Bagaimana Menjadi Orang Berjaya?
July 31, 2006
Artis Malaysia dan artis indonesia bergabung membuat konsert besar-besaran! Berjayakah mereka? Opsss… Hehehe..
Sebelum saya lari topik, baik saya terus saja kepada tip-tip bagaimana anda boleh berjaya didalam setiap bidang yang anda ceburi..
Apabila anda ingin berjaya, anda mestilah sentiasa merendah diri (bukan suruh dipijak-pijak) dan sentiasa bersyukur serta mendekatkan diri kepada tuhan Maha Pencipta. Jika anda ada ilmu sedikit berkongsilah, jangan riak dan takbur dengan ilmu yang anda ada.
Jika anda berasa tertekan, bersabarlah selalu. Anggap setiap dugaan yang datang adalah cubaan untuk anda terus bertahan. Jadilah seorang yang beramanah serta melakukan perkara-perkara yang baik sebelum orang lain melakukannya..
Selain itu, saya syorkan kepada anda, banyakkanlah bercampur bersama orang-orang yang mempunyai ilmu atau yang menuntut ilmu. Perbanyakkan belajar mengenai perihal perkara-perkara yang menjadikan kejayaan orang-orang yang telah pun berjaya…
Ini adalah topik mengenai kejayaan, oleh itu anda perlu banyak membaca seperti membaca kesemua topik di blog saya ini kerana ianya amat berguna sekali (walaupun anda sudah ketahuinya, seharusnya anda ulang membacanya agar semangat anda sentiasa disuntik dengan nilai-nilai positif)
Jika ada peluang untuk anda mencipta kejayaan dalam perniagaan (tidak kira di internet ataupun tidak), janganlah anda mengambil masa yang cukup lama untuk bertindak.
Jika anda diberi peluang menuntut ilmu dengan orang lain, gunakanlah peluang dengan sebaik mungkin. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain dalam menguruskan sesuatu dan nasihat saya, sentiasalah berfikiran terbuka serta matang dalam menangani komen-komen liar diluar sana.
“Kejayaan itu hadir apabila anda berusaha kerananya”
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentJangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…
July 30, 2006
Wahhh seramnya tajuk.. hehehe..
Hari ini saya nak mengajak anda untuk merenung kembali kisah silam anda.. Bukan untuk supaya anda kembali semula untuk jadik seperti sebelumnya sebaliknya, anda ambil segala kenangan yang lalu sebagai pembakar semangat anda untuk terus yakin dengan kehidupan anda..
Mari kita renung sejenak…nasib ibu bapa anda sendiri
Sebelum anda dilahirkan, 9 bulan lamanya anda dikandung di dalam perut ibu. Betapa sukarnya untuk anda dijaga dan dibesarkan oleh ibu & bapa.
Malah gigitan seekor nyamuk sekalipun menyebabkan ibu bapa anda akan berasa risau. Malah mereka bertungkus-lumus membesarkan kita semenjak itu. Dengan wang yang bukan datang bergolek tetapi dengan kudrat dan tenaga 4 kerat serta usaha yang tidak pernah menyesal semasa mereka melakukannya
FIKIRKAN…pengorbanan yang telah dilakukan
Berapakan jumlah yang telah mereka belanjakan untuk membesarkan anda selama ini ?
Lahir - 6 tahun : RM200 x 12 X 6 tahun = RM14400
7 - 12 tahun (sekolah rendah) : RM200 x 12 X 6 tahun = RM14400
13 - 17 tahun (sekolah menengah) : RM200 x 12 X 5 tahun = RM12000
18 - 20 tahun (diploma) : RM400 X 12 X 3 tahun = RM14400
21 - 22 tahun (ijazah) : RM500 X 12 X 2 = RM12000
RM67200 kesemuanya ! . Ini mungkin sekadar contoh dan mungkin tidak banyak (kata anda)
Saya ingin bertanya kepada anda, berapa ramaikah disini yang telah bekerja dan mampu membayar semula jumlah ini kepada mereka?
Yang baru bekerja..agaknya berapa lama perlu anda bekerja untuk anda mendapat jumlah ini ? Masih adakah lagi mereka untuk merasa jumlah yang telah dilaburkan?
