Bagaimana Menjadi Orang Berjaya?

July 31, 2006

Artis Malaysia dan artis indonesia bergabung membuat konsert besar-besaran! Berjayakah mereka? Opsss… Hehehe.. :D Sebelum saya lari topik, baik saya terus saja kepada tip-tip bagaimana anda boleh berjaya didalam setiap bidang yang anda ceburi..

Apabila anda ingin berjaya, anda mestilah sentiasa merendah diri (bukan suruh dipijak-pijak) dan sentiasa bersyukur serta mendekatkan diri kepada tuhan Maha Pencipta. Jika anda ada ilmu sedikit berkongsilah, jangan riak dan takbur dengan ilmu yang anda ada.

Jika anda berasa tertekan, bersabarlah selalu. Anggap setiap dugaan yang datang adalah cubaan untuk anda terus bertahan. Jadilah seorang yang beramanah serta melakukan perkara-perkara yang baik sebelum orang lain melakukannya..

Selain itu, saya syorkan kepada anda, banyakkanlah bercampur bersama orang-orang yang mempunyai ilmu atau yang menuntut ilmu. Perbanyakkan belajar mengenai perihal perkara-perkara yang menjadikan kejayaan orang-orang yang telah pun berjaya

Ini adalah topik mengenai kejayaan, oleh itu anda perlu banyak membaca seperti membaca kesemua topik di blog saya ini kerana ianya amat berguna sekali (walaupun anda sudah ketahuinya, seharusnya anda ulang membacanya agar semangat anda sentiasa disuntik dengan nilai-nilai positif)

Jika ada peluang untuk anda mencipta kejayaan dalam perniagaan (tidak kira di internet ataupun tidak), janganlah anda mengambil masa yang cukup lama untuk bertindak.

Jika anda diberi peluang menuntut ilmu dengan orang lain, gunakanlah peluang dengan sebaik mungkin. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain dalam menguruskan sesuatu dan nasihat saya, sentiasalah berfikiran terbuka serta matang dalam menangani komen-komen liar diluar sana.

“Kejayaan itu hadir apabila anda berusaha kerananya”

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?