Kenali Skim Piramid

July 21, 2006

Minggu lalu di satu ruangan forum kegemaran saya, saya ada membuat topik berkenaan skim piramid. Oleh kerana saya menerima email dari mereka bertanyakan apakah itu Skim Piramid, maka saya akan menulis topik ini pada hari ini.

Mereka yang bertanya soalan ini kebanyakkannya adalah masih baru dalam mengenali perniagaan internet. Jom kita kenali apakah itu Skim Piramid? :)
 

Utk pengetahuan anda, SKIM piramid boleh juga kita maksudkan sebagai skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu akan mendapat faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan dijual atau diedarkan kerana ia diasaskan kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim itu. 

Ok, jom kita kenali pula apakah ciri-ciri skim piramid.

Apabila seseorang individu atau syarikat menetapkan anda bilangan penajaan dan dari penajaan itu anda akan diberikan ganjaran atau bonus maka sebenarnya anda sedang mendekati skim piramid.
 
Contoh: “En A, Jika En A hendak dapat RM2,000.00 dalam masa satu bulan, En A mestilah mendapatkan 4 orang sahaja yang mendaftar dibawah En A. Mudah bukan En. A?” Begitulah bunyinya kalau anda didekati seseorang yang ingin anda memujuk anda menyertai programnya.


Apabila datang seseorang individu atau syarikat yang menjanjikan anda pendapatan tinggi dalam masa singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja, anda sebenarnya juga mendekati program berbentuk Skim Piramid.
Contoh: “Wah! Cari 3 Orang sahaja dah dapat RM300.00? Mudahnya?” Hahahaha anda sudah terjerat dengan Skim Piramid!
Suatu hari anda pergi ke seminar, mendengar ceramah dan menyertai skim latihan yang ditawarkan secara percuma kepada anda, malah diadakan di hotel-hotel dan restoran ternama, anda diberi penerangan yang langsung tidak menekan kepada kualiti produk atau bagaimana cara memasarkan produk, anda juga sebenarnya menghampiri dan memberi mereka peluang menjerat anda!

Contoh: “Ya tuan-tuan! Tuan tidak perlu susah payah, anda tidak pandai menjual produk? Tidak mengapa itu soal kedua, apa yang penting kalau tuan-tuan dapat mencari ahli dan buat bayaran cuma RM200.00 seorang, tuan-tuan akan dapat pulangan modal tuan-tuan semula”

Lihatlah teknik ransangan ini, menggunakan perkataan “pulang modal” memancing anda mencari ahli seterusnya tanpa perlu menekankan kualiti produk!

Dan ciri-ciri yang terakhir, jika anda menyertai syarikat atau individu yang menawarkan anda harga barangan atau perkhidmatan yang tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar, anda juga telah mula dikaburi oleh Skim Piramid.

Contoh: “Tuan beli Air Susu Berprotien ini hanya dengan harga RM20.00 sekotak dan tuan akan mendapat bonus apabila menjual sebanyak 100 kotak! Mudah!” Kalau anda pergi ke kedai runcai Air Susu Berprotien anda boleh dapat dengan harga RM3.50 sekotak (misalnya). Oleh itu jangan tertipu!

Hari ini kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim. Wahhhh.. jangan buat pasal! Tak pasal-pasal kena penjara.

Sebelum saya tutupkan catatan saya ini, apakata anda mengambil beberapa langkah dan ketahui apa yang perlu anda lakukan apabila anda didatangi, menerima email, melayari laman web mereka yang menganjurkan skim piramid.

1. Anda buatlah pemeriksaan sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. (Akta jualan langsung dan sebagainya)

2. Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.

3. Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
Wahh panjangnya coretan saya.. hehehe.. Ok, apa-apapun selamat berwaspada saya ucapkan kepada anda dan semoga anda dijauhi dari program Skim Piramid.. ;)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Kenali Skim Piramid”

  1. cikguonline on July 21st, 2006 5:02 pm

    Kenal pasti sebelum joint….

  2. Noorizam Shah on July 21st, 2006 5:34 pm

    Yer Cikgu memang itulah yang ingin kita pastikan bahawa tidak akan ada newbie yang terjerumus dalam kancah skim piramid ini, sebab program ini menindas dan tidak bersikap adil, hanya menguntungkan seseorang manakala yang dibawah terus terkapai-kapai berusaha keras.

    Kalau kita dulu saya masih tidak tahu apa-apa di Internet, memang mudah terpengaruh, maklumlah tiada seseorang yang membantu menerangkan apa itu skim piramid.

    Di luar pula, apatah lagi… dan kalau disini, penuh macam-macam website yang mengaburi mata pelawat, email yang bertalu-talu menjemput kita menyertai pelbagai program..

    Inilah jika tidak mengikut nafsu dan berfikir panjang, dengan senang kita mudah membuangkan masa, tenaga dan wang ringgit dengan mengharapkan hasilnya tah apa-apa ;)

  3. Labanon on July 21st, 2006 8:42 pm

    Beringat sebelum kene…. berhati2lah jika ia mendampingi kita hahah…:))

  4. hasrul on July 21st, 2006 9:04 pm

    betul tu. skim piramid bukanlah model perniagaan yang sebenar. sekarang mereka menggunakan istilah ‘e-dagang’ sebagai daya penarik.

  5. reezluv on August 21st, 2007 10:11 pm

    semakin mengelirukan skim piramid ni..tambah-tambah bila isu Uptrend diperkatakan.

  6. tentera mahdi on December 9th, 2007 2:13 pm

    uptrend memng satu skim piramid. just dorng je dkaburi dgn pelbagi fakta yg mana uptrend nie ada lesen, Jakim bg lesen la, apa la… lg pun bos dorng cina, n takde penasihat syariah d syarikat tue, ahli2 pla terdiri dari org melayu (klu ahli kbnyakkn org melayu, mesti syrikat tue ada penasihat syariah yg berkaliber, ni xda, yg ada penasihat perniagaan untuk perniagaan dunia (MLM) yg telah d cipta oleh org yahudi.. tue lesen dunia la, bkn lesen akhrat.. kita tidak bleh menetukan hukum tue halal or tak, yg memnetukan hukum tue skng ialah ‘ijmak’ kesepakatan seluruh ulama mengenai satu masalah.. bkn jakim, bkn KPDNHEP.. ‘ijmak’..

  7. tentera mahdi on December 9th, 2007 2:15 pm

    rujuk http://www.zaharuddin.net (ulama undang2 ekonomi islam)

  8. anas on June 21st, 2008 2:52 pm

    Salam…nak tanya plan perniagaan hai o marketing…plan 369 tu skim piramid ke ? saya masih keliru…ada kata tak…ada kata ye…

  9. Noorizam Shah on June 21st, 2008 4:47 pm

    anas, boleh dapatkan pandangan dari mereka yang arif. Saya tak tahu sangat pasal pelan perniagaan hai o marketing ni.

  10. PemikirKaya.com » ANDA HIDUP PADA HARI INI..! BUKAN MASA LALU.. on July 12th, 2008 12:19 am

    […] kerugian dalam pelaburan terutamanya yang terjebak dalam Skim Cepat Kaya, Pelaburan Internet, Skim Piramid dan pelbagai lagi masih menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh […]

Got something to say?