Blog Bermaklumat- Lamar hati pelawat anda
July 16, 2006
Blog anda istimewa? Mempunyai maklumat berguna? Bagaimana ingin menjadikan blog anda sebagai destinasi wajib mereka?
Bagaimana anda boleh menarik minat umum supaya melihat blog anda? Selain kaedah SEO ada cara lain?
Ok, saya akan berkongsi tips bagaimana anda boleh menarik minat pelawat untuk melayari blog anda. Selain dari mengiklankan blog anda di submit URL, iklan banner, laman web topsite blog, ada satu lagi teknik sebenarnya yang boleh anda gunakan iaitu ruangan komen.
Kalau anda melayari blog-blog atau ruangan forum, pastikan anda meninggalkan komen-komen yang berguna. Jangan sesekali meninggalkan komen seperti “ya saya sokong pendapat anda” atau “saya pun berfikiran begitu..”
Komen seperti ini walaupun positif, tetapi ianya amatlah ringkas dan ia juga menggambarkan bahawa anda juga adalah seorang yang ringkas.
Pastikan apabila anda menjumpai blog-blog yang bagus dan bermaklumat seperti blog Dr. Irfan Khairi , Alang SZAB Network, SaifulSham, Shuhaimy, Smartusaha atau blog saya ini, pastikan anda meninggalkan komen yang boleh menggambarkan anda seorang yang berilmu.
Berikan pendapat anda setidak-tidaknya 10 baris, tidak kira pendapat anda bernas atau tidak, sebenarnya ia mendekatkan anda kepada pelawat untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.
Apabila anda meninggalkan komen seperti contoh di blog saya ini, pastikan anda memberi komen yang membina, secara tidak langsung pelawat yang melawat blog saya juga akan turut ingin mengetahui maklumat dari anda lebih lanjut. (Jika anda menyertakan lamanweb anda serta komen yang bagus, kenapa tidak saya melawat laman web anda? Saya juga suka membaca ruangan blog yang penuh maklumat)
Akan tetapi pastikan juga, laman blog anda juga diisi dengan maklumat yang berguna, jangan terlalu banyak iklan atau isi kandungan menyuruh orang membeli, membeli dan membeli produk di dalam blog anda..
Lebih bagus kalau blog anda juga menyertakan link-link blog yang bermaklumat untuk dikongsi bersama..
Semoga tips ini berguna untuk anda ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Blog Bermaklumat- Lamar hati pelawat anda”
Got something to say?





















































kini baru saya faham bagaimana kita boleh menambah teknik menarik pelawat ke blog kita… thanks
Sama juga sekiranya kita ziarah-menziarahi semasa ahli keluarga…begitu juga kita praktikan di dalam internet…
lebih kerap kita bertanya khabar maka lebih eratlah hubungan…
sekarang ni banyak link bermaklumat dimasukkan ke blog saya..tak sangka bila buat je promo link exchange aritu, ramainya nak masuk..heheh..
alhamdulillah…..jumpe jg saya dgn tip yg sya cari. sya ada blog tapi x tau nk kongsi dgn pembaca lain dan x tau nak publish blog saya tapi selepas baca tip d atas sedikit sebanyak dapat menbantu walaupun tak sepenuhnya.Seminggu sekali saya update blog tapi sayang x ada pembaca…..harap-harap lepas ikut tip ini adalah yg sudi singgah membacanya………..