Pelajari dari Masyarakat Cina Berniaga

July 17, 2006

“Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.” <-- isi kandungan topik bertajuk "Jangan takut wang" oleh Dr Irfan Khairi

Ya, Jika kita singkap sejarah tanah melayu sebelum merdeka, Masyarakat cina pada masa itu, majoriti menguasai bandar-bandar dan pekan-pekan, orang india di ladang-ladang dan orang melayu pula di kampung-kampung kecil.

Pada masa itu juga, masyarakat cina mengamalkan perniagaan ini sebagai budaya mereka sehinggakan pada mereka sambutan tahun baru cina sudah tidak berapa penting bagi mereka kerana mencari wang adalah segala-galanya bagi mereka.

Jika dahulu, orang melayu berniaga, tibanya cuti umum mulalah mereka menutup kedai akan tetapi tidak pula pada masyarakat cina. Sekarang sudah ada bangsa melayu mengikuti cara orang cina berniaga. Ini adalah satu sikap yang amat positif.

Pada pendapat saya, mengumpul kekayaan dan kemewahan adalah tidak salah, kerana Agama sendiri mengajar kita untuk maju dan sentiasa kehadapan. Akan tetapi mestilah berlandaskan kepada lunas-lunas yang betul.

Jika dulu orang berkata “Buat apa perlu cari wang bertimbun-timbun, bukan boleh dibawa mati”

Disini kita lihat, bagaimana ayat ini ditafsirkan oleh orang-orang yang berbeza.

Jika anda yang mempunyai matlamat dalam hidup, pasti anda tidak akan menjadikan ayat diatas tadi sebagai pegangan hidup.

Jika anda seorang yang bermatlamat, seharusnya anda memikirkan kepada tidak dengan wang yang bertimbun-timbun ini, anda sebenarnya mengubah taraf ekonomi keluarga anda, memberi kesenangan kepada anak-anak dan generasi anda, dengan wang yang bertimbun-timbun kepada tidak anda simpan dan letakkan matlamat bahawa anda juga mampu memberi sumbangan kepada orang lain.

Dengan wang yang banyak, anda memberi semangat kepada orang lain bahawa kuasa dan kata-kata anda lebih didengar, anda mampu berkongsi dengan orang lain, membantu mereka yang tercari-cari arah hidup yang sempurna.

Jika anda rasa pendapatan saya ada kebenarannya, maka saya juga menyokong topik hari ini yang telah di utarakan oleh Dr. Irfan.

Moga apa yang Dr Irfan Khairi beritahu kepada anda dapat memberi anda satu tips yang berkesan “Jangan takut pada wang”

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Pelajari dari Masyarakat Cina Berniaga”

  1. abdfatah on August 21st, 2007 4:44 pm

    eeeeeeeeeeeee…. ngerinya tengok wang. nak cari duit pun takut… kenapa nak takut cari duit. lain citer laa kalo duit tu bleh bercakap. duit hanya senyap je dalam poket kita…

    apa yang baik dijadikan teladan. kalo dah itu caranya cari duit sebagai budaya dalam kehidupan, maka contohilah akan ragam budaya cari duit tersebut… ia tidak akan merugikan sesiapapun untuk kebaikan masa depan yang cerah lagi berseri-seri…

Got something to say?