Berjayakah anda berniaga dengan orang politik?

July 12, 2006

Mungkin ada antara anda yang berminat dengan dunia politik. Saya juga merupakan pemimpin muda dalam sebuah parti politik. Walaupun saya meminati politik, tetapi kenapa saya tidak berminat untuk mendampingi orang politik untuk memajukan perniagaan saya? Mari kita bincangkan.

Anda juga tahu bahawa di kalangan orang Melayu Malaysia, ramai yang percaya kononnya berkawan dengan orang politik adalah penting, sebab orang politik dapat menolong perniagaan mereka dengan memberi peluang-peluang kontrak, lesen, tender dan lain-lain. Adakah benar?

 Mereka percaya orang politik boleh membawa duit, oleh itu mereka banyak menghabiskan masa cuba menjalin hubungan baik dengan orang-orang politik. Mereka juga melantik orang-orang politik duduk dalam lembaga pengarah syarikat mereka. Jikalau anda baru hendak berniaga, jangan buang masa dengan orang politik. Bukan anda yang memerlukan mereka untuk mendapat duit, tetapi merekalah yang mahu mendapat duit daripada anda.Sebagai contoh, ada satu kes dimana seorang pemilik restoran makanan laut melantik seorang tokoh politik sebuah negeri sebagai pengerusi syarikatnya. Dalam masa dua tahun, peniaga itu berhutang kelengkapan dan peralatan restoran hampir RM250 ribu ringgit kepada syarikat pembekal. Dari masa ke masa tokoh politik itu ‘menggunakan’ segala peralatan dan kemudahan restorannya untuk majlis seminar, makan malam dan sebagainya. Kemudian peniaga itu memecat tokoh politik tersebut daripada lembaga pengarah syarikatnya, tetapi hutang tetap tidak dibayar. Pihak pembekal mengambil tindakan membekukan akaunnya, ertinya beliau tidak boleh mendapatkan kemudahan dan peralatan melainkan beliau bayar dahulu hutangnya yang ada.  Tidak lama kemudian peniaga itu ‘tutup kedai’. Kisah itu tidak habis di situ. Dari masa ke masa beliau menerima surat-surat peguam yang menuntut hutang bagi pihak pembekal itu.Kebanyakan orang muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia bisnes percaya berkawan dengan orang politik adalah penting. Orang muda yang belum pernah ‘terkena’ oleh sebab itu orang-orang politik mudah ‘mengenakan’ orang-orang muda dengan memberikan bermacam-macam janji kosong yang muluk-muluk.Ingat, jangan mudah sesekali mendampingi orang politik sembarangan jika anda tidak kenal apa itu ‘politik’. Politik sendiri membawa maksud ‘melakukan sesuatu untuk sesuatu kepentingan’.

*Tidak semua orang politik itu kotor, tetapi dunia politik seperti juga dunia perniagaan yang penuh panca roba.

 

 

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Berjayakah anda berniaga dengan orang politik?”

  1. Labanon on July 12th, 2006 11:59 pm

    Ya.. sokong2… huhuhu

Got something to say?