Apa sebenarnya skim cepat kaya
July 8, 2006
Sudah terlalu ramai yang membincangkan isu skim cepat kaya, ada anda mereka menceritakan pengalaman perit menyertai skim cepat kaya. Tetapi bagi yang belum pernah menyertainya bagaimana? Adakah mereka tahu bahawa program yang mereka akan sertai itu adalah sah atau tidak? Adakah program itu skim cepat kaya atau skim perlaburan yang sah disisi undang-undang?
Jom kita berkongsi maklumat.
Untuk pengetahuan anda, Skim cepat kaya ini tergolong di dalam aktiviti pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan.
Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya†di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulang balik dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilah yang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulanganyang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya.
Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada.
Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Nasihat saya, jika anda ditawarkan untuk menyertai sebarang program di Internet, menawarkan anda pelaburan yang rendah dan menjanjikan pulangan yang besar, selidiklah dulu, atau terus tutup pintu dari menyertainya. Skim Cepat Kaya ini tergolong dalam aktiviti SCAM!
Oleh itu hindarinya.
Jika anda ada pengalaman dan pernah melihat peristiwa ini, jom kongsi bersama agar kita dapat membantu yang lain supaya tidak mencemarkan lagi Institusi Perniagaan Internet yang mula berkembang di Malaysia ini!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Apa sebenarnya skim cepat kaya”
Got something to say?





















































aku pernah join skim ni..dan pernah gak buat spam kat ramai..hehe..masa tu ilmu tentang ni zero…skang ni dah tau semua dah..:)