Price Range Pelamin.net
July 19, 2006
Jika kelmarin saya berkongsi maklumat mengenai Nilai pasaran Domain, kini saya berkongsi pula dengan anda lingkungan harga pasaran domain utk Pelamin.net.
Itu adalah dalam USD. Bagaimana pula dengan RM? Fikirkan jumlahnya. Anda tunggu lagi 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun. Mula fikirkan sekarang domain yang sesuai dan punyai nilai pasaran yang tinggi pada masa akan datang.
Berapa pula nilai pasaran domain anda?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related ContentSEO Tools Terbaru: Visual PageRank
July 19, 2006
Â
Anda mungkin ingin melihat keberkesanan laman web anda bukan? Visual PageRANK akan membantu anda untuk anda membuat penilaian keberkesanan capaian pelawat di laman web anda.
Dengan menggunakan perkakasan ini, anda akan dapat melihat secara keseluruhan setiap link yang paling popular.
(lihat contoh diatas)
Memang menyeronokkan
Anda boleh dapatkannya disini : Visual PageRank
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentAda apa dengan Domain?
July 18, 2006
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, apakah keistimewaan anda jika anda mempunya domain sendiri.
Lihat perbezaan ini antara domain percuma dan berbayar.
Cth: Pelamin.net dengan Pelamin.cjb.net
Pelamin.net
-  Anda membina keyakinan pelawat anda, kerana ia menggambarkan perniagaan anda bukan calang-calang.
- Domain anda mempunyai status dan nilai jika anda ingin menjual semula domain anda
Pelamin.cjb.net
- Domain anda menggambarkan bahawa anda adalah tidak serius menjalankan perniagaan
- Persepsi pelawat akan menurun dengan beranggapan anda tidak mampu menjalankan perniagaan. Kenapa? Sebab anda menggunakan domain percuma.
Itu antara kelebihan membeli domain sendiri. Tetapi disini saya akan beritahu anda keberkesanan memilih domain yang baik. Yang pertama adalah supaya pelawat mudah mengingati domain anda. Kedua, pemilihan nama domain yang menarik dan unik, memberikan anda nilai harga pasaran domain anda tinggi.
Lihat contoh ini.
Nilai pasaran bagi nama google.com adalah USD21,378.59 bersamaan dengan RM81,879.99
Amazon.com = USD18,956.66 = RM72,604.00
RahsiaInternet.com = USD22.53 = RM86.28
Pelamin.net = USD9.11 = RM34.89
Perkahwinan.com = USD6.51 = RM24.93
Secara kesimpulannya, semakin popular lamanweb anda, semakin tinggi nilai pasaran domain anda.
*Harga diatas diperolehi dari SEO Tools (Link Value)
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentPelajari dari Masyarakat Cina Berniaga
July 17, 2006
“Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.” <-- isi kandungan topik bertajuk "Jangan takut wang" oleh Dr Irfan Khairi
Ya, Jika kita singkap sejarah tanah melayu sebelum merdeka, Masyarakat cina pada masa itu, majoriti menguasai bandar-bandar dan pekan-pekan, orang india di ladang-ladang dan orang melayu pula di kampung-kampung kecil.
Pada masa itu juga, masyarakat cina mengamalkan perniagaan ini sebagai budaya mereka sehinggakan pada mereka sambutan tahun baru cina sudah tidak berapa penting bagi mereka kerana mencari wang adalah segala-galanya bagi mereka.
Jika dahulu, orang melayu berniaga, tibanya cuti umum mulalah mereka menutup kedai akan tetapi tidak pula pada masyarakat cina. Sekarang sudah ada bangsa melayu mengikuti cara orang cina berniaga. Ini adalah satu sikap yang amat positif.
Pada pendapat saya, mengumpul kekayaan dan kemewahan adalah tidak salah, kerana Agama sendiri mengajar kita untuk maju dan sentiasa kehadapan. Akan tetapi mestilah berlandaskan kepada lunas-lunas yang betul.
Jika dulu orang berkata “Buat apa perlu cari wang bertimbun-timbun, bukan boleh dibawa mati”
Disini kita lihat, bagaimana ayat ini ditafsirkan oleh orang-orang yang berbeza.
Jika anda yang mempunyai matlamat dalam hidup, pasti anda tidak akan menjadikan ayat diatas tadi sebagai pegangan hidup.
Jika anda seorang yang bermatlamat, seharusnya anda memikirkan kepada tidak dengan wang yang bertimbun-timbun ini, anda sebenarnya mengubah taraf ekonomi keluarga anda, memberi kesenangan kepada anak-anak dan generasi anda, dengan wang yang bertimbun-timbun kepada tidak anda simpan dan letakkan matlamat bahawa anda juga mampu memberi sumbangan kepada orang lain.
