Menyimpan alamat web berguna.
July 25, 2006
Maaf kepada mereka yang sudah pakar.
Topik ini mungkin sesuai untuk mereka yang masih baru menggunakan internet. Dimana mungkin selama ini tidak tahu bagaimana untuk menyimpan nama-nama laman web menarik supaya pada masa akan datang anda tidak lagi perlu menaip atau membuat carian di ruang carian internet.
Bagaimana?
Diatas disertakan contoh butang Favorites ini. Jika anda perasan, di toolbar anda, terdapatnya butang Favorites.
Senang sahaja, apabila anda berasakan sesebuah lamanweb itu berguna kepada anda (cth web http://pelamin.net/blog ) anda tekan butang favorites dan kemudian add to Favorites (tambahkan ke Favorites) dan akhir sekali anda tekan butang OK.
Tujuannya adalah:
1. Mungkin anda sukar untuk mengingati nama lamanweb tersebut (adakalanya terlalu panjang untuk diingati)
2. Sebagai shortcut terus ke paparan yang anda inginkan. (anda tidak mahu pergi ke muka depan laman web sebaliknya ingin terus ke muka berkaitan soaljawab)
3. Boleh dikatakan kegunaannya seperti buku telefon atau rujukan.
4. Capaian anda lebih pantas (daripada anda perlu menaip nama laman web tersebut)
5. Anda boleh menyelenggara menu Favorites ini, mengubah, menambah atau memadam jaringan-jaringan atau fail-fail.
Pada masa akan datang anda tidak lagi perlu menaip sebaliknya hanya klik semula di butang Favorites kemudian klik lamanweb yang telah anda simpan tadi. Ia memudahkan anda bukan?
Itulah antara kelebihan kegunaan Favorites. Diharapkan tips ini dapat membantu anda yang masih baru mengenali penggunaan Browser.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentBerapakah pendapatan anda hari ini?
July 24, 2006
Hari ini, topik info pendapatan isirumah majoriti rakyat Malaysia. Kalau di Selangor (bandar) gaji anda RM1,500.00 adalah boleh dikatakan sederhana, manakala mereka yang bergaji RM3,000.00 adalah orang yang boleh bernafas lega.
Akan tetapi tahun ini, kepada yang bergaji RM3,000.00 (yang sudah berumahtangga) pasti tercungap2 kerana pendapatan sebanyak ini tidak lagi cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan.
Cuba anda bayangkan.. hari ini anda duduk di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, anda mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Adakah dengan hanya gaji anda RM3,000.00 itu adalah mencukupi?
Sebelum anda membuat keputusan samaada ya atau tidak, jom kita kira-kira berapa jumlah perbelanjaan sebulan anda. (jika anda mempunyai keluarga sebesar ini)
Anda tinggal dirumah teres, membayar bil elektrik dan air sebanyak RM100.00 (purata tidak termasuk penghawa dingin, tiada home theatre dan pemanas air)
Kemudian anda menggunakan talian telefon rumah dan telefon bimbit anggaran penggunaan anda adalah RM100.00 (tidak termasuk membuat banyak panggilan saudara terdekat atau menggunakan stryemyx)
Perbelanjaan makanan utk seisi keluarga anda pula adalah RM775 (Itu belum ajak family keluar makan mlm diluar atau makan KFC)
Ditempat kerja anda menghabiskan RM5 termasuk minum teh anggaran sebanyak RM155.00 sebulan
Anda menggunakan kenderaan jenis apa? ok, andaikan anda menggunakan proton saga aeroback baru, bulanan anda adalah RM400.00 dibayar sehingga 7 tahun.
Petrol? Katakan anda menggunakan sebanyak RM300.00 (pergi kerja, hantar anak ke sekolah, bersesak-sesak dalam kesibukan jalanraya)
Insuran keluarga anda andaikan RM650.00 (termasuk anak-anak anda, dan isteri tercinta)
Aduhh… Duit sewa rumah.. andaikan anda menyewa dalam RM600.00 (dibandar seperti Petaling Jaya atau Kuala Lumpur) tidak pun, anda telah membeli sebuah rumah disana dan membayar kepada bank RM750 sebulan untuk 30tahun)
Anak anda hendak dihantar ke kelas tambahan. Yuran pula anggarkan dalam RM80.00. Berikan anak anda seringgit sehari untuk duit poket ke sekolah (takkan makan roti jer kot?) hehe. Sebulan dalam RM20.00. Ok?
Yuran sekolah? RM30.00. Cukup ke banyak tu? hehehe
Buku sekolah mereka dan lain-lain andaikan RM100.00. Kat sekolah bandar boleh dapat buku pinjaman lagi ke?
