Ada apa dengan Domain?

July 18, 2006

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, apakah keistimewaan anda jika anda mempunya domain sendiri.

Lihat perbezaan ini antara domain percuma dan berbayar.

Cth: Pelamin.net  dengan Pelamin.cjb.net

Pelamin.net

  •  Anda  membina keyakinan pelawat anda, kerana ia menggambarkan perniagaan anda bukan calang-calang.
  • Domain anda mempunyai status dan nilai jika anda ingin menjual semula domain anda

Pelamin.cjb.net

  • Domain anda menggambarkan bahawa anda adalah tidak serius menjalankan perniagaan
  • Persepsi pelawat akan menurun dengan beranggapan anda tidak mampu menjalankan perniagaan. Kenapa? Sebab anda menggunakan domain percuma.

Itu antara kelebihan membeli domain sendiri. Tetapi disini saya akan beritahu anda keberkesanan memilih domain yang baik. Yang pertama adalah supaya pelawat mudah mengingati domain anda. Kedua, pemilihan nama domain yang menarik dan unik, memberikan anda nilai harga pasaran domain anda tinggi.

Lihat contoh ini.

Nilai pasaran bagi nama google.com adalah USD21,378.59 bersamaan dengan RM81,879.99

Amazon.com = USD18,956.66 = RM72,604.00
RahsiaInternet.com = USD22.53 = RM86.28
Pelamin.net = USD9.11 = RM34.89
Perkahwinan.com = USD6.51 = RM24.93

Secara kesimpulannya, semakin popular lamanweb anda, semakin tinggi nilai pasaran domain anda.

:)

*Harga diatas diperolehi dari SEO Tools (Link Value)

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Ada apa dengan Domain?”

  1. sharudin on July 18th, 2006 5:25 pm

    wahhh satu lagi maklumat berguna… saya ingatkan domain nih saje saje jer register.. rupa2nya.. ada nilai juga eh..

  2. cikguonline on July 18th, 2006 10:07 pm

    Macam mana nak tau nilai pasaran domain ni?

  3. Noorizam Shah on July 19th, 2006 8:51 am

    http://www.linkvendor.com/seo-tools/linkvalue.html

    Cikgu boleh dapatkan disini :D dan lihat berapakah nilai domain cikgu dipasaran. Mungkin kita bertuah kerana memilih harga pasaran yang tinggi. Tidak semestinya web popular, nilai domain kita melonjak, faktor unik dan ringkas juga memainkan peranan nilai domain tersebut.

    ;)

  4. reezluv on August 7th, 2007 11:47 pm

    rasanya kalau domain aku ni payah nak jual..coz ade nama aku..hehe..

    kena la beli banyak domain untuk dapat kan nilai yang terbaik..kena promote lagi tu..banyaknye keje..

Got something to say?