Keyword - Bagaimana memilih kata kunci?

July 27, 2006

Anda pernah menonton rancangan perlumbaan Amazing Race? Pasti pernah bukan, dimana setiap pasukan perlu menyelesaikan beberapa katakunci dan melaksanakan arahan yang diberikan sebelum layak memenangi hadiah USD1 juta.

Apa yang menarik, saya pernah menonton salah satu episod ini, dimana beberapa pasukan terpaksa melaksanakan tugasan membuka mangga dengan satu anak kunci dengan tepat. Tugas mereka ialah.. memilih diantara puluhan ribu mangga yang tergantung dan jika bernasib baik, anda akan berjaya membuka anak mangga itu dan  mara ke peringkat seterusnya.

Kalau anda tidak bernasib baik macam mana? Anda akan rasa tertekan kerana anda terpaksa mencabar antara satu sama lain, sampai ada yang melecet jari semata-mata mencuba membukanya.

Itu cerita lain, yang ini lain pula kisahnya.. kalau di internet bagaimana kita boleh memilih keyword dengan tepat? Bagaimana jika anda langsung tidak membuat sebarang iklan berbayar dan cuma mengharapkan pelawat mencari lamanweb anda hanya melalui keyword?

Kepada anda yang sudah tahu, mungkin tidak menjadi masalah (kerana topik ini boleh dikatakan selalu dibincangkan oleh usahawan internet di blog mereka). Bagaimana mereka yang masih baru?

Jadi disini saya akan berkongsi maklumat dengan anda bagaimana hendak memilih keyword yang sesuai. Anda sedar atau tidak, kekerapan atau kesilapan yang biasa kita lakukan adalah menumpukan pada kata kunci yang salah. Kesilapan ini bukan sahaja berlaku kepada anda, ia juga berlaku kepada saya ketika saya mula-mula memiliki lamanweb sendiri.

Kesilapan kita adalah kita hanya lebih menumpukan kepada nama lamanweb sahaja tetapi tidak kepada isi kandungan utama lamanweb. Seperti contoh, keyword saya hanya meletakkan perkataan pelamin.net sahaja. Setelah siap, saya menghantar lamanweb saya ke enjin pencari seperti yahoo.com dan google.com. Minggu depan saya menggunakan enjin pencari ini dan masukkan kata kunci pelamin.net.

Keputusanya, Wow! memang hebat! saya berada diranking yang pertama! hehehehe.. Sebenarnya saya telah silap.. jika saya yang tahu kata kunci itu, memang pastilah ia akan berada di rangking yang pertama… tetapi bagaimana dengan mereka yang diluar sana? 100 orang diluar sana? 400 orang diluar sana? adakah mereka tahu?

Dipendekkan cerita, jika lamanweb anda memberitahu mengenai tempahan pelamin dan pakej perkahwinan, kenapa tidak di meta tag keyword anda, anda meletakkan ayat “tempahan pelamin”

Buktinya, anda taip:

.Tempahan pelamin 

(sila lihat di enjin carian)

Dengan memberi fokus kata kunci anda dengan betul, anda akan memperolehi kata kunci yang sesuai dan sering dicari oleh pengguna internet.

Ketahui keberkesanan keyword atau kata kunci di WordTracker.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Keyword - Bagaimana memilih kata kunci?”

  1. Labanon on July 28th, 2006 1:52 am

    Ya… keyword memang penting untuk kita lebih fokus dalam menulis tips-tips dan juga menaikkan rangking di enjin carian.

  2. cikguonline on July 28th, 2006 4:38 pm

    wow dapat rank 1 tu tahniah

  3. reezluv on July 19th, 2007 7:10 pm

    memang agak susah nak cari satu keyword yang unik..aku nak cari nama domain aku dulu pun punya la payah..baru nak beli 1st domain..hehe..penin paler..

Got something to say?