Dengan wang yang banyak, anda memberi semangat kepada orang lain bahawa kuasa dan kata-kata anda lebih didengar, anda mampu berkongsi dengan orang lain, membantu mereka yang tercari-cari arah hidup yang sempurna.
Jika anda rasa pendapatan saya ada kebenarannya, maka saya juga menyokong topik hari ini yang telah di utarakan oleh Dr. Irfan.
Moga apa yang Dr Irfan Khairi beritahu kepada anda dapat memberi anda satu tips yang berkesan “Jangan takut pada wang”
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentBlog Bermaklumat- Lamar hati pelawat anda
July 16, 2006
Blog anda istimewa? Mempunyai maklumat berguna? Bagaimana ingin menjadikan blog anda sebagai destinasi wajib mereka?
Bagaimana anda boleh menarik minat umum supaya melihat blog anda? Selain kaedah SEO ada cara lain?
Ok, saya akan berkongsi tips bagaimana anda boleh menarik minat pelawat untuk melayari blog anda. Selain dari mengiklankan blog anda di submit URL, iklan banner, laman web topsite blog, ada satu lagi teknik sebenarnya yang boleh anda gunakan iaitu ruangan komen.
Kalau anda melayari blog-blog atau ruangan forum, pastikan anda meninggalkan komen-komen yang berguna. Jangan sesekali meninggalkan komen seperti “ya saya sokong pendapat anda” atau “saya pun berfikiran begitu..”
Komen seperti ini walaupun positif, tetapi ianya amatlah ringkas dan ia juga menggambarkan bahawa anda juga adalah seorang yang ringkas.
Pastikan apabila anda menjumpai blog-blog yang bagus dan bermaklumat seperti blog Dr. Irfan Khairi , Alang SZAB Network, SaifulSham, Shuhaimy, Smartusaha atau blog saya ini, pastikan anda meninggalkan komen yang boleh menggambarkan anda seorang yang berilmu.
Berikan pendapat anda setidak-tidaknya 10 baris, tidak kira pendapat anda bernas atau tidak, sebenarnya ia mendekatkan anda kepada pelawat untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.
Apabila anda meninggalkan komen seperti contoh di blog saya ini, pastikan anda memberi komen yang membina, secara tidak langsung pelawat yang melawat blog saya juga akan turut ingin mengetahui maklumat dari anda lebih lanjut. (Jika anda menyertakan lamanweb anda serta komen yang bagus, kenapa tidak saya melawat laman web anda? Saya juga suka membaca ruangan blog yang penuh maklumat)
Akan tetapi pastikan juga, laman blog anda juga diisi dengan maklumat yang berguna, jangan terlalu banyak iklan atau isi kandungan menyuruh orang membeli, membeli dan membeli produk di dalam blog anda..
Lebih bagus kalau blog anda juga menyertakan link-link blog yang bermaklumat untuk dikongsi bersama..
Semoga tips ini berguna untuk anda ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentJadikan 1 maklumat kepada 5 maklumat
July 15, 2006
Cuba bayangkan, anda pergi ke kursus pengurusan kewangan. Anda diterangkan bagaimana untuk mengurus wang dengan baik.
Selepas habis hari kursus, anda berjumpa 4 orang rakan anda di kedai kopi, anda pun berbual dengan mereka dengan menceritakan kepada mereka apa yang anda buat pada hari semalamnya.
Anda berkongsi maklumat dengan rakan anda bercerita mengenai kursus itu.
4 rakan anda pula menceritakan pula apa yang mereka lakukan sebelum anda semua berjumpa dikedai kopi ini.
Rakan anda yang pertama menceritakan bagaimana beliau pergi kursus 3-dalam-1 (cth)
Rakan yang kedua menceritakan pengalaman beliau mengenai bengkel rahsiainternet (cth)
Rakan ketiga menceritakan pengalaman beliau menyertai kursus keusahawan
dan rakan keempat menceritakan pengalaman bagaimana beliau menjana pendapatan di internet dengan berkesan.
Secara keseluruhannya, cuba anda lihat, bagaimana maklumat yang asal adalah kecil (diperolehi seorang) anda sebenarnya telah mendapat 5 maklumat hasil dari perjumpaan dan perkongsian maklumat ini.
Oleh itu betapa pentingnya ilmu ini untuk dikongsi. Semakin besar maklumat anda perolehi semakin berkembang pengetahuan anda.
Seperti contoh, anda membaca blog Dr. Irfan, kemudian anda layari blog saya dan membacanya. Hasilnya, maklumat yang berbeza apabila digunakan dengan sebaiknya, hasilnya “MENAKJUBKAN”
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content




