Berapakah pendapatan anda hari ini?
July 24, 2006
Hari ini, topik info pendapatan isirumah majoriti rakyat Malaysia. Kalau di Selangor (bandar) gaji anda RM1,500.00 adalah boleh dikatakan sederhana, manakala mereka yang bergaji RM3,000.00 adalah orang yang boleh bernafas lega.
Akan tetapi tahun ini, kepada yang bergaji RM3,000.00 (yang sudah berumahtangga) pasti tercungap2 kerana pendapatan sebanyak ini tidak lagi cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan.
Cuba anda bayangkan.. hari ini anda duduk di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, anda mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Adakah dengan hanya gaji anda RM3,000.00 itu adalah mencukupi?
Sebelum anda membuat keputusan samaada ya atau tidak, jom kita kira-kira berapa jumlah perbelanjaan sebulan anda. (jika anda mempunyai keluarga sebesar ini)
Anda tinggal dirumah teres, membayar bil elektrik dan air sebanyak RM100.00 (purata tidak termasuk penghawa dingin, tiada home theatre dan pemanas air)
Kemudian anda menggunakan talian telefon rumah dan telefon bimbit anggaran penggunaan anda adalah RM100.00 (tidak termasuk membuat banyak panggilan saudara terdekat atau menggunakan stryemyx)
Perbelanjaan makanan utk seisi keluarga anda pula adalah RM775 (Itu belum ajak family keluar makan mlm diluar atau makan KFC)
Ditempat kerja anda menghabiskan RM5 termasuk minum teh anggaran sebanyak RM155.00 sebulan
Anda menggunakan kenderaan jenis apa? ok, andaikan anda menggunakan proton saga aeroback baru, bulanan anda adalah RM400.00 dibayar sehingga 7 tahun.
Petrol? Katakan anda menggunakan sebanyak RM300.00 (pergi kerja, hantar anak ke sekolah, bersesak-sesak dalam kesibukan jalanraya)
Insuran keluarga anda andaikan RM650.00 (termasuk anak-anak anda, dan isteri tercinta)
Aduhh… Duit sewa rumah.. andaikan anda menyewa dalam RM600.00 (dibandar seperti Petaling Jaya atau Kuala Lumpur) tidak pun, anda telah membeli sebuah rumah disana dan membayar kepada bank RM750 sebulan untuk 30tahun)
Anak anda hendak dihantar ke kelas tambahan. Yuran pula anggarkan dalam RM80.00. Berikan anak anda seringgit sehari untuk duit poket ke sekolah (takkan makan roti jer kot?) hehe. Sebulan dalam RM20.00. Ok?
Yuran sekolah? RM30.00. Cukup ke banyak tu? hehehe
Buku sekolah mereka dan lain-lain andaikan RM100.00. Kat sekolah bandar boleh dapat buku pinjaman lagi ke?
Untuk menjadikan anak anda lebih pintar, belikan mereka susu tepung yang ada DHA, BHA, PHA1 atau apa sahaja yang mungkin bernilai RM300 sebulan. (takyah beli susu macam tu,, beli susu tepung biasa je. Ambil dalam RM50.00
Lain-lain keperluan anggarkan dalam RM100.00 (shampo, beras, kicap, tisu, sos dan lain-lain)
Nanti dulu, jangan habis kira lagi..
Takkan nak duduk rumah jer kan? Nak tengok wayang? nak pasang astro? Nak ada pemain DVD? CD? Nak makan KFC? PIZZA? dan lagi lagi dan lagi??…
Ok anda kira sendiri berapa? Cukup? Dah potong EPF? SOCSO? INCOME TAX?
So.. anda pikirkan bagaimana anda boleh merancang kewangan anda dan bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan berkesan disamping mengharungi cabaran kehidupan dibandar-bandar besar!
Bagaimana? Teruskan layari blog ini dan baca maklumat-maklumat berguna disini ok… ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Berapakah pendapatan anda hari ini?”
Got something to say?





















































Tahniah.. artikel yg menarik & penuh dgn point2 yg hampir serupa dgn saya & ramai lagi hadapi skrg ini..
teruskan.. saya akan dtg lg membaca
Kepada mereka yang diluar sana, jangan jadikan alasan bahawa kita sudah berasa lega dengan kewangan kita hari ini, kita kena pandai merancang dan merencana kehidupan kita untuk 5 tahun, 10 tahun dan 30 tahun akan datang.
Banyakkan menuntut ilmu dan berkongsi pendapat antara satu sama lain, agar kita akan terus dapat memperbaiki kelemahan kita.
Terima kasih Oraet kerana sudi melayari blog saya dan memberi komen membina
kalau keje dgn org, gaji RM3000 sbln dah kira banyak, tapi kalau bisnes sendiri, RM10,000 pun terasa sikit jer sbb kita tahu kita mampu dpt lebih banyak daripada tu
Yer betul alang… kenapa tidak kepada mereka yang berniaga sendiri.. menjana pendapatan lebih dari Rm3000.(Sebenarnya mereka mampu menjana lebih daripada itu) Tumpukan sepenuh perhatian kepada produk dan pelanggan..