Untuk menjadikan anak anda lebih pintar, belikan mereka susu tepung yang ada DHA, BHA, PHA1 atau apa sahaja yang mungkin bernilai RM300 sebulan. (takyah beli susu macam tu,, beli susu tepung biasa je. Ambil dalam RM50.00
Lain-lain keperluan anggarkan dalam RM100.00 (shampo, beras, kicap, tisu, sos dan lain-lain)
Nanti dulu, jangan habis kira lagi..
Takkan nak duduk rumah jer kan? Nak tengok wayang? nak pasang astro? Nak ada pemain DVD? CD? Nak makan KFC? PIZZA? dan lagi lagi dan lagi??…
Ok anda kira sendiri berapa? Cukup? Dah potong EPF? SOCSO? INCOME TAX?
So.. anda pikirkan bagaimana anda boleh merancang kewangan anda dan bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan berkesan disamping mengharungi cabaran kehidupan dibandar-bandar besar!
Bagaimana? Teruskan layari blog ini dan baca maklumat-maklumat berguna disini ok… ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentOrang Melayu Terkaya di Malaysia
July 23, 2006

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda (sememangnya anda kenal orang ini) maklumat ringkas mengenai siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Kenapa saya ambil beliau sebagai contoh? Kerana beliau adalah orang melayu paling kaya di Malaysia, Ke 7 Keseluruhannya di Malaysia dan yang ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Rujuk Majalah Forbes)
Antara syarikat miliknya adalah MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat. Yang paling menarik perhatian saya ialah, beliau tidak menggunakan kenderaan mewah lain untuk bergerak ke tempat kerja tetapi beliau hanya menggunakan proton perdana sahaja. (Moral - sokong produk buatan Malaysia) hehehehe
Dan untuk menambahkan lagi projek sosial beliau, anda lihat lah penubuhan yayasan Al-Bukhary dimana istitusi pengajian ini mampu menampung pelajar seramai 3,000. Mereka ini terdiri dari pelajar anak-anak miskin dan susah dan mereka diberi pula biasiswa. Itu diantaranya, selain itu beliau juga menyumbang kepada pembinaan Muzium Keseniaan Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Anda lihat sendiri hati murni jutawan Malaysia nih. Jadi, tidak ada istilah “Kalau banyak duit bukan boleh dibawa mati”. Dan kenapa anda perlu ada duit? Jawapannya ada diatas.
Sedikit lagi ingin saya tambah betapa murninya hati Jutawan ini…
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula sehinggakan beliau banyak membuat amal jariah?
Ceritanya begini..bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini…
Tan Sri .. anda adalah mentor rakyat Malaysia!
Popularity: 16% [?]
Sphere: Related ContentNak beli Domain dan Hosting tapi kat mana?
July 22, 2006
Hari ini saya ini berkongsi maklumat bersama anda mengenai 10 Syarikat hosting terbaik Malaysia. Kita lihat hari ini, perniagaan hosting dan domain tumbuh subur seperti cendawan selepas hujan.
Akan tetapi syarikat manakah yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan? Antara faktor pengguna menggunakan perkhidmatan mereka adalah kerana antaranya, bilangan atau jumlah pengguna dan kedudukan ranking.
Semakin tinggi ranking anda, semakin tinggi penilaian orang ramai. Apabila anda menduduki tangga yang pertama, ini bermakna, anda memberikan perkhidmatan yang amat baik sekali dan secara tidak langsung ia menarik minat pengguna untuk membeli. (ini adalah antara faktor yang menyumbang)
Tetapi saya tidak lah ingin membuat promosi atau mensyorkan anda syarikat manakah yang terbaik dan mana satukah pilihan yang harus anda buat. Anda sendiri boleh pilih dan saya cuma berikan maklumat kedudukan ranking ini kepada anda.
Saya sendiri tidak membeli dengan syarikat yang menduduki tempat pertama dan saya memilih syarikat yang menduduki tempat ke 13. Kenapa? Itu pilihan saya.
So, kalau ada syarikat hosting dan domain lebih baik dari yang diatas, apakata anda syorkan kepada saya atau pelawat disini diruangan komen. Mungkin ianya murah,selamat dan pakej yang menarik. Mungkin pula saya akan membelinya dari syarikat yang disyorkan oleh anda, mana tahu? hehee..
Â
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentKenali Skim Piramid
July 21, 2006
Minggu lalu di satu ruangan forum kegemaran saya, saya ada membuat topik berkenaan skim piramid. Oleh kerana saya menerima email dari mereka bertanyakan apakah itu Skim Piramid, maka saya akan menulis topik ini pada hari ini.
Mereka yang bertanya soalan ini kebanyakkannya adalah masih baru dalam mengenali perniagaan internet. Jom kita kenali apakah itu Skim Piramid?
