Rancang, Laksana, Motivasi dan Rebut Peluang

July 7, 2006

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa. Tidak ada seorang pun yang ingin kehidupannya sentiasa dirundung malang, dibuai kesedihan dan kesusahan.

Orang miskin mengimpikan kehidupan yang senang, orang kaya mengimpikan dapat menambah kekayaan. Allah juga tidak melarang manusia mencari kesenangan, akan tetapi biarlah berlandaskan kepada ajaran yang telah diterapkan di dalam Al-Quran.

Bila kita membincangkan soal kehidupan yang selesa pasti kita mengaitkan dengan perancangan. Anda merancang untuk hidup senang esok, lusa, minggu depan, 1 tahun, 5 tahun atau 10 tahun lagi.

Perancangan ini penting agar anda sentiasa menjadikan perancangan ini sebagai panduan anda, jika anda merancang untuk membeli rumah 10 tahun akan datang, maka anda perlu merancang untuk membuat simpanan yang mencukupi.

Apabila sudah merancang, pastikan anda melaksanakan rancangan anda. Pergi ke Bank dan masukkan duit ke dalam akaun.

Sentiasa memotivasikan diri bahawa anda akan dapat memiliki rumah ini pada 10 tahun akan datang.

Jangan lupa rebut peluang jika anda mempunyai ruang untuk menambahkan pendapatan. Jika punya pendapatan lebih, masukkan duit dalam akaun anda lebih sedikit supaya anda dapat memendekkan masa anda dari 10 tahun ke 9 tahun untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Ingat! apa sahaja yang anda cuba lakukan “Rancang, laksana, motivasi dan rebut peluang”

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

One Response to “Rancang, Laksana, Motivasi dan Rebut Peluang”

  1. Zamzariena on July 7th, 2006 4:06 pm

    ya! saya bersetuju dengan pandangan ini. Kita nih selalunya terlalu banyak angan-angan.. apabila dan banyak angan-angan selalunya tinggal angan-angan.

Got something to say?