Memahami Usahawan Korea
July 10, 2006
Mungkin ada diantara anda sudah membaca buku perniagaan dan pengurusan yang bertajuk “Rahsia Bisnes Orang Korea” oleh Ann Wang Seng.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda dengan mengenali ciri-ciri usahawan korea. Jika anda tahu, orang Korea ini adalah bangsa yang gigih, tahan lasak, tidak takut diuji dan berani mengambil risiko. Mereka ini percaya tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Mereka perlu bermula daripada bawah.
Itu adalah ada cerita Ann Wang Seng tetapi kita tidak perlu pergi jauh, cukup berkisarkan Kehidupan bangsa kita di Malaysia. Kita lihat contoh, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, keperitan dan susahan anak melayu, bangkit dari kepompong kesusahan. Ciri-ciri beliau sama seperti bangsa korea. Beliau gigih, tahan lasak dengan ujian dan berani mengambil risiko.Â
Sebenarnya kita juga sama tetapi kita adakala tidak sedar bahawa semangat ini ada pada mana-mana bangsa. Pokok pangkal sejauh mana kita tahan untuk diuji dan seberani manakah kita sanggup mengambil risiko.Â
Kita sebagai bangsa Melayu khususnya, kita perlu mempunyai semangat waja dan berhati kental. Tanpanya, setiap usaha yang dilakukan tidak akan berhasil dan akan terhenti di pertengahan jalan.
Ingatlah bahawa prinsip ini yang dipegang oleh usahawan Korea dan menjadi asas kepada kejayaan mereka. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi bukan untuk kepentingan peribadi tetapi bagi mengangkat maruah bangsa dan martabat negaranya. Kejayaan mereka adalah kejayaan bangsa Korea. Pencapaian mereka adalah pencapaian negaranya.
Jika kita mampu bersatu dan bersama saya rasa kita dapat mengangkat bangsa kita sendiri, lihat bangsa Cina yang cintakan perniagaan. Kepada semua usahawan internet mahupun bukan, mari kita saling bersatu dan saling menyokong usaha murni kita ini. Buangkan hasad dengki dan irihati kepada kejayaan orang lain. Jangan sesekali kita cipta kelompok berasingan. Menganggap kita bagus dan tidak mahu menerima idea orang lain.
“Usahawan Melayu mampu mencipta kegemilangan”
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































