Internet: Berapa ramai rakan dan pendapatan anda?
July 14, 2006
Berapa ramai rakan anda di internet dan berapakan pendapatan yang anda perolehi darinya?
 Sebelum itu saya ingin bertanya:
1. Adakah anda seorang surirumah sepenuh masa, menggunakan internet untuk membeli belah atau melihat promosi terbaru?
2. Adakah anda seorang guru, melayari internet untuk mencari bahan pembelajaran?
3. Adakah anda seorang pelajar, mencari maklumat untuk menyiapkan kertas kerja tugasan yang diberikan dengan melayari internet?
4. Adakah anda seorang ahli perniagaan, melayari internet untuk melihat harga saham dan mendapatkan rakan perniagaan?
5. Adakah anda seorang penganggur, menggunakan internet sebagai tempat menghilangkan bosan, mencari kenalan diruang sembang?
6. Dan yang utama sekali, adakah anda pengguna internet untuk mengetahui apa sahaja berita dan maklumat berguna?
Walau apapun status anda, bagaimana anda mendapat pendapatan hasil dengan melayari internet?
Jom kita tgk statistik pengguna Malaysia yang menggunakan internet pada 2005:
Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada JUMLAH KESELURUHAN penduduk Malaysia. Jumlah terbesar
bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang
Itu adalah pengguna Malaysia, bagaimana pula pengguna di dunia?
Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats. Nampak? ianya melebih 1 billion pengguna.
Wow! Kenapa tidak anda menggunakan maklumat ini sebagai batu loncatan anda untuk membuat pendapatan?
Anda boleh melihat disekeliling anda sendiri, apa yang anda boleh jual di internet, produk atau perkhidmatan. Fikirkan produk apa yang anda boleh jual? Perkhidmatan apa yang anda boleh berikan?
Mulai hari ini, apa kata anda rancang, laksana dan mula raih pendapatan di Internet.
Nasihat saya, elakkan dari terpengaruh dengan Skim Piramid, Program SCAM, Skim Cepat Kaya (sila pelajari erti Skim Piramid dan seumpamanya sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.)
Walaupun pengguna internet di dunia adalah melebihi 1 billion, janganlah anda terlalu impikan untuk mudah menjadi kaya.
Cari seberapa ramai rakan, jalinkan hubungan baik dengan pelbagai ruang disediakan. Forum, laman sembang, newsgroup, komuniti dan sebagainya. Gunakan saluran yang betul..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
2 Responses to “Internet: Berapa ramai rakan dan pendapatan anda?”
Got something to say?





















































selama ini kita selalu hanya chatting dan berbual kosong.. sedangkan sebenarnya kita boleh menjana pendapatan dengan menyertai program bukan berbentuk penipuan. Sebenarnya kita seharusnya menyokong program baik seperti ini.
memang betul..tapi disebabkan terlalu banyak Scam yang sudah meleburkan duit-duit pelaburnya..so..ramai la yang sangsi..
ramai lagi yang tak tahu pasal Adsense,Kontera,Chitika dan sebagainya untuk menjana wang secara beretika..iaitu program menjana wang online..