Ibu bapa tidak meminta TETAPI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MENGENANG JASA
Apakah pekerjaan dan pendapatan anda sekarang mampu kenang jasa mereka. Berapakah rasanya pendapatan anda 5 tahun dari sekarang ?
Wang bukan segalanya tetapi sejauh mana anda telah menghargai mereka. Atau anda memang sekadar membiarkan mereka pada keadaan yang sama ?
Â
FIKIRKAN… apa yang anda cari
Apa sebenarnya yang anda lakukan (atau berlaku) selama ini
7 - 12 tahun - Sekolah rendah
13 - 17 tahun - Sekolah menengah
18 - 20 tahun - Diploma
20 - 22 tahun - Ijazah
Anda belajar dan menghabiskan usia 16 tahun lamanya untuk mendapat / mengejar pengikirafan yang datangnya dalam bentuk sekeping kertas…
Selepas belajar, mula mencari kerja. Lihat iklan-iklan di akhbar dan sebagainya..
Bagi yang berpendidikan kecil anda melihat kerja yang kecil / pendapatan kecil. Bagi yang berpendidikan tinggi anda mencari kerja yang berpendapatan tinggi..
Mungkin sekadar contoh
Ijazah - Iklan besar - Gaji RM2000
Diploma - Iklan sedang - Gaji RM1300
SPM - Iklan lagi kecil - Gaji RM900
SRP - Iklan paling kecil - Gaji RM600
Tiada sijil - Tiada kerja ? Tiada Gaji ?
Pernahkan anda melihat orang yang tiada sijil jauh lebih berjaya dari anda ?
Pernahkah anda melihat orang yang berpendidikan tinggi bekerja dengan orang yang tiada sijil ?
Hidup anda bukan ditentukan oleh SAIZ SIJIL. Pelajaran adalah penting tetapi DEDIKASI LEBIH PENTING.
SIJIL TERBAIK SEBENARNYA ADALAH DIRI ANDA SENDIRI
FIKIRKAN… jangan tipu diri sendiri
Anda kini bekerja dan rata-ratanya makan gaji sekarang. Adakah anda rasa pendapatan
RM2000-RM3000 sesuatu yang besar / hebat ?
Gaji naik, harga barang naik. Harga barang naik, bagaimana gaji anda ? Tak naik-naik? @ lebih lambat naik ?
Fikirkan situasi dan komitmen bulanan anda sekarang (atau bakal dihadapi)
Sewa rumah / pinjaman rumah sendiri- RM500
Belanja dapur setiap bulan - RM500
Bil api, air, telefon - RM300
Ansuran kereta / kad kredit - RM400
Minyak - RM200
Sekolah/pengajian anak, bas, yuran, tuisyen - RM400
Ibu Bapa di kampung - ???
Riadah / kepuasan peribadi - ???
Simpanan peribadi- ???
Baki setiap bulan- ???
Kira jumlah kesemuanya. Adakah anda masih rasa atau masih mengaku anda berada dalam keadaan yang sepatutnya.
Anda sentiasa memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan semua yang di atas bukan ?
Adjust sana, Adjust sini ? Setiap bulan ? Sampai bila ?
Ramai orang yang bertahun-tahun tanpa disedari mencatu diri sendiri kerana pelbagai kekangan yang anda tidak boleh halang. Jika anda tidak bertindak sekarang nescaya 5 TAHUN AKAN DATANG HIDUP ANDA AKAN TETAP SAMA. KERJA (BERBEKAL SIJIL) SEKADAR BAYAR HUTANG & TAMPUNG HIDUP. BEGITU JUGA SEBALIKNYA TAMPUNG HIDUP &Â BAYAR HUTANG
Â
FIKIRKAN… kita memang perlu melakukan sesuatu
Semenjak kecil semua orang memasang impian…Itu ada dalam setiap orang
Rumah banglow
Kereta mewah
Melancong
Simpanan
Pelajaran anak
Harta
Kepuasan peribadi / hobi
Tetapi setakat mana REALITINYA ?
Apakan daya………………………… pendapatan sekarang tidak megizinkan. Impian anda TERPAKSA mengikut kemampuan pendapatan
JANGAN KECILKAN IMPIAN ! CARI JALAN UNTUK BESARKAN PENDAPATAN.
