web anda. Anda akan memahami corak kedatangan mereka seperti negara, laman web, keyword, enjin carian dan berbagai-bagai maklumat lagi.
Jumlah pelawat ini adalah penting kepada anda untuk mengetahui berapa ramai pelawat ke laman web anda. Tanpanya, anda tidak akan tahu sama ada promosi anda berjaya atau tidak.
Jangan cepat berbangga jika pelawat anda adalah 10,000 orang setiap hari. Jika kesemua 10,000 orang ini tidak membeli dari anda, ini bermakna promosi anda gagal.
Jangan cepat kecewa jika anda melihat hanya 10 orang sahaja yang melawat web anda setiap hari. Tetapi jika dari 10 orang boleh mendatangkan seorang pelanggan, ia lebih baik daripada 10,000 orang pelawat…
Saya akan sambungkan mengenai topik menarik pelawat kepada pelanggan ini pada post akan datang… teruskan membaca dan menuntut ilmu…
![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentDesign E-Book
August 17, 2006
Â
Â
Kepada anda yang teringinkan kualiti Kulit E-Book yang smooth dan menawan kalbu,
Saya cadangkan anda mendapatkan khidmat saudara Hafiz.
Sample reka e-book cover di sebelah ini menggunakan perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan 3d Studio Max. Anda boleh dapatkan perkhidmatan reka e-book cover atau software box cover dengan harga yang berpatutan dari beliau.
Ini mungkin alternatif kepada anda jika inginkan kelainan produk. Kepada anda yang tercari-cari rekabentuk E-Book Cover hasil buatan produk tempatan, kunjungi http://www.hafiz.peng-u.com atau anda boleh menggunakan service dari Cheapestcovers ataupun dari designer yang lain.
Selamat beridea!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMatlamat Anda: Wang atau Ilmu?
August 16, 2006
Semua orang ingin sekali mengecapi kemewahan dan kesenangan. Bohong jika saya katakan bahawa anda langsung tiada perasaan atau memasang impian untuk menjadi kaya dan memperolehi wang dengan banyak.
Jika anda bermatlamat seperti itu, saya sokong anda! Sebabnya? Itu tandanya anda bersikap positif untuk mencapai cita-cita. Tetapi jika anda memasang matlamat untuk memperolehi wang yang banyak, anda harus menimba ilmu dan pengalaman terlebih dahulu.
Wang bukanlah semata-mata tetapi ilmu amat berharga kepada anda.
Ingat, jika anda mempunyai wang yang banyak sehingga mampu membeli sebuah pulau, tetapi anda berbelanja, ianya boleh habis dan hilang sekelip mata. Tetapi cuba anda bayangkan jika anda menuntut ilmu (seperti membaca blog ini), pengetahuan dan pengalaman anda tidak akan hilang begitu sahaja.
Saya ada satu kisah dimana seorang rakan kenalan saya, dahulu beliau mempunyai perniagaan yang hebat dan mempunyai kedudukan yang selesa. Akan tetapi suatu hari malang menimpanya, bisnesnya lumpuh, dia terduduk. Memang kasihan melihat keadaannya.
Tetapi yang paling hebat, dia tidak berputus asa, dia membina empayar baru dan kini mengaut keuntungan berjuta-juta.
Bagaimana dia mampu melakukannya? Kerana dia punya pengalaman dan ilmu.
Oleh itu, kepada anda yang masih baru ingin menceburikan diri dalam apa juga perniagaan, pastikan anda menuntut ilmu. Sepandai mana kita sekalipun, kita harus sentiasa berwaspada.
Jangan jadi seperti pak pandir (orang yang menipu)Â menipu orang kaya (anda yang ditipu)..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentAlasan kenapa PageRank Merosot
August 15, 2006
Ketahui kenapa pagerank website anda merosot. Pagerank mungkin begitu penting kepada mereka yang menjalankan perniagaan adsense. Ia menggambarkan jumlah capaian pelawat di laman web anda.
Jika sebelum ini, laman web anda adalah laman web popular (pagerank 6 ke atas) dan hari ini anda melihat ianya merosot, pastikan anda ketahui sebabnya..
Lamanweb anda mungkin telah diberi penalti oleh google. Mungkin ada kesalahan seperti meletak keyword dalam meta tag yang berulang-ulang. Ini boleh menyebabkan tool Bar anda jatuh kepada Page Rank 0 atau pun merosot antara skala 1-10.
Apabila website anda semakin kurang dilawati, ia juga boleh mengakibatkan page rank anda merosot. File Robots.txt sebenarnya adalah penting (spt google sitemap). Jika ianya tidak berfungsi dengan baik, googlebot pasti tidak akan dapat trace file anda dan besar kemungkinan anda langsung tidak mendapat PageRank yang baik..Â
Di bawah ini saya senaraikan antara alasan lain kepada pagerank anda merosot.
- RPR anda kurang diundi:
- Muka surat anda dipindahkan ke tempat lain.
- Link muka surat merosot.
- Anda mengalihkan link anda supaya (walaupun satu skrip) dan anda berharap page rank anda tidak berubah.
- Muka surat anda tidak lagi di spider oleh robots.txt atau meta tag anda tiada index atau follow.
- IBLs telah meningkatkan OBL mereka.
- Signature link, komen-komen blog, site wide links, recriprocal links, triangle links diturunkan nilai dalam PR algo untuk mereka mengundi RPR (Rate Page Rank).
Ini adalah maklumat ringkas dari saya, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan lebih jelas dengan melayari website seocompany.ca
![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentKelebihan Perniagaan Internet
August 14, 2006
Pada topik sebelum ini saya ada memberitahu anda mengenai perniagaan internet saya. Saya juga ada memberitahu bahawa saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu dengan anda. Bagaimana saya menjana pendapatan di internet dengan berkesan. Sebelum saya pergi kepada teknik tersebut, apakata saya berkongsi sedikit ilmu dengan anda.
Apa yang saya ingin tuliskan disini amat penting dan memberi kelebihan kepada anda (mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet).
Untuk pengetahuan anda, berbeza dengan perniagaan perkhidmatan pemasangan pelamin lain, saya menjadikan internet sebagai salah satu cara pemasaran terbaik.
Anda boleh bandingkan jika anda membuat pengiklanan di internet, ianya jauh lebih murah daripada mengiklankan di TV, majalah, surat khabar dan lain-lain.
Saya mempunyai lamanweb pelamin.net, potensi saya untuk mendapat pelanggan lebih luas. Bayangkan bagaimana internet memberi ruang kepada anda sehingga ke seluruh dunia. Laman web anda boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Jika saya membuka kedai 24jam pun belum tentu saya akan dapat pelanggan yang melawat seperti mana di internet.
- Saya tidak perlu memasang internet 24jam, tidak perlu layarinya setiap hari
- Pelawat yang saya terima tidak terhad malah luas ke seluruh dunia.
- Menggunakan internet lebih mudah dan pendapatan dapat digandakan.
- Komunikasi menjadi lebih mudah tanpa perlu menanggung kos yang tinggi. (lebih kerap mengguna email)
Ingat, internet dicapai oleh 800 juta pengguna internet*. Akan tetapi anda mestilah tahu teknik bagaimana untuk mendapatkan pelanggan… saya akan sambung lagi..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content









