Bagaimana berbahasa Inggeris dengan baik

June 30, 2006

Apabila kita ingin cepat pandai berbahasa Inggeris makan kita harus berani dan rajin melakukan tiga perkara

Sebenarnya saya tidaklah fasih berbahasa Inggeris. Pengalaman saya pernah ditertawa oleh orang lain langsung tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus menguasai bahasa ini. Inilah kelemahan saya sejak dari dulu lagi. Walaubagaimanapun saya mendapati ada tidak perkara yang membantu supaya kita mampu berbahasa inggeris dengan baik.

Perkara itu adalah:-

1. Anda mesti berlatih perbualan bahasa inggeris yang sudah dihafal dan faham erti dan ucapannya. Terutama perbualan asas dengan kawan-kawan anda samaada disekolah, pejabat atau dimana sahaja. Anda juga boleh berlatih sendiri di rumah dengan mengeluarkan suara dan menyebut sebutan yang betul.

2. Jangan terlalu pikir untuk cepat menguasai berbahasa inggeris, tetapi anda mampu menguasainya dengan pantas andai anda mengikuti cara yang betul.

Cuba belajar menyusun perkataan-perkataan berbahasa Inggeris sederhana sesuai dengan apa yang ingin diucapkan melalui pengetahuan tatabahasa dan perbendaharaan kata sama ada daripada buku-buku belajar menguasai bahasa Inggeris dan diucapkan dengan jelas.

3. Terakhir sekali, selalulah membaca buku-buku bahasa Inggerisdi rumah dengan mengeluarkan suara, sama ada buku perbualan, cerita, majalah ringan dan menjadikannya sebagai hobi.

Apabila anda mengalami masalah dalam memahami makna dan pengucapan perkataan, lihatlah kamus yang tertera di dalam kurungan.

Contoh: Very good (amat baik)

Perkara ini turut dinyatakan dalam Majalah English  Teaching Forum USIS, Amerika Syarikat dalam artikel Understanding, Memorizing and Practising.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

Got something to say?