Apa sebenarnya Kewangan?
July 8, 2006
Semua orang perlukan wang. Zaman sekarang juga tidak kira sama ada anda adalah organisasi kerajaan atau swasta atau individu yang menjalankan perniagaan, anda memerlukan wang untuk beroperasi. Tanpa wang, operasi boleh tergendala, tertangguh dan boleh tutup perniagaan.
Jika anda menjalankan sesuatu bukan bermotifkan keuntungan (non-profit organization) juga memerlukan kewangan untuk beroperasi. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan.
 Bersetujukah anda bahawa, kita sebagai manusia yang normal dan berakal memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan kita dengan lebih baik.
Sebab itulah kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah orang terperangkap dengan beban hutang kad kredit, hutang bank, hutang dengan sanak-saudara, rakan-rakan yang belum pasti bilakah ianya boleh diselesaikan.Â
Saya sendiri pernah mengalami masalah kewangan ini. Dihimpit masalah ini amatlah membebankan bagi saya.
Jika anda tidak bernasib baik, anda mungkin boleh diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Anda lihat sendiri ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998, betapa ramainya firma-firma perniagaan terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk.
Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur. Kita patut mengetahui dan belajar bagaimana untuk mengurus kewangan dengan baik.
Sebagai contoh anda boleh mengetahui dengan membaca (spt membaco blog saya ini) maklumat yang baik dan berkesan kepada anda.
Sebenarnya kewangan adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Anda perlu mengetahui menguruskan kewangan mesti melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat anda.
Umpamanya, apabila anda ingin meningkatkan untung bersih, maka anda sebagai orang yang menguruskan perniagaan anda, perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil.
Daripada kenyataan tersebut, suatu lagi rumusan dapat diberikan iaitu, mengurus kewangan bukan mestilah memerlukan keperhatinan yang tinggi. Semoga anda dapat menggunakan ilmu ini sebagai panduan anda dalam merancang kewangan anda.
Â
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