Â
Utk pengetahuan anda, SKIM piramid boleh juga kita maksudkan sebagai skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu akan mendapat faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan dijual atau diedarkan kerana ia diasaskan kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim itu.Â
Ok, jom kita kenali pula apakah ciri-ciri skim piramid.
Apabila seseorang individu atau syarikat menetapkan anda bilangan penajaan dan dari penajaan itu anda akan diberikan ganjaran atau bonus maka sebenarnya anda sedang mendekati skim piramid.
Â
Contoh: “En A, Jika En A hendak dapat RM2,000.00 dalam masa satu bulan, En A mestilah mendapatkan 4 orang sahaja yang mendaftar dibawah En A. Mudah bukan En. A?” Begitulah bunyinya kalau anda didekati seseorang yang ingin anda memujuk anda menyertai programnya.
Apabila datang seseorang individu atau syarikat yang menjanjikan anda pendapatan tinggi dalam masa singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja, anda sebenarnya juga mendekati program berbentuk Skim Piramid.
Contoh: “Wah! Cari 3 Orang sahaja dah dapat RM300.00? Mudahnya?” Hahahaha anda sudah terjerat dengan Skim Piramid!Suatu hari anda pergi ke seminar, mendengar ceramah dan menyertai skim latihan yang ditawarkan secara percuma kepada anda, malah diadakan di hotel-hotel dan restoran ternama, anda diberi penerangan yang langsung tidak menekan kepada kualiti produk atau bagaimana cara memasarkan produk, anda juga sebenarnya menghampiri dan memberi mereka peluang menjerat anda!
Contoh: “Ya tuan-tuan! Tuan tidak perlu susah payah, anda tidak pandai menjual produk? Tidak mengapa itu soal kedua, apa yang penting kalau tuan-tuan dapat mencari ahli dan buat bayaran cuma RM200.00 seorang, tuan-tuan akan dapat pulangan modal tuan-tuan semula”
Lihatlah teknik ransangan ini, menggunakan perkataan “pulang modal” memancing anda mencari ahli seterusnya tanpa perlu menekankan kualiti produk!
Dan ciri-ciri yang terakhir, jika anda menyertai syarikat atau individu yang menawarkan anda harga barangan atau perkhidmatan yang tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar, anda juga telah mula dikaburi oleh Skim Piramid.
Contoh: “Tuan beli Air Susu Berprotien ini hanya dengan harga RM20.00 sekotak dan tuan akan mendapat bonus apabila menjual sebanyak 100 kotak! Mudah!” Kalau anda pergi ke kedai runcai Air Susu Berprotien anda boleh dapat dengan harga RM3.50 sekotak (misalnya). Oleh itu jangan tertipu!
Hari ini kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim. Wahhhh.. jangan buat pasal! Tak pasal-pasal kena penjara.
Sebelum saya tutupkan catatan saya ini, apakata anda mengambil beberapa langkah dan ketahui apa yang perlu anda lakukan apabila anda didatangi, menerima email, melayari laman web mereka yang menganjurkan skim piramid.
1. Anda buatlah pemeriksaan sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. (Akta jualan langsung dan sebagainya)
2. Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
3. Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
Wahh panjangnya coretan saya.. hehehe.. Ok, apa-apapun selamat berwaspada saya ucapkan kepada anda dan semoga anda dijauhi dari program Skim Piramid..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentJutawan MLM?
July 20, 2006
Ada sesiapa disini menyertai Multi Level Marketing atau punyai pengalaman menyertainya?
Saya sendiri pernah menyertainya, akan tetapi saya bukanlah jutawan MLM malah kini saya masih tidak berminat untuk menjalankan perniagaan kerana saya punyai pendapat peribadi sendiri. Kenapa? Nak tahu email kepada saya
Walaubagaimanapun saya tidaklah menghalang anda untuk menyertainya akan tetapi sebelum anda membuat keputusan, sebaik-baiknya anda kenali dahulu apa itu MLM.
Ramai orang berminat menyertai MLM. Tetapi masih banyak yang mereka tidak tahu. Oleh itu, anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan MLM (saya takkan ceritakan di topik ini, sebaliknya anda boleh mendapatkannya dengan merujuk laman web MLM di internet
sori.. hehehe )
Seterusnya anda buatlah pilihan anda sendiri Syarikat MLM mana yang terbaik (saya tidak anda promote untuk anda), lihatlah komitmen yang diberikan Syarikat itu kepada anda, dan komitmen anda pada Syarikat dan produknya. Fikir samaada anda boleh menjadi jutawan dengan menyertai Syarikat tersebut.
Selamat menceburi bidang MLM yang jujur dan memberikan anda peluang kejayaan!
Â
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content






