Menentukan arah kiblat dengan tepat
July 7, 2006
Firman Allah SWT
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya) bagi orang-orang yang berakal” Ali Imran -190
Hari ini saya ingin lari sedikit pada topik yang biasa. Saya ingin berkongsi maklumat bersama anda, kerana kejadiaan Allah ini hanya berlaku 2 kali setahun. Apa dia? Ya, mari kita menentukan arah kiblat kita dengan tepat agar amal kita lebih berkat dan berkeyakinan.
Untuk pengetahuan anda, fenomena istimewa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Illahi. Fenomena ini yang dikenal juga sebagai Istiwa A’dzam (Istiwa Agung) ini terjadi apabila matahari berada tegak di atas Kaabah, iaitu beradap tepat di titik zenith (ghayah) semasa istiwa (rembang/tengahari). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, iaitu pada tarikh dan masa apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud Mekah. (Teringat saya ketika melihat Kaabah di depan mata sendiri semasa mengerjakan umrah pada 1999, sungguh mengkagumkan)
Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil diseluruh dunia akan membetulkan arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat islam menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing. Fenomena yang amat istimewa dan mengagumkan ini membolehkan anda, umat islam menentukan dan menyemak arah kiblat masjid, surau dan kediaman masing-masing.
Jadi persoalannya: bagaimana anda hendak menentukan arah kiblat anda?
Yang pertama, sila guna langkah ini, tarikh yang dimaksudkan adalah pada 28 Mei 2006 (Ahad) jam 5.16petang (waktu Malaysia. <-- yang ini mungkin anda telah terlepas kerana semasa blog ini ditulis, saya baru sahaja mengetahui hal ini dan anda pula baru sahaja membacanya. Tidak mengapa, ada satu lagi tarikh yang boleh anda lakukan iaitu pada 16 Julai 2006 (ahad) jam 5.28 petang waktu Malaysia.
Kemudian, anda pilih satu tempat yang hendak di semak arah kiblatnya dan pastikan ia tidak terlindung dari daripada sinaran cahaya matahari.
Pacakkan satu di kawasan itu dan pastikan ia tegak (90 darjah) dan lurus. Pada waktu yang dinyatakan (sila ikut tarikh yang saya berikan), tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut. Arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

Semoga dengan maklumat ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda dan seluruh umat islam hendakNya.
Â
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Menentukan arah kiblat dengan tepat”
Got something to say?





















































panduan yang sudah baik dan saya pasti akan mempraktikkannya… terima kasih saudara kerana berkongsi maklumat ini.
panduan yang amat berguna bagi umat Islam..tapi zaman skarang ni banyak surau dan masjid..mungkin bagi mereka yang selalu masuk utan agaknya sesuai..:)
klu nak tentukan kiblat dlm bilik umah flat?
sekarang ni dah ada kompas kiblat.. boleh gunakan untuk dapat sudut kiblat yang tepat.
http://nafanakhun.blogs.friendster.com/my_blog/2007/10/perkiraan_arah_.html