Bagaimana berbahasa Inggeris dengan baik

June 30, 2006

Apabila kita ingin cepat pandai berbahasa Inggeris makan kita harus berani dan rajin melakukan tiga perkara

Sebenarnya saya tidaklah fasih berbahasa Inggeris. Pengalaman saya pernah ditertawa oleh orang lain langsung tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus menguasai bahasa ini. Inilah kelemahan saya sejak dari dulu lagi. Walaubagaimanapun saya mendapati ada tidak perkara yang membantu supaya kita mampu berbahasa inggeris dengan baik.

Perkara itu adalah:-

1. Anda mesti berlatih perbualan bahasa inggeris yang sudah dihafal dan faham erti dan ucapannya. Terutama perbualan asas dengan kawan-kawan anda samaada disekolah, pejabat atau dimana sahaja. Anda juga boleh berlatih sendiri di rumah dengan mengeluarkan suara dan menyebut sebutan yang betul.

2. Jangan terlalu pikir untuk cepat menguasai berbahasa inggeris, tetapi anda mampu menguasainya dengan pantas andai anda mengikuti cara yang betul.

Cuba belajar menyusun perkataan-perkataan berbahasa Inggeris sederhana sesuai dengan apa yang ingin diucapkan melalui pengetahuan tatabahasa dan perbendaharaan kata sama ada daripada buku-buku belajar menguasai bahasa Inggeris dan diucapkan dengan jelas.

3. Terakhir sekali, selalulah membaca buku-buku bahasa Inggerisdi rumah dengan mengeluarkan suara, sama ada buku perbualan, cerita, majalah ringan dan menjadikannya sebagai hobi.

Apabila anda mengalami masalah dalam memahami makna dan pengucapan perkataan, lihatlah kamus yang tertera di dalam kurungan.

Contoh: Very good (amat baik)

Perkara ini turut dinyatakan dalam Majalah English  Teaching Forum USIS, Amerika Syarikat dalam artikel Understanding, Memorizing and Practising.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Ikuti Langkah orang-orang yang berjaya.

June 29, 2006

Saya tertarik dengan penulisan blog Dr. Irfan Khairi kerana ianya padat dengan ilmu dan maklumat. Beliau ada menulis mengenai kisah orang-orang yang berjaya. Penulisan beliau berbunyi seperti berikut “Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah orang-orang yang berjaya.

“Di dunia kini, terdapat orang-orang yang berjaya dalam semua bidang. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan- pelajarinya dari mereka yang telah berjaya.

Saya mengambil contoh Dr. Irfan Khairi sendiri bagaimana beliau merancang dan menjalankan perniagaan internetnya. Mungkin perniagaan saya dengannya tidak sama tetapi konsep dan cara adalah sama iaitu perniagaan internet.

Begitu juga anda, anda boleh melawat seberapa banyak laman web yang mempunyai memberi maklumat kepada anda, anda boleh kumpulkan semua idea ini dan kemudian laksanakan. Insya-Allah anda juga mungkin tergolong dikalangan orang yang berjaya..

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Capai Matlamat

June 28, 2006

Anda mungkin pernah terpikir “bila aku besar nanti aku nak jadi askar”

Ini lah maksud matlamat dan boleh jadi angan-angan. Bagaimana nak jadikan ia realiti? Caranya hanya jangan letakkan matlamat anda dalam kotak fikiran sahaja tetapi buat la satu cara yang berkesan dengan menulis matlamat itu diatas kertas atau mencontengnya dimana-mana yang boleh anda sentiasa ingat.

Saya hendak jadi kaya bila umur saya 28tahun tulis ia diatas kertas dan baca setiap hari dan cuba capaikan matlamat ini. Ianya perlu usaha. Jangan lebih kepada angan-angan..

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Kejayaan sebenar milik semua.

June 28, 2006

Kejayaan selalu dikaitkan dengan kemenangan. Kejayaan juga bermakna kita telah melepasi halangan atau rintangan dengan baik.

Sebenarnya, kejayaan sememangnya milik kita kerana setiap apa yang kita lakukan adalah sesuatu kejayaan. Anda membaca blog saya juga adalah suatu kejayaan, kerana anda mendapat ilmu dan maklumat. Itulah kejayaan anda hari ini.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana menyelesaikan masalah.

June 28, 2006

“Argh susahnya buat kerja ni” itulah antara ungkapan yang biasa kita lafazkan apabila kita mempunyai masalah.

Ada beberapa cara bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah.

1. Tenangkan fikiran anda dengan mengambil minuman panas.

2. Rehatkan mata dan otak anda dengan melihat permandangan diluar untuk seketika.

3. Jangan kusutkan fikiran anda dengan meletakkan perkara yang anda ingin lakukan itu adalah satu bebanan.

4. Minta bantuan jika perlu.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content