Bahaya SCAM dan kenali SCAM sekarang!

July 6, 2006

Anda tau apa itu SCAM? SCAM adalah satu bentuk penipuan secara online (lebih dikenali di Internet) bertujuan untuk  mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. SCAM ini terdiri dari banyak bentuk, tetapi yang paling ketara sekali adalah SCAM yang berasaskan kepada peluang untuk membuat duit dan menambah pendapatan.

Sedar atau tidak, setiap hari kita mendapat email yang tidak dikenali menawarkan anda program atau skim untuk memulakan perniagaan, menjana pendapatan, menderma seikhlas anda, surat berantai dan lain-lain.

Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Oleh dengan itu, anda perlulah berfikir dengan berhati-hati dan sentiasa letakkan was-was apabila anda mula berdepan dengan SCAM ini.

Untuk mengenali SCAM ini dengan lebih dekat, secara asasnya anonymity iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala maklumat mereka dan sememangnya anda begitu sukar untuk mengetahui asal-usul mereka. Ditambah pula dengan alamat dan nama yang tidak wujud langsung.

Kebiasaan SCAM ini, orang yang menjalankan SCAM ini atau individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.Diingatkan, anda perlu berhati-hati jika ada individu ada Syarikat yang menawarkan ada sesuatu dengan mudah menjanjikan anda hasil yang jumlahnya pasti membuatkan biji mata anda kelihatan besar. 

Secara logik, untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Sedangkan program yang benar seperti Adsense juga perlu mengambil masa untuk mengumpul jumlah ini. Secara logiknya, jika anda melabur RM10 dan menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan (beribu-ribu ringgit), anda seharusnya tahu bagaimana risiko pulangan ini.

Tidak seperti program lain yang mana anda melabur RM10 tetapi anda mendapat produk bernilai RM10 juga disamping anda diberi bonus atau komisyen. <-- (ini juga ada beberapa kreteria.)

Mungkin pada yang terdesak akan berfikir bahawa "Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja“. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”

Lihat! betapa bahayanya jika anda menyertai program seperti ini. Sungguh mudah individu ini mengaut keuntungan.

Diulangi,SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Jika anda terlalu memberi tumpuan kepada program ini, dikuatiri anda akan terjebak, mungkin hari ini anda hilang RM10 tetapi esok lusa dikhuatiri anda akan hilang lebih banyak lagi dari itu.

Janga terpedaya jika anda beranggapan “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang“. Kalau anda berasakan anda berfikiran seperti ini, bermakna anda sudah menghampiri dengan program berbentuk SCAM!

Seperti kata Dr Irfan Khairi dalam newsletternya “SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!”

Semoga anda terus dilindungi dengan maklumat saya ini. Sentiasa bersama blog saya untuk mengetahui lebih maklumat lagi tentang SCAM!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Bahaya SCAM dan kenali SCAM sekarang!”

  1. Norita on July 6th, 2006 3:49 pm

    Saya pernah dapat scam ini banyak kali dalam email saya. Selalunya email pasal loteri, pengagihan harta berjuta ringgit, program penjana pendapatan dan skim kutu. Semua ini adalah scam! betul tak?

  2. Yebs on July 12th, 2006 6:52 pm

    Memang banyak program kewangan di internet. Saya sendiri memilih jenis program yg derma menderma terus ke akaun bank dan memang berhasil. Korang pandai pandailah menilai program kewangan yg banyak di internet.

  3. Noorizam Shah on July 13th, 2006 8:49 am

    Tetapi yebs .. Program sebegitu juga berbentuk scam. So nasihat saya berhati-hati.

  4. reezluv on August 7th, 2007 11:49 pm

    saya pernah dapat scam dan pernah gak wat scam..coz tertipu dengan program tuh..habih duit je manyak..tapi..hampeh hasilnya

Got something to say?