PASTI ADA SESUATU YANG SEPATUTNYA / BOLEH ANDA LAKUKAN
RASULULLAH BERSABDA 90% PUNCA REZEKI DATANGNYA DARI BERNIAGA. MASIH TAK PERCAYA ???
ATAU MASIH SUKA BEREBUT 10% YANG MELETAKKAN DI MANA KEBANYAKAN ORANG BERADA SEKARANG ?
Â
LAKUKAN SESUATU. MULAKAN PERNIAGAAN SEKARANG!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentSZAB Network
July 29, 2006
Siapa lelaki disebelah ini? Artis Popular Malaysia? Adik Rosyam Nor? Ada kaitan dengan Datuk K? Siti Nurhaliza kenal dia? Bukan..
Beliau adalah Alang atau nama penuhnya Samsul Zamzuri Abu Bakar.
Apa kena mengena saya bercerita pasal dia ini? Popularkah dia? Jawapan saya.. “Beliau semakin popular!” Kenapa saya berkata begitu? Jika anda melayari blog-blog atau forum berkaitan usahawan internet, boleh dikatakan sudah ramai yang mengenalinya.. beliau adalah seorang pengusaha laman web (lebih sedap kalau disebut usahawan internet) sejak tahun 2003.Â
Jika anda ingin tahu.. beliau mempunyai syarikat sendiri iaitu SAZB Network dan mempunyai 7 laman web yang majoritinya menjana pendapatan lumayan. Apakah teknik beliau amalkan? Anda sendiri boleh melayari blognya..
Kehebatannya terserlah kerana boleh dikatakan setiap hari, hampir 7,000 pelawat melayari laman web beliau ini. Dan dibawah ini adalah beberapa laman web kendaliannya.. Jom lawat
http://www.osx-e.com
http://www.mp3player-review.com
http://www.mobilephone-review.com
http://www.10000textlinks.com
http://www.featured-articles.com
http://www.rcadezones.com
http://www.szab.net/blog
http://www.50pageswebsite.com
P.s: Jika anda memberi ilmu yang berguna kepada masyarakat, kenapa tidak saya menulis mengenai anda! Kepada mereka yang lain, kongsikan ilmu berguna selagi kita mampu!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentIrfanKhairi.com
July 28, 2006

Hari ini saya ingin mengulas mengenai irfankhairi.com. Jika ditanya kepada mereka yang berjuang dalam dunia perniagaan internet, mesti cukup kenal dengan personaliti kali ini.Â
Jika anda ingin tahu, Irfan Khairi (sebelum bergelar Dr Irfan Khairi) bermula mencipta nama di Internet apabila terbitnya Buku pertama beliau yang bertajuk “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” seterusnya wujud pula lamanweb rahsiainternet.com yang ketika itu tengah hangat dengan bengkel berbahasa melayunya!
Dan yang berbaru Cd-Rom “Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet”.! Inilah produk terbaik beliau ketika ini dan opss.. tidak lupa juga beliau adalah jutawan muda yang memiliki blog peribadi dan anda boleh berkongsi pendapat bersama tips satu minit beliau!
Kita seharusnya berasa bangga memiliki anak bangsa Malaysia yang telah melahirkan ratusan usahawan melalui bengkel beliau dan seharusnya kita terus memberi sokongan dan mencontohi cara beliau berfikir dan merancang.
Dengan ulasan ringkas ini diharapkan sedikit sebanyak kita dapat berkongsi sebutir permata untuk kita gilap bersama..

p.s: Saya rasa terhutang budi dengan Irfan Khairi, kerana buku beliaulah yang menyebabkan saya berjaya menjana pendapatan di internet. (Saya memiliki buku ini pada Nov 2005)
Â
Â
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentKeyword - Bagaimana memilih kata kunci?
July 27, 2006
Anda pernah menonton rancangan perlumbaan Amazing Race? Pasti pernah bukan, dimana setiap pasukan perlu menyelesaikan beberapa katakunci dan melaksanakan arahan yang diberikan sebelum layak memenangi hadiah USD1 juta.
Apa yang menarik, saya pernah menonton salah satu episod ini, dimana beberapa pasukan terpaksa melaksanakan tugasan membuka mangga dengan satu anak kunci dengan tepat. Tugas mereka ialah.. memilih diantara puluhan ribu mangga yang tergantung dan jika bernasib baik, anda akan berjaya membuka anak mangga itu dan mara ke peringkat seterusnya.
