Menarik Perhatian Pelawat
July 9, 2006
Soalan: Bagaimanakah anda mencipta laman web yang boleh menarik perhatian Pelawat.
Selain SEO, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan, supaya pelawat tidak meninggalkan laman web anda begitu sahaja.
Sebelum anda mencipta laman web anda, apakata anda selidik atau anda membayangkan sendiri, apakah keperluan pelawat untuk mendapatkan maklumat di laman web anda.
Saya tanya kepada anda:
Jika anda sebagai pelawat, apakah yang anda ingin perolehi dari laman web?
1. Adakah infomasi yang anda cari itu mencukupi bagi diri anda?
2. Adakah anda inginkan produk atau perkhidmatan dalam web itu setelah anda membaca infomasi berkenaan?
Oleh itu, fikirkan, bagaimana anda hendak memberi fokus sepenuhnya kepada pengguna anda.
Apabila anda membina laman web, keperluan asas dalam rangka laman web perlu diberi perhatian.
1. Web anda mestilah ada muka surat pengenalan.
Pastikan anda memberi infomasi yang betul dan tepat berkenaan apa yang anda ingin jualkan atau berikan.
2. Muka surat produk dan perkhidmatan.
Terangkan secara jelas produk dan perkhidmatan anda kepada pengguna.
3. Latar Belakang
Pengguna seharusnya mengetahui serba sedikit latar belakang anda atau syarikat anda. Ini bagi mengelakkan timbul persoalan, siapakah anda, adakah program ini berbentuk penipuan?
4. Cara menghubungi.
Lebih elok, jika anda sertakan alamat email atau nombor telefon supaya memudahkan pelawat menghubungi anda, jika mereka perlukan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan anda.
5. Cara membuat pesanan dan belian
Muka surat ini juga penting, menerangkan cara membuat pesanan dan belian. Kenapa tidak, menggunakan mukasurat ini boleh memberikan anda peluang menjana pendapatan terus ke akaun anda.
6. Mukasurat info dan maklumat.
Berikan info masih berguna, mengenai kesan menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
Anda boleh mendapatkan contoh dengan melihat lamanweb http://www.pelamin.net/affiliates/index.php
Gunakan contoh ini dan raih pelawat dengan sebaik mungkin. Selamat membina laman web anda!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































