Ikuti Langkah orang-orang yang berjaya.
June 29, 2006
Saya tertarik dengan penulisan blog Dr. Irfan Khairi kerana ianya padat dengan ilmu dan maklumat. Beliau ada menulis mengenai kisah orang-orang yang berjaya. Penulisan beliau berbunyi seperti berikut “Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah orang-orang yang berjaya.”
“Di dunia kini, terdapat orang-orang yang berjaya dalam semua bidang. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan- pelajarinya dari mereka yang telah berjaya.”
Saya mengambil contoh Dr. Irfan Khairi sendiri bagaimana beliau merancang dan menjalankan perniagaan internetnya. Mungkin perniagaan saya dengannya tidak sama tetapi konsep dan cara adalah sama iaitu perniagaan internet.
Begitu juga anda, anda boleh melawat seberapa banyak laman web yang mempunyai memberi maklumat kepada anda, anda boleh kumpulkan semua idea ini dan kemudian laksanakan. Insya-Allah anda juga mungkin tergolong dikalangan orang yang berjaya..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