Kalau anda tidak bernasib baik macam mana? Anda akan rasa tertekan kerana anda terpaksa mencabar antara satu sama lain, sampai ada yang melecet jari semata-mata mencuba membukanya.
Itu cerita lain, yang ini lain pula kisahnya.. kalau di internet bagaimana kita boleh memilih keyword dengan tepat? Bagaimana jika anda langsung tidak membuat sebarang iklan berbayar dan cuma mengharapkan pelawat mencari lamanweb anda hanya melalui keyword?
Kepada anda yang sudah tahu, mungkin tidak menjadi masalah (kerana topik ini boleh dikatakan selalu dibincangkan oleh usahawan internet di blog mereka). Bagaimana mereka yang masih baru?
Jadi disini saya akan berkongsi maklumat dengan anda bagaimana hendak memilih keyword yang sesuai. Anda sedar atau tidak, kekerapan atau kesilapan yang biasa kita lakukan adalah menumpukan pada kata kunci yang salah. Kesilapan ini bukan sahaja berlaku kepada anda, ia juga berlaku kepada saya ketika saya mula-mula memiliki lamanweb sendiri.
Kesilapan kita adalah kita hanya lebih menumpukan kepada nama lamanweb sahaja tetapi tidak kepada isi kandungan utama lamanweb. Seperti contoh, keyword saya hanya meletakkan perkataan pelamin.net sahaja. Setelah siap, saya menghantar lamanweb saya ke enjin pencari seperti yahoo.com dan google.com. Minggu depan saya menggunakan enjin pencari ini dan masukkan kata kunci pelamin.net.
Keputusanya, Wow! memang hebat! saya berada diranking yang pertama! hehehehe.. Sebenarnya saya telah silap.. jika saya yang tahu kata kunci itu, memang pastilah ia akan berada di rangking yang pertama… tetapi bagaimana dengan mereka yang diluar sana? 100 orang diluar sana? 400 orang diluar sana? adakah mereka tahu?
Dipendekkan cerita, jika lamanweb anda memberitahu mengenai tempahan pelamin dan pakej perkahwinan, kenapa tidak di meta tag keyword anda, anda meletakkan ayat “tempahan pelamin”
Buktinya, anda taip:
.Tempahan pelaminÂ
Dengan memberi fokus kata kunci anda dengan betul, anda akan memperolehi kata kunci yang sesuai dan sering dicari oleh pengguna internet.
Ketahui keberkesanan keyword atau kata kunci di WordTracker.com
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentInternet-Webhosting.com
July 26, 2006

Shamsul Shak Ali adalah pengarah urusan SKSA Teknologi, menawarkan perkhidmatan pendaftaran domain dan hosting yang berjaya di Malaysia (www.internet-webhosting.com) . Kini beliau bersama rakan kongsi beliau melancarkan sebuah lagi program (sila layari http://direktoriku.com.my ) menawarkan pakej yang berkesan kepada anda yang ingin maju dalam perniagaan internet atau bukan internet.
Jika anda mengenali laman web Internet-webhosting.com bermakna beliau adalah pemiliknya. Kini beliau dikenali diantara usahawan internet yang berjaya di Malaysia.
Jika anda menyertai bengkel beliau, anda akan diberi pakej yang menarik antaranya:
Dengan menyertai bengkel Direktoriku ini, anda akan memperolehi laman web interaktif yang lengkap seperti contect management system web design (Dimana anda boleh mengubah sendiri dengan mudah segala text dan gambar di dalam laman web mahu pun menambah muka surat laman web yang baru), Shopping cart (menjual produk atau servis anda secara online ke seluruh dunia tanpa had jumlah barangan yang ingin di jual).
Selain dari itu, anda akan diajar berkenaan E-Commerce yang mana anda boleh menerima pembayaran secara “Card Credit” mahupun secara pindahan bank. Dan banyak lagi maklumat pakej menarik ini anda akan perolehi, jika anda melayari web direktoriku ini.
P.s: Ini adalah alternatif pilihan kepada anda selain bengkel yang disediakan oleh yang lain-lain. Selamat melayari web ini. ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content




